Selangor & Gabriel Rosa Umum Perpisahan Luar Jangka

Tonggak import Selangor, Gabriel Rosa mengucapkan selamat tinggal buat pasukan setelah menyarung jersi The Red Giants hampir empat bulan. Rosa dibawa masuk oleh skuad futsal Selangor pada jendela perpindahan kedua pada Jun lalu bagi menggantikan Ceara yang memilih untuk meninggalkan Gergasi Merah atas sebab keluarga dan kecederaan Kehadiran Rosa sememangnya membawa impak besar buat pasukan […]

Jurulatih JDT Sebut 3 Pencabar Hebat Musim Depan, Ada Nama Selangor

Jurulatih skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia percaya ada tiga pasukan yang bakal mencabar pasukan itu pada tahun 2025. JDT meraih gelaran juara berganda untuk musim 2024. Selepas bergelar juara Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Harimau Selatan muncul juara Malaysia Futsal Cup. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan […]

Juan Antonio Puji 4 Pemain Selangor ‘No.24 & 7 Sangat Berkualiti’

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia melihat 4 tonggak utama Selangor sebagai pemain berkualiti tinggi ketika bertemu dalam perlawanan akhir pada Ahad. Juan Antonio membimbing skuad Harimau Selatan menjuarai Malaysia Futsal Cup dengan menewaskan Selangor hasil 3 jaringan daripada Bruno Taffy, Firdaus Ambiah dan Azwann Ismail. Ditemui ketika sesi sidang media pasca […]

“Pasukan Terbaik Menang Malaysia Futsal Cup” – Miguel Garcia

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia merasakan pasukannya layak untuk menjulang Malaysia Futsal Cup setelah menewaskan Selangor pada Ahad. Dalam aksi tersebut, Bruno Taffy berjaya meletakkan JDT di hadapan seawal minit keempat permainan sebelum Syahir Iqbal menyamakan kedudukan untuk keputusan terikat 1-1 di babak pertama. Dua jaringan daripada Firdaus Ambiah dan Azwann […]

JDT Juara Malaysia Futsal Cup Kali Pertama, Atasi Selangor

Aksi final Malaysia Futsal Cup (MFC) 2024 menyaksikan JDT menjulang kejuaraan buat kali pertama setelah menewaskan pasukan pencabar, Selangor di Axiata Arena pada Ahad. Setelah menyingkirkan Pahang Rangers di separuh akhir, Selangor bakal berdepan JDT yang turun dengan misi untuk menebus duka tewas di perlawanan akhir musim lalu. Barisan pemain JDT diketuai oleh Azrul Hadee […]

Malaysia Futsal Cup: Pahang Rangers Raih Tempat Ke-3, Tumbangkan KL City

Pahang Rangers FC dipaksa bekerja keras oleh KL City FC sebelum meraih tempat ketiga Malaysia Futsal Cup 2024. Kedua-dua pasukan mahu menutup kempen Malaysia Futsal Cup dengan kemenangan selepas tersingkir di peringkat separuh akhir. Pahang Rangers disingkirkan Selangor FC dengan KL City pula disingkirkan oleh Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Separuh masa pertama menyaksikan […]

Malaysia Futsal Cup: Media Luar Negara Puji Axiata Arena Setanding Eropah

Pemilihan Axiata Arena sebagai gelanggang final Malaysia Futsal Cup 2024 mengagumkan media asing yang membuat liputan tentang kejohanan tersebut. Perkara ini dinyatakan portal sukan Indonesia, Galeri Futsal apabila membuat tinjauan di Axiata Arena pada 5 Oktober lalu. Portal sukan itu menyifatkan pemilihan stadium tersebut sebagai gelanggang akhir Malaysia Futsal Cup 2024 tepat. Ini kerana ia […]

Siaran Langsung Final Malaysia Futsal Cup: JDT vs Selangor (Live Streaming)

Aksi final Malaysia Futsal Cup membabitkan JDT vs Selangor bakal menarik perhatian para peminat sukan tanah air. Skuad Harimau Selatan mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut setelah tidak berdepan masalah menewaskan KL City dalam perlawanan separuh akhir dengan agregat 9-2 minggu lalu. Sementara, Selangor pula berjaya mengatasi cabaran hebat dari juara bertahan, Pahang Rangers yang memberi saingan […]

