Mukhairi Ajmal Memang Luar Biasa

Kapten pasukan bawah 23 tahun negara, Mukhairi Ajmal terus mempamerkan kualiti dalam persembahannya apabila berjaya membantu pasukan untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Thailand semalam. Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan bergandingan bersama Nik Akif Syahiran mengemudi jentera tengah nyata memberi impak yang cukup baik. Mukhairi jelas berada dalam kelas tersendiri apabila kelibat beliau berada […]

‘Supersub’ Azfar Fikri Jadi Wira Titik Thailand

Pemain sayap pasukan bawah 23 tahun negara, Azfar Fikri muncul wira buat pasukan negara apabila gol pada minit akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan ke atas Thailand. Beliau yang masuk untuk menggantikan Luqman Hakim Shamsudin jelas memberi impak yang cukup luar biasa apabila gerakannya seringkali menyukarkan barisan pertahanan gajah perang. Malah, kelibat beliau yang bergandingan bersama Hadi […]

Azraai Khor Anggap Malaysia Beruntung Miliki Bakat Istimewa Seperti Nooa Laine

Bekas pengendali double treble pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah kelihatan teruja dengan keputusan pemain kelahiran Finland-Malaysia, Nooa Laine yang memilih untuk mewakili pasukan muda negara. Beliau menjelaskan bahawa penambahan kualiti dan pengalaman yang dimiliki oleh pemain muda tersebut amat penting bagi menambah kekuatan pasukan kendalian Brad Maloney. Sungguhpun beliau menganggap panggilan tersebut merupakan satu perkara […]

Brad Maloney Beri Pandangan Jujur Selepas Skuad Bawah 23 Tewas Mengejut Kepada Timor Leste

Pengendali skuad bola sepak bawah 23 tahun negara, Brad Maloney akui kecewa selepas melihat anak buahnya tewas mengejut kepada pasukan Timor Leste pada Jumaat. Beliau berkata kekalahan ini perlu diselidik dengan lebih mendalam dan perlu bangkit segera menjelang Sukan Sea Hanoi 2021 yang dijadualkan pertengahan bulan ini. “Sebagai jurulatih, sudah pasti saya juga kecewa dengan […]

Nooa Laine Yakin Ini Peranan Bersama Malaysia Yang Boleh Buatkannya ‘Meletup’

Pemain kelahiran Finland-Malaysia, Nooa Laine baru-baru ini sudah pun membuat keputusan untuk menyahut panggilan untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun negara. Beliau yang kini dipanggil untuk memantapkan lagi skuad kendalian jurulatih, Brad Maloney dalam usaha untuk menjuarai Sukan SEA dan juga Piala Asia B-23 di Uzbekistan. Walau bagaimanapun, beliau dijangka hanya akan membarisi skuad Brad […]

Biar Badai Melanda, Luqman Hakim Tetap Berikan Segalanya Buat Negara Tercinta

Penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan pasukan kebangsaan untuk menabur bakti bersama negara tercinta. Pemain yang berkelana di KV Kortrijk itu berada dalam senarai akhir 31 orang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi ke kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara. Persiapan ini juga bagi memastikan bahawa […]

Brad Maloney Lebih Gemar Menggunakan Pemain Muda

Ketua jurulatih skuad Sukan Sea 2022, Brad Maloney menjelaskan bahawa beliau lebih gemar menggunakan pemain muda berbanding pemain senior untuk menghadapi Kejohanan Piala AFC B-23 di Uzbekistan, Jun depan. Beliau melihat pemain muda ini mampu memikul tanggungjawab ke atas komitmen untuk kelab masing-masing. Namun, dalam saingan tersebut juga tidak membenarkan pemain senior untuk beraksi. “Kalau […]

Brad Maloney Yakin Temui Ramuan Sebenar Pada Sukan Sea

Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney percaya temui ramuan yang sebenar pada Sukan Sea Vietnam buat pasukan kebangsaan dan mampu memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan. Beliau menjelaskan akan membuka secara meluas lagi pencarian bakat-bakat muda untuk diuji sebelum diserap dalam skuad negara bagi mengharungi kejohanan Piala Asia B-23 Jun ini. […]

