Impian Skuad Muda Malaysia ‘Cabar’ Arab Saudi Masih Tergantung

Hasrat skuad muda Malaysia untuk beraksi menentang Arah Saudi dalam satu aksi persahabatan mungkin tertangguh. Skuad muda Malaysia bakal mengharungi kempen AFC Asian Cup 2023 di Qatar dengan misi sekurang-kurangnya mara ke pentas separuh akhir. Sebelum ini, terdapat khabar bahawa anak didik Juan Torres Garrido akan menyertai aksi persahabatan 4 penjuru di Indonesia pada bulan […]
BATC: Malaysia Orak Langkah Bergaya, Kalahkan UAE

Skuad badminton wanita Malaysia membuka kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dengan menundukkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan Y. Meskipun turun sebagai pasukan pilihan, skuad negara menurunkan barisan terkuat termasuk regu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dan perseorangan wanita utama negara, Goh Jin Wei. Jin Wei yang […]
Nazmi Nasaruddin Tercalon Selaku Pengadil Utama Piala Dunia 2026

Pengadil berpengalaman kelahiran Malaysia, Muhammad Nazmi Nasaruddin telah dipilih nagi menyertai kursus ‘FIFA World Cup Candidate 2026’ sebagai salah seorang calon pengadil utama bagi Piala Dunia 2026. Kejohanan beprestij dunia itu akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico pada 11 Jun hingga 19 Julai 2026. Nazmi mula menceburi bidang pengadil bola sepak sejak tahun […]
4 Pemain Warisan Dalam Pemantauan FAM Wakili Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin mengorak langkah untuk memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan seterusnya. Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman bin Hj Rahman berkata sekurang-kurangnya tiga hingga empat pemain warisan berada dalam pemantauan FAM. “FAM mengalu-alukan kehadiran pemain warisan, setakat ini kita sudah melihat 3-4 orang pemain yang berpotensi (menyarung jersi Malaysia). “Akhirnya, Kim […]
“Tak Mungkin Kim Pan-gon Akan Balik Latih Korea”

Naib Presiden FAM, Dato’ Wira Yusuf Mahadi tampil menjawab khabar angin yang mengaitkan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan. Menurut Yusuf Mahadi, beliau anggap spekulasi ini hanya sekadar permintaan-permintaan kosong daripada sesetengah pihak mahupun para penyokong Korea Selatan. Beliau percaya, setakat ini belum ada permintaan rasmi yang datang daripada Persatuan Bolasepak Korea […]
BATC: Malaysia Mula Langkah Kanan, Atasi Brunei

Skuad badminton lelaki Malaysia tiada masalah untuk menumbangkan Brunei dalam aksi pertama kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Malaysia yang merupakan juara bertahan turun tanpa pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia dan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang direhatkan bagi aksi ini. Ng Tze Yong yang ditugaskan sebagai pemain perseorangan […]
Korea Selatan Risik Kim Pan-gon? Ini Jawapan Rasmi FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab segala desas-desus berkenaan risikan yang dilakukan oleh Korea Selatan untuk mendapatkan khidmat Kim Pan-gon. Pengendali berusia 54 tahun itu mengharungi tempoh yang cukup baik dalam masa dua tahun ini untuk membantu meningkatkan prestasi Harimau Malaya. Mengulas lanjut, menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Wira Yusuf Mahadi ketika […]
Import Baharu JDT Turun Latihan Lebih Awal

Kelibat dua pemain import baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique dan juga Nicolao Cardoso sudah pun turun menjalani latihan lebih awal. Skuad Harimau Selatan mengumumkan ketibaan beberapa pemain import baharu untuk memperkuat jentera pasukan bagi musim 2024/25. Pemergian beberapa bintang import seperti Diogo Luis (bersara), Leandro Velazquez dan juga Oscar Arribas membuka jalan […]
Safawi Rasid Kongsi 3 Perbezaan Liga Malaysia & Thailand

