Matthew Davies & Junior Eldstal Disisihkan Dari Skuad Ke Oman

Dua watak penting Malaysia, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa disisihkan daripada skuad negara sebelum berlepas ke Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Perkara ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan untuk meninggalkan dua pemain berpengalaman negara ini atas faktor kecederaan. Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul […]
Kim Pan-gon Bawa 4 Watak Baharu Ke Oman

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon dijangka mempertaruhkan 4 muka baharu dalam skuad yang bakal dibawa ke Oman. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika mengharungi aksi Piala Asia 2023. Harimau Malaya juga merekodkan permulaan cemerlang di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas merakamkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan […]
Ruventhiran Digugurkan Dari Skuad Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya menerima tamparan hebat apabila terpaksa menyisihkan bek kiri Selangor FC, V. Ruventhiran. Ini selepas pemain berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan semasa menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Disebabkan kecederaan itu juga, nama Ruventhiran juga tidak tersenarai dalam barisan pemain yang diturunkan menentang […]
Vietnam & Palestine ‘Pintas’ Kedudukan Malaysia

Dua buah negara handalan bola sepak Asia, Vietnam dan Palestine memintas kedudukan Malaysia bagi nilai pasukan selepas Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang agak cemerlang selepas memungut satu mata hasil keputusan seri berdepan Korea Selatan. Harimau Malaya mara ke Qatar dengan menghuni tangga ke-19 Asia selaku pasukan paling bernilai dengan 6.73 […]
Malaysia Menang Bergaya, Atasi Nepal 5-1

Skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Kim Pan-gon telah dijadual bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan tertutup yang berlangsung di Stadium UITM Shah Alam malam semalam. Aksi persahabatan itu sebagai persediaan pasukan Malaysia sebelum beraksi menentang pasukan Oman bagi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 pada hujung Mac kelak. Anak buah Kim Pan-gon berjaya melakar kemenangan bergaya […]
Police Tero Ucap Terima Kasih Kepada JDT

Pasukan Liga 1 Thailand, Police Tero FC mengucapkan terima kasih kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) atas layanan hebat yang diberikan sebagai tuan rumah. Police Tero yang kini dibimbing oleh Tan Cheng Hoe hadir ke Johor Bharu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 13 hingga 21 Mac nanti. Menerusi satu temu bual […]
Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: Malaysia vs Nepal (Live Streaming)

Malaysia memulakan langkah perjuangan ke aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan bertemu Nepal dalam satu aksi persahabatan. Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi kempen yang cukup memberangsangkan selepas merekodkan dua kemenangan awal menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei. Selain itu, Harimau Malaya juga mengharungi kempen yang agak baik terutamanya selepas mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Menurut […]
“Pemain Sedia Pamer Karakter Seperti Lawan Korea Selatan” – Paulo Josue

Pemain tengah menyerang, Paulo Josue menganggap Malaysia bersedia untuk terus bersaing di tahap tertinggi bertemu pasukan-pasukan kuat seperti di Piala Asia yang lalu. Paulo Josue bagaimanapun mahu fokus dalam aksi menentang Oman terlebih dahulu untuk mencerahkan laluan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya. Jika Malaysia mampu melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi, skuad kebangsaan berpeluang […]
Brendan Gan Sertai KL City?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super. Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya. Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan […]
Keyakinan Tinggi Bersama Terengganu Lonjak Motivasi Safawi Rasid

Penyerang pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid tekad memberikan yang terbaik menerusi keyakinannya yang tinggi untuk memastikan kejayaan memihak pasukan negara. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad yang dibawa ke Piala Asia 2023 di bawah kendalian Kim Pan-gon selain menjadi antara tunjang dalam skuad senior. Beliau yang baru sahaja melengkapkan perpindahan ke pasukan […]
Nepal Bawa Skuad Unik Hadapi Tentangan Malaysia

Menjelang aksi persahabatan tertutup menentang Malaysia esok, Nepal membawa barisan pemain berkaliber. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) mengumumkan barisan pemain yang diturunkan untuk aksi persahabatan menentang Harimau Malaya dan dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Bahrain. Pasukan yang diberi jolokan The Gorkhalis itu tempang tanpa khidmat pemain tengah Persik Kediri, Rohit […]
3 Lagi Pemain Dijangka Tinggalkan JDT

3 orang pemain ternama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menyertai KL City FC bagi saingan musim 2024/25. Setiap kelab di Liga Malaysia sedang rancak melakukan persiapan menjelang sepak mula yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Perkhabaran terbaru dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan perancangan pasukan Ibu Kota, KL City […]
Arif Aiman Tiada Dalam Senarai Juan Torres Ke Piala Asia

Nama pemain muda berbakat negara, Arif Aiman Hanapi tiada dalam senarai ketua jurulatih skuad b-23 negara, Juan Torres Garrido untuk menjalani latihan pusat bagi persiapan ke Piala Asia B-23. Pemain berusia 22 tahun itu mencipta sensasi apabila membantu Harimau Malaya pada aksi Piala Asia 2023 di Qatar tempoh hari. Beliau mencatat nama selaku penjaring untuk […]
Juan Torres Tagih Sentuhan Pemain Liga Jerman

Persiapan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar lebih mantap dengan kehadiran seorang pemain yang beraksi di liga Jerman. Pemain yang dimaksudkan ialah pemain pertahanan kelab SV Waldhof Mannheim berusia 21 tahun, Annil Vigneswaran. Annil merupakan salah seorang daripada dua pemain yang berpangkalan di luar negara yang dipanggil Juan […]
Dua Posisi Utama Jadi Buruan Nooa Laine

Pemain tengah Harimau Malaya, Nooa Laine berkongsikan keinginan untuk beraksi diposisi tertentu untuk membuktikan kemampuan dirinya. Nooa Laine yang meraih kepercayaan Kim Pan-gon untuk membarisi jentera tengah negara bagi aksi menentang Oman kelak mahu memberikan yang terbaik dalam membantu Malaysia meraih kemenangan. Nooa Laine akan bersama-sama pemain seperti Syamer Kutty Abba, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, […]
Lee Zii Jia Dilabel Lebih Matang & Berani

Permainan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia disifatkan sebagai lebih baik menjelang kejohanan All England 2024. Pandangan ini dilontarkan bekas jurulatih negara, Sairul Amar Ayob yang melihat peluang Lee Zii Jia untuk menumbangkan Kodai Naraoka di pusingan awal kejohanan itu tetap ada. Beliau berkata kepada Astro Arena bahawa, persembahan di atas gelanggang lebih penting baginya […]