Kim Pan-gon Dan Brad Maloney Bakal Bertembung Demi Malaysia

Bulan Jun ini merupakan bulan yang paling sibuk buat pasukan bola sepak kebangsaan apabila pasukan senior dan pasukan bawah 23 tahun negara bakal beraksi dalam 2 kejohanan berbeza. Skuad senior kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal turun untuk Kelayakan Piala Asia 2023 di Kuala Lumpur. Manakala skuad bawah 23 tahun kendalian Brad Maloney pula dijangka turun […]

Syed Nasrulhaq Kecewa Debut Bertukar Derita

Penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan (B-23), Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin akui kecewa selepas gagal membantu pasukannya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) Bawah 23 tahun. Syed menjelaskan untuk penampilan pertamanya ini beliau berhasrat mahu membawa berita baik untuk pasukan namun sebaliknya derita apabila diaibkan dengan pasukan Laos dalam […]

Safee Sali Kecewa Dengan Skuad B-23 Harimau Malaya

Pemain terbaik dalam sejarah Piala AFF Suzuki, Safee Sali meluahkan kekecewaan terhadap skuad kebangsaan B-23 susulan diaibkan sekali lagi oleh pasukan Laos setelah tewas 0-2 di Stadium Morodoc Techo, Kemboja. Mengulas lanjut, bekas penggempur kebanggsaan itu menganggap kekalahan ini adalah kekalahan yang memalukan baginya kerana masing-masing mengharapkan sinar kemenangan buat skuad negara. Safee turut mengakui […]

Lim Teong Kim: Jangan Salahkan Pemain, Yang Salah Adalah FAM & MFL

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim ada memberikan pandangan beliau selepas melihat kekalahan skuad bawah 23 tahun negara kepada pasukan Laos. Kekalahan kepada Laos 1-2 pada perlawanan pertama dan seterusnya kekalahan 0-2 pada perlawanan kedua menyaksikan pasukan muda negara tersingkir awal dari kejohanan tersebut. Teong Kim berpendapat bahawa kegagalan ini adalah […]

Penyokong Cadangkan Kim Pan-gon Ambil Alih Skuad Muda Malaysia

Perjalanan skuad bawah 23 tahun negara dalam Kejohanana Piala AFF B-23 berakhir selepas tewas sekali lagi kepada Laos. Kali ini tewas 0-2 dan sekaligus gagal untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan tersebut. Walaupun diakui pasukan negara tidak menurunkan barisan pemain terbaik dalam kejohanan ini, namun kekalahan kepada pasukan kerdil seperti Laos pastinya agak sukar […]

Faizal Azumu Kongsikan “Resepi” Naikkan Martabat Bola Sepak Malaysia

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Faizal Azumu dilihat berkongsi kepada FAM bagaimana cara untuk menaikkan lagi martabat bola sepak Malaysia susulan kekalahan mengejutkan di tangan Loas. Dalam hal ini, Faizal mengakui pasukan negara agak lemah apabila berdepan dalam saingan antarabangsa dan mengharapkan agar FAM membuat tindakan yang sebaiknya bagi perkukuhkan lagi skuad kebangsaan demi […]

Kim Swee Anggap Malaysia Pandang Lawan ‘Sebelah Mata’

Jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee meluahkan rasa kecewanya berikutan persembahan longlai yang ditampilkan oleh pasukan muda negara. Pengendali berusia 51 tahun itu menjelaskan, sifat memandang rendah cabaran negara-negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina mengundang padah buat pasukan negara. Ini juga menyaksikan pasukan kendalian Brad Maloney terpaksa akur untuk tewas 1-2 kepada […]

Brad Maloney: Piala AFF B-23 Adalah Satu Proses Pembelajaran Dan Pendedahan

Kekalahan mengejut pasukan bola sepak bawah 23 tahun negara kepada Laos tempoh hari ternyata memberikan pelbagai reaksi daripada pencinta sukan nombor satu negara itu. Namun kekalahan itu perlu dipadam segera kerana skuad negara sekali lagi akan menentang lawan yang sama esok untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir. Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney berkata beliau […]