Kedah Beri Sokongan Penuh Buat Mahmoud Al-Mardi

Kedah tampil memberikan sokongan penuh buat Mahmoud Al-Mardi yang membantu Jordan layak ke perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama. Mahmoud Al-Mardi merupakan bekas pemain Kedah bagi musim 2022 dan sempat menyarung jersi Sang Kenari selama 6 bulan dimana beliau membantu Kedah layak ke peringkat separuh akhir Zon Asean, Piala AFC 2022. Pemain sayap kebangsaan […]
Mengganas Lawan Malaysia, Kedah Kembali Buru Mahmoud Al-Mardi

Kelincahan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi membuka mata pasukan Kedah untuk kembali mendapatkan khidmat beliau. Menerusi ciapan daripada wartawan terkenal, T. Avineshwaran, Kedah dilihat teruja untuk kembali bekerjasama dengan beliau memandangkan Nafuzi Zain sangat meminati pemain berkenaan. “Kedah berminat untuk bersatu semula dengan pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi. Jurulatih Nafuzi Zain adalah peminat pemain tersebut”, […]
AFC Asian Cup: Malaysia Tewas Aksi Pembukaan Berdepan Jordan

Malaysia memulakan aksi kumpulan E AFC Asian Cup dengan kekalahan di tangan pasukan di ranking ke-87 dunia, Jordan. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Al Janoub, Jordan mendahului seawal minit kesebelas selepas tendangan lencong Mahmoud Al-Mardi berjaya menembusi gawang Malaysia yang dikawal Syihan Hazmi. Bintang tumpuan Jordan, Musa Al Tamari menggandakan jaringan menerusi tendangan penalti […]
Bekas Bintang Kedah, Mahmoud Al-Mardi Sertai Qadsia Sports Club Di Kuwait

Selepas dilepaskan Kedah pada akhir musim lepas, ramai tertanya-tanya destinasi terbaru pemain sayap Jordan Mahmoud Al-Mardi. Kini, Mahmoud menyambung karier permainannya bersama Qadsia Sports Club yang berpangkalan di Kuwait. Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pemain sayap berusia 27 tahun itu bakal menyertai Negeri Sembilan. Khabar angin tersebut membuatkan ramai penyokong Hoben Jang Hoben […]
Mahmoud Al-Mardi Batalkan Kontrak Bersama Negeri Sembilan?

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Mahmoud Al-Mardi sebelum ini acap kali dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan FC bagi mengharungi Liga Super 2023 yang bakal bermula 24 Februari ini. Namun begitu, hasrat penyokong pasukan Negeri Sembilan untuk melihat pemain kebangsaan Jordan itu beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dilihat sudah tertutup rapat apabila […]
Pemain Kedah & Selangor Beraksi Cemerlang Menentang Sepanyol

Bintang sensasi pasukan Kedah dan Selangor, Mahmoud Al-Mardi dan Yazan Al-Arab memainkan peranan yang cukup penting untuk membantu Jordan berdepan Sepanyol awal pagi tadi. Yazan yang merupakan pertahanan utama The Red Giants mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatih pasukan apabila beliau beraksi selama 90 minit pada perlawanan ini. Kematangan dan juga pengalaman pemain berusia 26 tahun berjaya […]
Al-Mardi: Gol Itu Dihasilkan Oleh Tuhan

Pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi mencuri tumpuan selepas dua gol beliau membantu skuad Sang Kenari menewaskan Sarawak United 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman semalam. Pemain kebangsaan Jordan itu ternyata berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Sarawak United dan gol ketiga Kedah yang dihasilkan Al-Mardi sangat menarik untuk ditonton semula. […]
Mahmoud Al-Mardi Dedah Mengapa Beliau Pilih Pasukan Kedah

Pemain import baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi sudah pasti punyai sebab tersendiri apabila membuat keputusan untuk beraksi di Malaysia bersama pasukan Kedah. Pemain antarabangsa Jordan itu bukanlah nama yang asing dalam bola sepak di rantau Asia apabila beliau menjulang Piala AFC tahun lalu bersama bekas kelabnya, Al-Muharraq. Mahmoud Al-Mardi menegaskan bahawa […]