Selangor Intai Khidmat Mahmoud Al-Mawas

Dengan beberapa perpindahan yang diumumkan setakat ini, Selangor ingin membuktikan cabaran mereka dalam Liga Malaysia musim hadapan tidak boleh dipandang remeh. Selepas mengesahkan khidmat V. Ruventhiran, Khuzaimi Piee dan Faisal Halim, skuad Merah Kuning yang dibimbing Tan Cheng Hoe dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain sayap Syria, Mahmoud Al-Mawas. Khabar angin ini didedahkan oleh wartawan sukan […]