Matyo & Mahali Pilih Arif Aiman

Dua bekas pemain kebangsaan sepakat memilih pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sebagai pemain terbaik negara ketika ini. Perkara ini dinyatakan dua bekas pemenang ASEAN Championship 2010, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli bila ditanya ASEAN United FC tentang siapa pemain terbaik Malaysia. Sejak membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya pada 23 […]

Mahali Jasuli Syor Malaysia B-23 Ke ASEAN Mitsubishi Cup

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli mencadangkan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dihantar beraksi dalam saingan ASEAN Mitsubishi Electric Cup (AMEC) 2024. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum memutuskan sama ada menghantar Harimau Malaya atau skuad B-23 ke kejohanan berkenaan. Ini kerana keputusan tentang penyertaan skuad senior ke saingan AMEC hanya akan […]

Mahali Jasuli Saran Malaysia Guna Pemain Muda Di Piala AFF

Bekas pemenang Piala AFF edisi 2010, Mahali Jasuli menyarankan agar skuad Malaysia dibarisi pemain-pemain muda bagi kejohanan Piala AFF 2024 yang dijadualkan pada hujung tahun ini. Ini susulan pertembungan jadual antara kejohanan Piala AFF yang kini dikenali sebagai ASEAN Championship dengan jadual Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Pemain-pemain daripada […]

Khidmat Mahali Jasuli Jadi Buruan Tiga Pasukan

Khidmat bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli terus menjadi buruan pasukan-pasukan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Terbaru, bek kanan berusia 35 tahun itu mendedahkan khidmatnya diintai oleh tiga pasukan Liga M3 yang berpangkalan di Lembah Klang. Buat masa ini, Mahali masih belum membuat keputusan tentang pasukan baru pilihannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan […]

Zaquan Adha & Mahali Jasuli Sertai Barisan Pakar Astro Arena Bagi Liga Malaysia

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha dan Mahali Jasuli bakal memeriahkan saingan Liga Malaysia musim hadapan dengan menyertai Astro Arena sebagai Pakar Tetamu Liga Malaysia . Pengumuman ini dibuat menerusi Sidang Media Barisan Pakar Bola Sepak Astro (Liga Malaysia Musim 2024/2025) yang memperkenalkan dua bintang bola sepak tanah air itu pada Khamis. ”Saya mewakili Astro sangat […]

Tunggakan Gaji Negeri Sembilan Selesai 100%

Penyokong Negeri Sembilan FC kini boleh menghela nafas lega kerana isu tunggakan gaji membabitkan barisan pemain pasukan itu sudah selesai sepenuhnya. Perkara ini didedahkan oleh bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom baru-baru ini. Mahali yang beraksi untuk skuad Rusa pada musim lepas mengakui bersyukur kerana isu ini telah […]

Mahali Jasuli Hampiri Pasukan Lembah Klang

Bekas pemain Negeri Sembilan FC, Mahali Jasuli sudah membuat keputusan mengenai masa depannya bagi menghadapi musim 2024. Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, pemain berusia 35 tahun itu bakal membawa haluan baharu dengan kelab berstatus Liga Super menjadi pilihan beliau. “Mahali Jasuli pilih pasukan dari Lembah Klang bagi kelangsungan karier musim […]

Mahali Jasuli Anggap K. Devan Faktor Utama Ke Negeri Sembilan

Selepas menyertai Negeri Sembilan musim ini susulan pembubaran PJ City, Mahali Jasuli dilihat tidak kekok mengisi slot bek kanan atau penyerang pasukan. Tetapi walaupun mendapat tawaran beberapa pasukan lain pada akhir musim lepas, Negeri Sembilan tetap dipilihnya atas sebab jurulatih K. Devan. Bekas bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mendedahkan Devan mengintai khidmatnya seawal […]

Mahali Jasuli Sertai Negeri Sembilan

Selepas PJ City FC sah tidak beraksi dalam Liga Malaysia musim ini, ramai pemain mereka menjadi buruan banyak kelab. Dan hari ini, kapten dan bek kanan berpengalaman Mahali Jasuli sah menyertai Negeri Sembilan. Sebelum ini, sudah ada ura-ura menyatakan Mahali bakal berpindah ke skuad Hoben Jang Hoben. Hari ini, ia disahkan menerusi pengumuman perpindahannya di […]

Mahali Jasuli Semakin Hampir Untuk Ke Selatan

Pemain Petaling Jaya City FC (PJ City), Mahali Jasuli bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia. Beliau pernah menyarung jersi Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), PKNS dan untuk musim 2022 beliau beraksi untuk PJ City. Memandangkan kelab tersebut dikatakan tidak akan mengambil bahagian dalam Liga Super 2023, kebanyakan pemain pasukan tersebut kini menjadi […]

Liga Super: Tandukan ‘Duo Lejen’ Ranapkan Harapan Kedah

Harapan pasukan Kedah Darul Aman FC untuk mencatat kemenangan akhirnya musnah setelah kebangkitan saat-saat akhir pasukan tuan rumah, PJ City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ itu menyaksikan PJ City berjaya mengikat KDA FC dengan keputusan 3-3.  Ledakan hatrik pemain import KDA FC, Ngah Wanja pada minit ke-21, 33 dan 66 juga tidak cukup untuk […]

3 Penyerang Berbilang Bangsa Jadi Taruhan PJ City Untuk Saingan Musim Ini

Walaupun tanpa pemain import dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga tempatan, PJ City berjaya menamatkan kedudukan Liga Super musim lepas di tempat ke-7 dari 12 pasukan yang bertanding. Musim ini, PJ City mengekalkan prinsip untuk terus menggunakan pemain tempatan tanpa import. Kehadiran bekas penyerang skuad bawah 23 tahun negara, S Kumaahran dijangka bakal menambah sengat di […]

Mahali Jasuli: Saya Rasa Sedih Kenapa Bola Kita Jadi Macam Ni

Dalam temubual bersama Astro Arena, bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli tampil menyuarakan rasa terkilan terhadap prestasi semasa bola sepak tanah air. Mahali Jasuli mengakui bahawa beliau terasa tempias dengan apa yang terjadi baru-baru ini di kempen Piala AFF kerana ia melibatkan kawan dan jurulatih yang pernah bersama-sama berjuang dalam skuad negara suatu ketika dahulu. Dalam […]