Arab Saudi ‘Tunggu’ Malayan Tigress

Skuad Malayan Tigress bakal menguji kekuatan pasukan Arab Saudi dalam satu perlawanan persahabatan. Pasukan wanita negara bimbingan Soleen Al Zoubi telah memanggil seramai 24 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Rabu, 16 Oktober 2024. Ini sebagai persiapan bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Arab Saudi serta Laos bermula 20 hingga 27 Oktober […]
Inisiatif FIFA Bantu Cungkil Permata Bola Sepak Wanita Malaysia

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membantu untuk mencungkil lebih ramai bakat bola sepak wanita Malaysia. Baru-baru ini, Inisiatif Kempen Bola Sepak Wanita FIFA anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diteruskan di Sekolah Kebangsaan Putra Height, Subang Jaya. Seramai 71 atlet pelajar perempuan berusia 13 hingga 15 tahun […]
Liga Puteri B-15: Kelana United Kejutkan Sabah, Mara Ke Final

Pasukan wanita bawah 15 tahun Kelana United melakar kejayaan bermakna apabila berjaya mara ke pentas akhir selepas menumpaskan Sabah. Perlawanan yang berlangsung di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu tiket ke final. The Rhinos kelihatan lebih bersedia dengan beberapa peluang dan penciptaan gerakan menarik berlangsung pada babak […]
Bekas Jurulatih Malaysia Kini Berkelana Di India

Bekas pengendali skuad bola sepak wanita Malaysia, Jacob Joseph kini berada di India selepas menerima tawaran Neroca FC. Pengumuman ini dibuat kelab tersebut menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini. “Dari padang Malaysia ke padang India: Jakob Joseph kini mengendalikan Neroca FC! “Jakob Joseph, seorang jurulatih berpengalaman yang pernah mengetuai skuad wanita Malaysia ke […]
Malaysia Sambar Tempat Ke-3, Tewaskan Arab Saudi

Penentuan Tempat Ke-3/4, Kejohanan Women’s International Friendly Sabtu, 30 September 2023 menyaksikan Malaysia berjaya mengatasi Arab Saudi dengan keputusan 1-0. Skuad Malayan Tigress menurunkan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan pasukan diketuai oleh pemain berbakat, Intan Serah. Usaha mencari gol awal bermula seawal minit pertama apabila beberapa percubaan untuk menguji kubu lawan berjaya dihasilkan. Skuad negara […]
Malayan Tigress: Malaysia Kalah Kepada Lubnan

Skuad wanita Malaysia kecewa selepas tewas kepada skuad wanita Lubnan dalam aksi separuh akhir Women’s International Friendly 2023 semalam. Walaupun berjaya layak ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan A, ketumpulan jentera serangan perlu diatasi sekiranya Malayan Tigress ingin layak ke final. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan gol. Beberapa peluang terhidang yang […]
Intan Serah: Kami Mendominasi, Tapi Tumpul

Penyerang Malayan Tigress, Intan Serah Anisah Zulgafli melihat penyudah tumpul sebagai punca mereka sekadar seri tanpa jaringan dengan Pakistan awal pagi tadi. Aksi kedua Kumpulan A Women’s International Friendly menyaksikan Malaysia sudah mencuba menembusi gawang skuad wanita Pakistan tetapi tidak berhasil. Ini mengecewakan Intan disebabkan skuad negara mendominasi perlawanan. “Honestly, I’m proud with my team […]
Malayan Tigress: Malaysia Seri Berdepan Pakistan

Kejohanan Women’s International Friendly 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Pakistan. Separuh masa pertama menyaksikan tiada sebarang jaringan terhasil. Malaysia menguasai permainan dengan beberapa gerakan berjaya dilancarkan anak buah Soleen Zoubi namun masih gagal menerjah jaring. Bersambung babak kedua permainan, Malaya Tigress terus menerus mengasak kubu pertahanan lawan untuk memecah kebuntuan. […]
“Arab Saudi Banyak Mengajar Malaysia” – Siti Nurfaizah