Pemain baharu Terengganu FC, Safawi Rasid mendedahkan tiga perbezaan Liga Malaysia dan Thailand. Bintang JDT itu melengkapkan perpindahan ke kelab Pantai Timur dengan tempoh pinjaman selama satu musim. Beliau datang ke Terengganu bersama seorang lagi rakan sepasukan, Akhyar Rashid untuk membantu jentera serangan skuad Peteh. Mengulas lanjut, Safawi menyatakan rasa teruja untuk kembali bekerjasama dengan […]
Nooa Laine Tak Sabar Cipta Memori Indah Bersama Selangor

Pemain tengah berbakat, Nooa Laine mengakui tidak sabar untuk mencipta memori indah bersama pasukan baharunya, Selangor FC. Nooa Laine bakal memperkuatkan jentera tengah Selangor untuk saingan musim hadapan bersama-sama Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Aliff Izwan dan Yohandry Orozco. Pemain berusia 21 tahun itu juga bersedia merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan tidak sabar untuk […]
Akhyar Rashid Beri Sebab Setuju Sertai Terengganu

Pemain sayap lincah negara, Akhyar Rashid memberi sebab untuk bersetuju melengkapkan perpindahan ke Terengganu FC. Bintang berusia 24 tahun itu menyertai skuad Peteh sebagai pemain pinjaman selama semusim dari kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Perpindahan ini juga menyaksikan beliau diiringi oleh seorang lagi rakan sepasukannya, Safawi Rasid yang juga menyertai pasukan itu secara pinjaman. […]
Faisal Halim Dikesan Beraksi Di Penang

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim dikesan beraksi penuh lincah dalam satu perlawanan di Penang. Pemain berusia 25 tahun itu baru sahaja selesai membantu skuad negara mengharungi kempen Piala Asia AFC 2023 di Qatar. Jaringannya ketika berdepan Korea Selatan memastikan bahawa Malaysia mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Tatkala aksi liga […]
Zamsaham Sampaikan Berita Baik Buat Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberikan khabar baik buat peminat setia kelab. The Red Warriors melalui tempoh yang cukup sukar sejak kebelakangan ini apabila berada pada kedudukan tercorot Liga Super 2023. Pelbagai masalah turut melanda kem pasukan Pantai Timur itu yang menyaksikan hampir semua pemain utama pasukan angkat kaki. […]
Faisal Halim: Dia Pemain Terbaik Yang Pernah Saya Bermain

Pemain sayap sensasi negara, Faisal Halim akhirnya bertemu dengan lawan yang dianggap paling baik sepanjang kariernya. Bintang Selangor FC itu baru sahaja tamat tugas bersama skuad kebangsaan dan membantu Harimau Malaya pulang dengan satu mata. Menerusi satu temu bual oleh Astro Arena, pemain berusia 25 tahun itu sempat berkongsikan pengalamannya beraksi di pentas tertinggi Asia. […]
Luqman Hakim Sasar 10 Gol Di Jepun

Penyerang berbisa negara, Luqman Hakim Shamsudin mensasarkan 10 jaringan bagi musim pertamanya di Jepun. Menerusi satu video pengenalan oleh kelabnya, Yokohama SCC, pemain berusia 23 tahun itu kini bajal beraksi di divisyen tiga jepun secara pinjaman. Beliau telah berkelana hampir beberapa musim di Eropah bersama KV Kortrijk di Belgium sebelum pergi ke Iceland untuk memperoleh […]
Bryan Nickson: Malaysia Tewas Dengan Kualiti

Pengarah teknikal terjun negara, Bryan Nickson Lomas mengakui kontinjen terjun Malaysia tewas dari segi kualiti. Kontinjen terjun negara menamatkan kempen Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar tanpa menambah bilangan wakil negara beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Ini termasuk kegagalan beberapa penerjun elit Malaysia seperti Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri untuk […]