“Bukan Kim Pan-gon Sahaja, Belasan Staf Dah Letak Jawatan & Ada Yang Dipecat”

Kemelut yang melanda kem Harimau Malaya kembali menjadi bualan peminat bola sepak tanah air susulan khabar yang mengatakan bahawa ketua jurulatih, Kim Pan-gon akan meletak jawatan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai perkhabaran mengejutkan berkenaan keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan itu. Laporan menyebut bahawa Pan Gon dilaporkan mahu meninggalkan Skuad […]

Kim Pan-gon Hantar Surat Tinggalkan Harimau Malaya?

Harimau Malaya bakal berdepan satu lagi tamparan hebat menjelang dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 pada Jun ini. Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan jurulatih skuad senior negara, Kim Pan-gon dilaporkan mahu mengundurkan diri. Meskipun masih memiliki baki kontrak setahun, Pan-gon dilaporkan sudah bersedia menghantar surat penamatan kontrak lebih awal. “Jurulatih negara Kim […]

Josh Brownhill, Bakat EPL Yang Dicanang Berdarah Malaysia

Baru-baru ini, nama kapten Burnley, Josh Brownhill menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia. Ini kerana menurut akaun peninjau bakat Future Talents, Brownhill dilaporkan memiliki darah Malaysia dari belah ibunya. Selain itu, pemain tengah berusia 28 tahun itu turut mengakui mengenali pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin. “Ya, saya juga mengenali Stuart Wilkin yang kini […]

Skuad Muda JDT Bedil Everton Penuh Bergaya

Kejohanan JSSL Singapore International 7s menyaksikan kejayaan buat skuad muda JDT apabila berjaya menewaskan Everton FC dengan keputusan 1-0. JSSL Singapore Professional Academy 7s ialah pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mempamerkan bakat muda lebih 400 pasukan di 17 negara. Pasukan dari seluruh dunia berkumpul pada hujung minggu untuk bersaing dalam kejohanan 7 sebelah […]

Syafiq Ahmad Kembali ‘Mengaum’ Bersama Kedah

Kelibat penyerang sensasi pasukan Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad kembali menjadi bualan ramai selepas beliau kembali membuka akaun jaringan. Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam satu perlawanan menentang Penang B-23 yang menyaksikan Sang Kenari mencatatkan kemenangan besar 4-0. Beliau bagaimanapun mencuri tumpuan apabila berjaya merekodkan satu jaringan pada minit ke-86 dalam aksi di Stadium […]

“Saya Lihat Dia Terbaring, Ini Bukan Kecederaan Biasa”

Penjaga gol Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Sikh Izhan Nazrel mengakui terkejut apabila melihat kecederaan yang menimpa rakan sepasukan, Azam Azmi Murad baru-baru ini. Azam yang ketika itu beraksi untuk skuad senior negara menentang Oman terpaksa diusung keluar pada babak pertama selepas mengalami kecederaan serius. Perkara ini turut diakui jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Disebabkan […]

Luqman Hakim Kesan Perubahan Besar Malaysia B-23 Bersama Juan Torres

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin melihat kemajuan yang baik skuad b-23 negara di bawah kendalian Juan Torres Garrido menjelang aksi Piala Asia di Qatar, April ini. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido untuk menghadapi aksi penting di Asia. Beliau yang kini beraksi di […]

Darren Lok Kecewa Kesilapan Sama Berulang Dua Kali

Penyerang kebangsaan, Darren Lok mengakui sentuhan penyudah yang mengecewakan mengakibatkan Malaysia tewas dua kali di tangan Oman. Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa lepas menyaksikan skuad negara banyak menghasilkan hantaran ke arah gawang Oman. Malangnya, kebanyakan hantaran yang dilakukan berjaya disekat penjaga gol Oman, Ibrahim […]

Luqman Hakim Bawa Pengalaman Di Jepun Ke Malaysia

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin membawa pengalaman yang diperoleh bersama kelab di Liga 3 Jepun, Yokohama SCC bersama Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu kembali berkelana di Asia daripada kelab Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman di divisyen tiga Jepun untuk memperoleh lebih banyak minit bermain. Hasrat itu bagaimanapun menjadi kenyataan apabila beliau sudah beraksi […]

Malaysia Mahu Lenyapkan ‘Badi’ Pakistan

Jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Sarjit Singh mahu menamatkan kemarau kemenangan Malaysia ke atas pasukan gergasi Asia, Pakistan. Dalam dua kejohanan sebelum ini, pasukan yang diberi gelaran The Green Shirts itu menjadi duri dalam daging kepada The Speedy Tigers. Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China menyaksikan Malaysia tumbang 5-2 di tangan Pakistan untuk perlawanan penentuan […]

Ramalan Faisal Halim Sebelum Lawan Oman Jadi Kenyataan

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sudah menjangka kecaman yang bakal diterima sebelum berdepan Oman lagi. Bintang pasukan Selangor FC itu merupakan watak penting sejak diambil alih oleh Kim Pan-gon kira-kira dua tahun yang lalu. Persembahan yang diharapkan oleh penyokong setia Harimau Malaya bagaimanapun tidak kesampaian apabila skuad negara tunduk di tangan Oman sebanyak […]

NSDF Futsal Championship: Malaysia Tewas Tipis Di Tangan Afghanistan

Malaysia terpaksa akur menamatkan saingan NSDF Futsal Championship 2024 di tempat keempat setelah kecundang kepada Afghanistan dalam aksi penentuan tempat ketiga. Skuad negara turun dengan misi menebus maruah setelah mencatatkan satu keputusan seri menentang Afghanistan dan dua kali tewas tipis kepada Australia dan Thailand di peringkat kumpulan. Kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 sebelum ini ketika […]

PSM Akan Adakan Mesyuarat, Bincang Penambahbaikan Bersama Kontraktor SNBJ

Isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang baik mengakibatkan ramai pihak marah dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Ini kerana keadaan padang yang kurang baik bukan saja merencatkan kelancaran permainan antara Malaysia dengan Oman dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026. Malah, situasi ini mengakibatkan dua pemain mengalami kecederaan. Pertama, bek kanan Harimau Malaya, […]

Aidil Zafuan Mula Tugas Baru Di JDT

Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak kini mula menjalani tugas baharu bersama pasukan bagi musim 2024/25. Beliau dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Aidil sah sudah menggantung but setelah mengharungi satu dekad yang cukup gemilang bersama Harimau Selatan. Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama JDT selain menjaringkan 8 gol […]

Terengganu Jalani Aksi Pra-Musim Di Malaysia, Bakal Uji VAR Dalam Dua Aksi

Dengan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula tidak lama lagi, Terengganu FC memilih mengadakan kempen pra-musim di Malaysia. Menurut Pengarah Sukan Terengganu, Zulfadli Rozi, keputusan ini dibuat selaras dengan usaha pasukan untuk mengurangkan kos operasi dan berbelanja secara berhemah. Sebagai permulaan, Terengganu bakal mengadakan siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang dari 31 Mac hingga 4 […]

“Malaysia Mendahului Tapi Masih Kalah” – Rakhpol Sainetngam

Jurulatih skuad futsal Malaysia, Rakhpol Sainetngam mengakui kelebihan psikologi yang dimiliki Australia membantu pasukan itu meraih kemenangan semalam. Aksi terbaru NSDF Futsal Championship 2024 itu menyaksikan skuad negara pada awalnya mendahului 2-0 menerusi Ridzwan Bakri (minit ke-14) dan Syahir Iqbal Khan (minit ke-16). Bagaimanapun, Australia bangkit pada babak kedua dengan menyumbat empat gol. Awalluddin Mat […]