Seorang Jurulatih Liga Super Dilaporkan Bakat Hilang Kerja

Seorang jurulatih pasukan Liga Super Malaysia dilaporkan bakal dipecat. Aksi Liga Super baru memasuki minggu ke-14 dengan JDT kini rancak mendahului carta saingan dengan kelebihan 8 mata ke atas pasukan kedua, Selangor FC. Namun begitu, nasib seimbang dialami oleh pasukan lain apabila Sabah FC yang menghun tangga ketiga hanya dipisahkan 6 mata dengan pasukan PDRM […]

Laungan ‘JDT Takut Air’ Makan Diri, Isu Padang Bukan Perihal Remeh

Laungan ‘JDT Takut Air’ bergema ketika aksi Selangor menentang JDT makan diri namun isu padang bukanlah satu hal yang remeh. Perlawanan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya menyaksikan skuad Harimau Selatan menewaskan Selangor dengan keputusan 3-0. Kemenangan itu membolehkan JDT menjarakkan diri 8 mata dengan Selangor selain mengekalkan rekod bersih bagi pertembungan kedua-dua pasukan musim ini. […]

Scott O’Donell Kenal Pasti Punca Malaysia Tak Layak Ke Piala Asia B-17

Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Scott O’Donell melihat skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) akan terus bergelut tanpa pertandingan liga B-15 dan B-16. Pandangan ini dilontarkan beliau apabila diminta mengulas tentang faktor kegagalan skuad Javier Jorda Ribera layak ke Piala Asia B-17 2025. Skuad Malaysia B-17 yang berada dalam Kumpulan H gagal mengiringi […]

Arif Aiman Mulakan Karier Sebagai Pemain Tengah

Pemain berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman memulakan karier sebagai pemain tengah. Perkara ini dikongsikan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar dalam sesi audio siar kepada Hanif Miswan di Koppa. Beliau memaklumkan bahawa Arif merupakan antara pemain paling menyerlah dalam skuad B-12 NFDP namun berdepan saingan sengit. Hal ini susulan […]

Pencari Bakat Eropah Kesan Potensi Luqman Hakim 7 Tahun Lalu

Pencari bakat Eropah telah mengesan potensi sebenar penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin sejak 7 tahun lalu. Pemain berusia 22 tahun itu kini berkelana di Jepun bersama Yokohama SCC secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk. Beliau telah menjadi antara bualan hebat selepas berjaya menempah tempat untuk membawa diri ke Liga Belgium pada usia yang […]

Kim Pan-gon Kembali Ke Malaysia

Ketua Jurulatih Ulsan HD, Kim Pan-gon bakal membuat kemunculan semula di Malaysia. Pengendali berpengalaman itu telah meninggalkan skuad kebangsaan Malaysia pada 15 Julai lalu selepas dua tahun empat bulan bersama skuad negara. Beliau telah kembali ke Korea Selatan untuk mengambil alih tugas Ketua Jurulatih Ulsan HD yang juga beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite […]

Harimau Malaya Elak Uji Thailand Bersebab

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti memiliki sebab tersendiri untuk tidak memilih Thailand sebagai salah satu lawan pada aksi persahabatan. Pasukan kebangsaan bakal terbang ke luar negara untuk berdepan dua perlawanan persahabatan bertemu Laos dan India pada tempoh Kalendar Antarabangsa FIFA November ini. Aksi skuad kebangsaan berdepan Laos akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada […]

FAM Hormat Keputusan Christopher Raj

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghormati keputusan peletakan jawatan yang dibuat pengurus pasukan Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17), Christopher Raj. Christopher memilih mengundur diri sebagai pengurus skuad muda negara selepas Malaysia gagal layak ke Piala Asia B-17 2025. Malaysia terlepas peluang layak selaku naib juara terbaik Kumpulan H apabila sekadar seri 2-2 dengan Laos dalam […]

