Ranking Piala Dunia Kelab FIFA: JDT Kini Di Tangga Ke-13 Asia

Kelab handalan negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mencipta satu lagi kebanggaan di Asia apabila menghuni tangga ke-13 dalam senarai kelab FIFA mengikut konfederasi AFC. Skuad Harimau Selatan mengharungi musim yang cukup memberangsangkan sungguhpun perjalanan di Asia terhenti pada peringkat kumpulan. JDT berjaya mengekalkan 4 trofi kejuaraan domestik yang dimenangi tahun lalu sambil terus menapak […]
Terkini: Tan Cheng Hoe Dilantik Jurulatih Police Tero

Bekas ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe kini secara rasmi diumum sebagai pengendali baharu kelab Liga 1 Thailand, Police Tero FC. Perpisahan mengejut dengan The Red Giants berlaku apabila kelab mengumumkan bahawa khidmat jurulatih berusia 55 tahun itu ditamatkan atas persetujuan bersama. Beliau memilih untuk membawa haluan baharu ke Liga Thailand dengan kelab yang mahu […]
Jurulatih Import Kemudi Selangor? Ini Jawapan Johan Kamal

Desas-desus mengenai pengganti jurulatih Selangor FC masih belum ditemui tatkala pengendali tempatan dan import dikaitkan menyandang jawatan tersebut. Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Perpisahan mengejut dengan pengendali, Tan Cheng Hoe secara persetujuan bersama menyebabkan The Red Giants perlu segera mencari pengganti. […]
Selangor Terima ‘Durian Runtuh’

Pasukan Liga Super, Selangor FC menerima durian runtuh selepas perpisahan dengan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe. Pengendali berusia 55 tahun itu memilih untuk berpisah dengan The Red Giants selepas hampir satu musim setengah bersama pasukan. Pengumuman daripada Selangor FC mengejutkan ramai pihak sungguhpun telah berjaya membantu pasukan untuk mara ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 […]
Terkini: Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor Serta-Merta

Selangor FC hari ini mengumumkan perletakan jawatan ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe berkuat-kuasa serta merta. Selangor dan Tan Cheng Hoe mencapai kata sepakat untuk berpisah selepas pengendali berusia 55 tahun ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih Selangor FC. Selepas perbincangan secara terbuka daripada setiap aspek, pihak pengurusan Selangor FC akhirnya menghormati keputusan […]
Azam Azmi Sah Milik JDT Dengan Status Berbeza

Pertahanan kental Terengganu FC, Azam Azmi Murad sah menjadi milik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status berbeza. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama buat skuad Peteh sejak beberapa musim kebelakangan ini. Beliau memainkan peranan penting termasuklah membantu Terengganu beraksi cemerlang di pentas AFC Cup 2023. Menerusi pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain […]
“Dua Bekas Juara Piala Malaysia Mungkin Ucap Selamat Datang Liga M3” – Hafizal Hamad

Khabar mengejutkan berkenaan Liga Malaysia apabila difahamkan dua bekas juara Piala Malaysia bakal beraksi di Liga M3. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Hafizal Hamad berkenaan perkara yang menggemparkan arena bola sepak tanah air. Beberapa kelab di Liga Malaysia difahamkan terpalit dengan isu yang menyebabkan perjalanan pasukan tidak lancar. Hal ini menjejaskan persiapan pasukan […]
Syafiq Ahmad Masih Belum Berlatih Bersama JDT

Penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad masih tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan bagi musim baru. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan watak penting buat pasukan sejak beberapa musim namun berdepan cabaran hebat untuk mendapatkan tempat. Beliau sebelum ini telah dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC pada awal musim namun hanya bertahan setengah […]
Keadaan Padang SSMZA Buktikan Pilihan Kim Pan-gon Tepat

Keadaan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak, Terengganu membuktikan pilihan yang dibuat jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon sebelum ini tepat. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan SSMZA dan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) berpotensi sebagai stadium alternatif untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Kenyataan tersebut dibuat […]
India Mahu Kembali Ke Malaysia Dengan Misi Berbeza

Selepas menyertai Pestabola Merdeka dan tewas di tangan Malaysia, India mahu kembali ke Malaysia sekali lagi namun dengan misi yang berbeza. Difahamkan India akan menghantar skuad bawah 23 tahun mereka ke Malaysia untuk menguji skuad bawah 23 tahun Malaysia yang akan beraksi di Piala Asia Bawah 23 (B23) April depan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh […]
Satu Demi Satu Ujian Berat Melanda Kem Badminton Malaysia

Kem badminton Malaysia terus dihimpit dengan masalah kecederaan melibatkan para pemain. Terbaharu, pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian tangan dan disahkan oleh jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto saat ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Syifa Nasir. Nova berkata, sesi latihan beregu campuran nombor satu negara ini sedikit terganggu […]
Malaysia & Indonesia Cipta Kebanggaan Di Mata Asia

Selepas Faisal Halim mengharumkan nama Malaysia dan ASEAN dengan memenangi anugerah Gol Terbaik Piala Asia 2023, giliran bintang Indonesia, Yakob Sayuri pula menuruti jejak langkahnya. Pemain sayap kanan PSM Makassar itu mengharumkan nama Indonesia dan ASEAN dengan menggondol anugerah Bantuan Gol Terbaik Piala Asia 2023. Pengumuman keputusan itu dibuat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi […]
JDT Beri Pengalaman Terindah Buat Murilo Henrique

Pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique menikmati setiap detik sejak tiba di Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain yang dibawa masuk oleh skuad Harimau Selatan untuk memantapkan kesebelasan utama pasukan. Pemergian beberapa tonggak lama seperti Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo yang bersara membuka ruang buatnya berbakti buat JDT bagi musim 2024/25. […]
Qatar & China ‘Tunggu’ Malaysia

Perkhabaran terbaru mengenai perjalanan skuad bawah 23 tahun negara apabila dua negara iaitu Qatar dan China bakal menjadi lawan terbaru negara. Skuad bimbingan Juan Torres Garrido telah mengharungi aksi persahabatan di China tempoh hari yang menyaksikan pasukan merekodkan satu kemenangan dan satu kekalahan. Keputusan ini dilihat positif selepas skuad muda negara berdepan lawan yang berada […]
Hamidin: Mereka Bukan Orang Malaysia, Banyak Yang Palsu

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato Hamidin Mohd Amin tampil memberi penjelasan tentang beberapa pemain bola sepak yang disebut-sebut memiliki darah dan berketurunan Malaysia. Ketika ditemui di Hotel Armada, Petaling Jaya pada semalam, Hamidin menegaskan bahawa terdapat beberapa akaun media sosial Instagram bola sepak yang menerbitkan hantaran mengatakan bahawa ada pemain bola sepak yang […]
Gol Tercalon Ke Puskas? Faisal Halim Tak Fikir, Kekal Rendah Diri

Pemain sayap negara, Faisal Halim tidak mahu memikirkan mengenai pencalonan golnya ke Puskas FIFA selepas memenangi gol terbaik di Piala Asia 2023. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menerusi pengumuman oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), jaringan pemain yang mesra […]