JDT ‘Moreh’ Besar, Belasah Lion City Sailors

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kemenangan kedua menentang kelab Singapura, Lion City Sailors. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan beberapa watak penting skuad Harimau Selatan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan. The Sailors turun dalam misi besar untuk mempamerkan persembahan terbaik selepas kecewa di laman sendiri dengan keputusan […]

Persahabatan Futsal: Malaysia Pamer Karakter Sebenar, Tewaskan Vietnam

Skuad futsal Malaysia menutup kempen aksi persahabatan di Vietnam dengan melakar kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah hari ini. Selepas tewas 3-0 dalam aksi persahabatan pertama di Ho Chi Minh City pada 6 April lalu, skuad negara yang dibimbing Rakhpol Sainetngam mahu bangkit melakar kemenangan. Meskipun lawan yang dibimbing Diego Raúl Giustozzi itu menduduki ranking […]

Kedah Bakal Bebas Sekatan FIFA

Kedah Darul Aman dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kelab itu bakal bebas daripada sekatan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Baru-baru ini, tular mengenai sebuah berita yang menyatakan bahawa Sang Kenari merupakan salah sebuah kelab di Liga Malaysia yang dikenakan perpindahan pemain oleh FIFA. Hal ini susulan pelbagai masalah dalaman termasuklah tunggakan gaji yang melanda pasukan […]

Tunku Ismail Buka Mulut Tentang Identiti Penjaga Gol Baharu JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan tentang identiti penjaga gol baharu JDT. Baru-baru ini, tular mengenai sebuah klip perkenalan jersi baharu bagi penjaga gol Harimau Selatan bagi musim 2024/25. Pelancaran secara dalam talian itu bagaimanapun tertumpu kepada identiti penjaga gol yang kelihatan memakai topeng. […]

Identiti Penjaga Gol Bertopeng JDT Masih Rahsia

Identiti penjaga gol baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kelihatan masih tidak menemui jawapan menjelang sepak mula saingan Liga Super musim 2024/25. Skuad kendalian Hector Bidoglio rancak membina skuad bagi musim baharu selepas beberapa kemasukan besar seperti Chico Geraldes, Murilo Henrique, Nicolao Dimitru dan pemain tempatan seperti Romel Morales. JDT sudah pasti mahu menambah baik […]

Siaran Langsung Persahabatan Antarabangsa: JDT vs Lion City Sailors (Live Streaming)

Satu lagi aksi persahabatan antarabangsa antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelah Singapura, Lion City Sailors bakal berlangsung tidak lama lagi. Perlawanan antara dua pasukan terkemuka di Asia Tenggara itu menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum terbaik berdepan Naib Juara Singapore Premier League (SPL) itu dengan keputusan 2-1. The Sailors bagaimanapun optimis untuk […]

Malaysia Kecundang Dua Aksi, Kali Ini Berdepan Qatar B-23

Skuad muda Malaysia mencatatkan kekalahan kedua berdepan skuad b-23 Qatar dalam satu aksi persahabatan tertutup semalam. Aksi yang berlangsung di Qatar itu menyaksikan anak didik Juan Torres bertemu pasukan tuan rumah sebagai aksi pemanas badan selepas tewas kepada China B-23 tempoh hari. Perlawanan pemanas badan ini bagaimanapun tidak memihak kepada skuad muda negara sekali lagi […]

Zaquan Adha: Tak Guna Kalau Belakang Azmeer Cerita Tentang Keburukan Orang

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha mengajak Azmeer Yusof untuk bersemuka dan tidak bercakap hanya di balik kamera tentang orang lain. Beliau yang baru sahaja menggantung but selepas kali terakhir beraksi buat Negeri Sembilan FC berharap agar Azmeer mempertimbangkan tawarannya untuk bersemuka. Hal ini susulan isu yang tular melibatkan kenyataan bahawa terdapat salah laku seperti buli […]