Aksi Malaysia & Laos Berlangsung Di Thailand

Aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Laos pada November ini bakal diadakan di Thailand dan bukannya Laos. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan Laos sebagai lawan kedua Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa pada bulan hadapan. Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus tentang siapa lawan yang bakal dihadapi anak buah Pau Marti Vicente selepas […]

Eddy Israfilov Menyinar, Reaksi Jasir Asani Curi Tumpuan

Tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Eddy Israfilov beraksi cemerlang namun reaksi tonggak Gwangju, Jasir Asani mencuri tumpuan. Pemain berusia 32 tahun terus menjadi sandaran utama ketua jurulatih, Hector Bidoglio apabila kerap beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. Beliau membantu JDT untuk melakar kemenangan ke atas Selangor pada aksi ke-14 Liga Super dengan keputusan 3-0 […]

3 Wakil Malaysia Kumpul RM1.5 Juta

Tiga wakil Malaysia dalam sukan badminton iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah telah mengumpul hadiah wang hampir RM1.5 juta. Selepas mengharungi 15 kejohanan antarabangsa, Zii Jia telah meraih hadiah wang lebih AS$112,000 (RM487,000). Ini termasuk kejayaannya bergelar juara Thailand Open 2024 dan Australian Open 2024. Selain itu, Zii Jia […]

Pau Marti Pantau Rapat 3 Pemain Luar Negara

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memantau rapat kemajuan tiga tonggak Malaysia yang berkelana di luar negara. Skuad negara baru sahaja selesai mengharungi aksi persahabatan FIFA Tier 1 menentang New Zealand yang menyaksikan Malaysia tewas dengan keputusan 4-0. Pasukan kebangsaan kini menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini ranking FIFA bulan Oktober. Pengendali kelahiran […]

Aksi Malaysia vs Laos Jadi Kenyataan

Laos bakal menjadi lawan Malaysia untuk aksi persahabatan antarabangsa yang akan diadakan pada November ini. Ini selepas aksi berkenaan diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di laman sesawang rasmi badan induk itu. Dengan pengumuman ini, maka lengkaplah dua aksi persahabatan antarabangsa yang bakal dihadapi Harimau Malaya pada November ini. Sebelum ini, India bakal menjadi lawan […]

Warga Eropah ‘Terbang’ 10,000 KM Saksikan Aksi Selangor vs JDT

Warga Eropah sanggup terbang ke Malaysia bagi menyaksikan pertembungan antara Selangor vs JDT. Aksi ke-14 Liga Super 2024/25 itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tunduk dengan keputusan 3-0. Kehadiran 10,215 orang penyokong ke Stadium MBPJ pada 27 Oktober itu diserikan dengan kehadiran beberapa orang penyokong dari Eropah. Dua pemuda kelahiran Belanda itu ditemui oleh MakanBola […]

Christopher Raj Letak Jawatan Pengurus Malaysia B-17

Prestasi kurang memuaskan skuad Malaysia Bawah 17 Tahun (B-17) dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-17 mendorong pengurus pasukan, Christopher Raj meletak jawatan. Perkara ini disahkan sendiri beliau menerusi satu hantaran panjang lebar di Instagram. Christopher merasakan ini masa terbaik untuk muka baru untuk menggalas tanggungjawab membawa skuad muda negara ke hadapan. “Sehubungan itu, saya selaku […]

JDT Layan Kunjungan Pasukan Ke-6 Asia Di Stadium Sultan Ibrahim

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menempuhi cabaran kelab ke-6 terbaik di Asia bagi aksi seterusnya. Skuad kendalian Hector Bidoglio cemerlang menundukkan Selangor pada aksi ke-14 Liga Supee dengan keputusan 3-0. Perlawanan di Stadium MBPJ itu juga menyaksikan Harimau Selatan jauh meninggalkan Gergasi Merah dengan perbezaan 8 mata ketika ini. Ujian seterusnya […]