Pemain skuad wanita Malaysia, Siti Nufaizah Saidin mengakui skuad wanita Arab Saudi banyak mengajar mereka semalam. Aksi pertama Kumpulan A Women’s International Friendly semalam menyaksikan skuad negara diikat tanpa jaringan oleh tuan rumah. Biarpun hanya meraih satu mata, kesungguhan yang ditampilkan tuan rumah patut diberi pujian. Dan itu diharap dapat digunakan Malayan Tigress bila menentang […]
Malaysia Ikat Arab Saudi

Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dalam kejohanan Women’s International Friendly hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Arab Saudi. Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Pasukan Malaysia dilihat lebih banyak melancarkan serangan dan mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah, Arab Saudi. Bersambung aksi di babak kedua permainan, Malaysia terus konsisten […]
Malayan Tigress: Skuad Wanita Negara Tewaskan Singapura

Skuad Malayan Tigress B-19 memulakan kempen Kejohanan AFF B-19 Wanita dengan langkah kanan. Ini selepas anak-anak buah Cameron Ng berjaya mengalahkan Singapura 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan B di Padang Athletic, Palembang, Indonesia hari ini. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan. Bagi Singapura yang dibimbing Fazrul Nawaz, mereka tidak mahu tewas besar […]
Kelayakan Piala Asia B-17: Thailand Kalahkan Malaysia 11-0

Hasrat skuad Malaysia B-17 layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 pada September ini tidak kesampaian. Ini selepas anak-anak buah Petronella Downy dibelasah tuan rumah Thailand 11-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A. Separuh masa pertama menyaksikan Malayan Tigress dibolosi seawal minit ketujuh menerusi Rinyaphat Moondong. Chirarak Khamtan menggandakan kelebihan tuan rumah empat minit […]
Dion Cools Beri Sokongan Padu Kepada Skuad Malayan Tigress

Menjelang aksi terakhir Kumpulan A, Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 menentang Thailand esok, anak-anak buah Petronella Downy dilihat tidak sabar menentang pasukan tuan rumah. Dan mereka turut mendapat suntikan motivasi apabila kem Malayan Tigress B-17 menerima kunjungan kapten Harimau Malaya, Dion Cools. Ia merupakan satu kejutan yang baik buat anak-anak buah Petronella sepanjang tempoh mereka […]
Kelayakan Piala Asia B-17: Malayan Tigress Catat Kemenangan Pertama Belasah Kepulauan Mariana Utara

Skuad wanita Malayan Tigress B-17 memulakan kempen kelayakan Piala Asia Wanita B-17 dengan langkah kanan selepas membelasah Kepulauan Mariana Utara 5-1 dalam perlawanan kedua Kumpulan A hari ini. Rocillyeka Lole mencuri tumpuan penyokong dengan menyumbat lima gol untuk Malayan Tigress. Perlawanan yang diadakan di Stadium Buriram City menyaksikan kedua-dua pasukan turun dengan motivasi berbeza. Anak-anak […]
TMJ Ingin Terlibat Perkasakan Bola Sepak Wanita

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim tidak menolak kemungkinan bahawa baginda akan turut terlibat dalam memperkasakan bola sepak wanita di Malaysia. Kelab kesayangannya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah dikenali dan gah berdiri di persada bola sepak Asia dan juga Eropah setelah beberapa kejayaan […]
Warga Bangladesh Puas Hati Dapat Benam Malaysia

Kemenangan pasukan wanita Bangladesh ke atas Malaysia dengan keputusan besar 6-0 telah membawa kegembiraan yang cukup bermakna kepada mereka. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter, salah seorang warga Bangladesh kelihatan cukup berpuas hati apabila skuad wanita mereka mampu untuk mengukir senyuman kembali pada wajah mereka. Dalam video tersebut, beliau sedang berbual […]