Aksi Malaysia Di UAE Tertangguh Bersebab

Perancangan Malaysia untuk mengadakan beberapa aksi persahabatan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awal Mac lalu gagal direalisasikan atas beberapa sebab. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan ini disebabkan beberapa kelab enggan melepaskan pemain mereka menyertai skuad kebangsaan. Tanpa ramai pemain menyertai kem Harimau Malaya, ini menyukarkan perancangan FAM dan […]

Malaysia Gandakan Kegembiraan Oman

Malaysia memberikan kegembiraan berganda kepada Oman selepas mencatatkan dua kemenangan bertemu skuad negara. Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman menyaksikan skuad kebangsaan merekodkan kemenangan 2-0 dalam kedua-dua aksi. Kejayaan itu memberi kesan yang cukup hebat kepada kedudukan ranking FIFA Harimau Malaya apabila turun 6 anak tangga ke kedudukan 138 dunia. Pasukan bimbingan […]

Persahabatan Futsal: Malaysia Akur, Tunduk Di Tangan Vietnam

Skuad futsal Malaysia terpaksa mengakui kehebatan Vietnam apabila tumpas dalam satu aksi persahabatan di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Sabtu. Skuad negara menamatkan aksi NSDF Futsal Championship minggu lalu di tempat keempat selepas mencatatkan tiga kekalahan tipis dan satu keputusan seri di bumi Thailand. Manakala Vietnam meraih tempat ketiga dalam kejohanan futsal amtarabangsa yang […]

Safee Sali: Kalau Padang SNBJ Tak Elok, Jangan Main

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali meminta agar para pemain Harimau Malaya tidak menggunakan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekiranya keadannya masih tidak memuaskan. Beliau menyatakan pendiriannya dalam satu audio siar di laman Youtube miliknya tentang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Oman. Katanya, antara salah satu faktor yang menyebabkan kekalahan skuad […]

Sanusi: RM16 Juta Beri Pada Anak Yatim Atau Bola Sepak Lebih Afdal?

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan pendirian kukuhnya dan polisi kerajaan negeri berkenaan duit kerajaan negeri untuk digunakan bagi tujuan bola sepak negeri tersebut. Memetik laporan Berita Harian, beliau memberitahu bahawa duit kerajaan negeri tidak akan digunakan bagi membiayai gaji pemain bola sepak serta masalah berkaitan kelab, Kedah Darul Aman FC […]

Skuad Muda JDT Malukan Wakil Singapura, Geylang International

Aksi Singapore Youth League menyaksikan skuad muda JDT mencipta sensasi apabila menundukkan wakil Singapura, Geylang International. Perlawanan yang berlangsung di Singapura itu menyaksikan JDT B-15 sukar digugat sungguhpun memasuki perlawanan yang ke-6. Perlawanan Singapore Youth League itu menyaksikan skuad bawah 13 dan 15 tahun JDT terus mencipta prestasi memberangsangkan dalam kejohanan tersebut. Keunggulan skuad muda JDT terus […]

Nilai Pasaran Arif Aiman ‘Pintas’ Bergson

Nilai pasaran pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencatatkan peningkatan dan memintas kedudukan penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva. Pemain berusia 22 tahun itu baru sahaja menamatkan tugasan bersam Harimau Malaya bagi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman. Pemain kelahiran Pahang itu turut berjaya mengekalkan kejuaraan Pemain Paling Bernilai […]

Hariss Harun Kongsi Jurang Kualiti Lion City Sailors & JDT

Kapten pasukan Lion City Sailors, Hariss Harun memberi pandangan jujur tentang jurang kualiti antara pasukannya dan juga juara bertahan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 33 tahun itu pernah beraksi bersama skuad Harimau Selatan sekitar tahun 2014-2021 dan berjaya merangkul pelbagai koleksi kejuaraan. Bercakap kepada wartawan Singapura, Ash Hashim, Hariss bagaimanapun menyatakan […]