Rekod Pertahanan Elit Maghribi Bakal Rosakkan Pelan Portugal

Wakil tunggal pasukan Afrika di Piala Dunia, Maghribi bakal meneruskan cabaran pada pentas suku akhir apabila dijadualkan bertemu Portugal, Sabtu ini. Kecemerlangan aksi anak buah Walid Regragui telah mengejutkan beberapa pasukan gergasi Eropah termasuklah menyingkirkan bekas juara Piala Dunia 2010, Sepanyol. Berbekalkan kekebalan barisan pertahanan pasukan, mereka dijangka bakal memberi masalah kepada Portugal yang diketuai […]

Maghribi Bakal Didenda Kerana Kibar Bendera Palestin?

Pasukan dari benua Afrika, Maghribi mencipta sejarah negaranya apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas menewaskan gergasi Eropah, Sepanyol menerusi sepakan penalti.  Susulan dengan kemenangan itu, barisan pemain Maghribi dilihat mengibarkan bendera Palestin selepas tamat perlawanan sebagai solidariti terhadap negara tersebut.  Adakah pasukan Morroco bakal didenda oleh FIFA?  Merujuk kepada peraturan FIFA, adalah […]

Achraf Hakimi Cium Ibu Rai Kemenangan Maghribi

Semalam, Maghribi mencipta sejarah sebagai pasukan keempat dari Afrika yang layak ke suku akhir Piala Dunia. Ini selepas Singa Atlas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia 2022 menerusi sepakan penalti. Dan selepas menjaringkan penalti kemenangan, Achraf Hakimi segera berlari ke tempat duduk penyokong dan mencium ibunya. Bagi yang mengikuti perkembangan karier pemain kelahiran […]

Piala Dunia: Maghribi Tewaskan Sepanyol Secara Penalti, Mara Ke Suku Akhir

Pasukan dari benua Afrika, Maghribi mencipta kejutan dengan mara ke suku akhir Piala Dunia 2022. Ini selepas Singa Atlas itu berjaya menewaskan pasukan gergasi Eropah, Sepanyol 3-0 menerusi penentuan sepakan penalti. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bermula seimbang sebaik sepak mula. Tetapi Maghribi terlebih dahulu mencemaskan pertahanan La Roja menerusi percubaan bek kanan PSG, Achraf […]

Maghribi Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia Tewaskan Kanada

Maghribi layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2022 selepas berjaya mengalahkan Kanada dalam perlawanan terakhir Kumpulan F hari ini. Babak pertama menyaksikan Singa Atlas sudah mendahului lawan seawal minit keempat menerusi Hakim Ziyech. Ini selepas penjaga gol Milan Borjan tersilap beri bola kepada pemain sayap Chelsea itu sekaligus memudahkannya mengangkat bola melepasi penjaga gol Red […]

Piala Dunia: Belgium Tergamam Ditewaskan Maghribi

Pasukan Belgium menerima nasib sama seperti Jerman dan Argentina apabila mengalami kekalahan mengejut 2-0 di tangan Maghribi dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia 2022. Babak pertama menyaksikan permainan seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan sebaik sepak mula. Maghribi terlebih dahulu menguji pertahanan Belgium menerusi gerakan Hakim Ziyech seawal minit pertama tetapi hantarannya dipintas penjaga gol Thibaut […]