Miguel Garcia Anggap Prestasi Selangor Lebih Baik Berbanding JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia beranggapan prestasi Selangor lebih baik menjelang aksi final Malaysia Futsal Cup pada Ahad. Skuad Harimau Selatan mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut setelah tidak berdepan masalah menewaskan KL City dalam perlawanan separuh akhir dengan agregat 9-2 minggu lalu. Sementara, Selangor pula berjaya mengatasi cabaran hebat dari […]

Edgar Baldasso: Tiada Yang Mustahil Buat Selangor

Pengendali skuad futsal Selangor FC, Edgar Baldasso menyifatkan pasukannya memiliki peluang bergelar juara Malaysia Futsal Cup 2024. Selangor berjaya layak ke final meskipun diikat Pahang Rangers FC 4-4 dalam aksi separuh akhir kedua pada 28 September lalu. Ini kerana Merah Kuning mara dengan keputusan agregat 9-7. Kini, Selangor berdepan tugas sukar kerana yang menanti mereka […]

Malaysia Futsal Cup: Rekod 5 Pertemuan JDT vs Selangor Jadi Tumpuan

Menjelang aksi final Malaysia Futsal Cup (MFC) menyaksikan rekod 5 pertemuan lampau antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor mencuri perhatian para peminat. Naib juara MFC musim lalu, JDT mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut setelah tidak berdepan masalah menyingkirkan KL City dalam aksi separuh akhir sebelum ini. Skuad kendalian Juan Miguel Garcia […]

Malaysia Futsal Cup: Selangor Diikat Pahang Rangers, Iringi JDT Ke Final

Skuad futsal Selangor menempah pertemuan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) di final Malaysia Futsal Cup (MFC) setelah menyingkirkan juara bertahan, Pahang Rangers dalam aksi separuh akhir. Setelah mencatat kemenangan 5-3 dalam aksi pertama lalu, Selangor menerima kunjungan Pahang Rangers di laman sendiri untuk perlawanan timbal balik kedua. Jurulatih Selangor, Edgar Baldasso menaruh harapan buat gandingan […]

Malaysia Futsal Cup: JDT Layak Ke Final, Tumpaskan KL City

Tiket final Malaysia Futsal Cup 2024 sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) apabila menewaskan KL City FC dalam separuh akhir kedua di Pasir Gudang. JDT mahu mempertahankan kelebihan empat gol yang diraih mereka di Kuala Lumpur pada 21 September lalu. Manakala KL City pula perlu mendapatkan kemenangan besar jika ingin mara ke […]

Siaran Langsung Malaysia Futsal Cup: Selangor vs Pahang Rangers (Live Streaming)

Perlawanan separuh akhir kedua Malaysia Futsal Cup (MFC) membabitkan pertemuan Selangor vs Pahang Rangers bakal mencuri tumpuan peminat. Pertembungan epik melibatkan juara bertahan MFC, Pahang Rangers dan naib juara Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), Selangor bagi menentukan tiket ke perlawanan akhir. Kedua-dua pasukan tampil cemerlang di peringkat suku akhir lalu dengan Selangor menewaskan Gombak TOT […]

Siaran Langsung Malaysia Futsal Cup: JDT vs KL City (Live Streaming)

Aksi separuh akhir kedua Malaysia Futsal Cup 2024 bakal menemukan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan KL City FC. Kelebihan memihak kepada Harimau Selatan kerana telah meraih kemenangan 4-0 ke atas KL City di Ortuseight Arena, Kuala Lumpur pada 21 September lalu. Awalluddin Mat Nawi, Bruno Taffy, Ridzwan Bakri dan Abu Haniffa […]

Malaysia Futsal Cup: JDT Sebelah Kaki Ke Final, Tewaskan KL City

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) membawa bekalan selesa untuk aksi separuh akhir kedua Malaysia Futsal Cup 2024 apabila membelasah KL City FC 4-0. Kedua-dua pasukan mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing di suku akhir. JDT mengatasi cabaran Sabah dengan KL City pula menundukkan Shah Alam City. Bruno Taffy dan Caio […]