Luahan Hati Penyokong KV Kortrijk Tentang Impak Luar Biasa Luqman Hakim Bersama Malaysia

Penyokong pasukan KV Kortrijk memberikan sokongan padu kepada pemain muda mereka, Luqman Hakim Shamsudin yang sedang menikmati persembahan terbaik bersama Malaysia ketika ini. Pemain berusia 20 tahun ini menjadi watak penting pasukan tatkala semangat juang yang tinggi telah membolehkan pasukan negara melangkah ke separuh akhir dalam saingan Sukan SEA. Walau bagaimanapun, umum mengetahui bahawa pemain […]
Kemasukan Luqman Hakim Bawa Impak Segera Buat Malaysia

Pemain pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin jelas menjadi nadi buat barisan serangan negara apabila kemasukkannya membantu jentera serangan Malaysia. Beliau diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan ini untuk memberi ruang kepada rakan sepasukan beraksi. Walau bagaimanapun, barisan serangan negara kelihatan agak sukar untuk menembusi barisan pertahanan Kemboja yang lebih selesa untuk bermain […]
Luqman Hakim Ni Memang Tajam Depan Gol

Penyerang pasukan muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus membuktikan kalibernya apabila menjadi watak penting pasukan ketika merakam keputusan seri ke atas Singapura dengan keputusan 2-2. Pemain KV Kortrijk ini diletakkan sekali lagi dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberikan impak yang diharapkan apabila bermula dengan cukup garang. Gandingan bersama penyerang pasukan Selangor FC, Danial Asri dan […]
Luqman Hakim: Saya Pantang Dicabar

Penyerang skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin membuktikan beliau tidak hanya bercakap kosong sebaliknya berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam temasya Sukan SEA Honoi. Pemain yang berusia 20 tahun itu mengakui bahawa beliau ada menerima satu cabaran daripada salah seorang pegawai media FAM untuk menjaringkan gol, jadi beliau menyahut cabaran tersebut. Ketika Luqman ditemu bual oleh […]
Luahan Menyentuh Perasaan Luqman Hakim Selepas Sumbat Dua Gol Menentang Laos

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya berjaya menamatkan penantian untuk menjaringkan gol selepas meledak dua gol untuk membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 dalam acara bola sepak Sukan Sea Hanoi semalam. Kali terakhir pemain kelab KV Kortrijk itu mencetak nama sebagai penjaring di pentas antarabangsa adalah pada pusingan kelayakan Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi […]
Luqman Hakim Memang Power

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan apabila menjadi watak penting ketika membantu Malaysia mencatatkan kemenangan ke atas Laos 3-1. Pemain KV Kortrijk itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Brad Maloney untuk mengetuai jentera serangan bersama-sama Danial Asri dan juga Shahir Bashah. Beliau […]
Luqman Hakim Dapat Pesanan Khas Pacu Ketajaman Serangan Malaysia

Penyerang pasukan Selangor FC, Shahrel Fikri mempamerkan sokongan padu terhadap penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang sedang berjuang bersama rakan-rakan di bumi Hanoi, Vietnam. Penyerang berusia 27 tahun itu mengikuti perkembangan semasa pasukan muda negara yang memulakan saingan dengan langkah kanan baru-baru ini. Skuad kendalian Brad Maloney mempamerkan semangat juang yang sangat tinggi untuk […]
Luqman Hakim & Syahir Bashah Bentuk Gandingan Berbisa

Aksi bermutu yang ditampilkan dua pemain bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin dan Syahir Bashah jelas memberikan sinar baharu buat skuad B-23 kebangsaan dalam temasya Sukan SEA 2021, Hanoi. Pemain KV Kortrjik, Luqman Hakim dan pemain Selangor FC, Syahir Bashah telah diberi kepercayaan oleh pengendali, Brad Maloney untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan ketika […]
Luqman Hakim Kerja Keras Hidupkan Jentera Serangan Malaysia

Penyerang muda pasukan bawah 23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menjadi watak penting ketika pasukan negara mengikat Thailand pada perlawanan pembukaan Sukan SEA malam ini. Pemain berusia 20 tahun itu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan nyata memberi impak yang cukup baik apabila larian-larian derasnya sering menyukarkan barisan pertahanan lawan. Malah, kemampuan pemain kelahiran Kelantan ini […]
Luqman Hakim Tidak Mahu Pingat Lain, Hanya Mahukan Pingat Emas Buat Malaysia

Selepas tersingkir awal di peringkat kumpulan Sukan Sea Manila tiga tahun lalu, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akui tidak sanggup kempunan buat kali kedua di temasya sama di Hanoi, Vietnam bermula Sabtu ini. Luqman melaungkan keyakinan bahawa skuad yang dibawa kali ini mampu melakar kejutan dan beliau memberitahu bahawa sangat mengidamkan pingat emas untuk […]
Luqman Hakim: Saya Nak Score

Pemain KV Kortrjik, Luqman Hakim Shamsuddin optimis untuk menampilkan aksi terpuji dalam pentas Sukan SEA Hanoi edisi kali ini. Pemain yang berusia 20 tahun itu kembali bersama skuad B23 tahun kebangsaan setelah mendapat panggilan daripada ketua jurulatih, Brad Maloney untuk perkuat pasukan. Ketika ditanya oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Luqman menjelaskan bahawa peluang kali […]
Biar Badai Melanda, Luqman Hakim Tetap Berikan Segalanya Buat Negara Tercinta

Penyerang muda pasukan negara, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan pasukan kebangsaan untuk menabur bakti bersama negara tercinta. Pemain yang berkelana di KV Kortrijk itu berada dalam senarai akhir 31 orang pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Brad Maloney bagi ke kem latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara. Persiapan ini juga bagi memastikan bahawa […]
Pengalaman ‘Tahun Ke-3’ Luqman Hakim Buktikan Masih Ada Sinar Kekal Di Eropah

Penyerang muda pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin dilihat masih berpeluang untuk menyinar di pentas bola sepak Eropah apabila bibit-bibit kecemerlangannya mula terbit sejak dua menjak ini. Pemain berusia 20 tahun itu sudah mula untuk mendapat rentak terbaiknya apabila mula mendapat kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama pasukan. Sebelum ini, detik pertama buat Luqman untuk menembusi skuad […]
Luqman Hakim Panaskan Bangku Simpanan Dalam Perlawanan Terakhir Liga

Aksi terakhir saingan Belgian Pro League hari ini menyaksikan pertembungan di antara pasukan KV Kortrjik menentang pasukan RSC Anderletch. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Guldensporen, Kortrijk telah berakhir dengan kemenangan buat pasukan pelawat dengan keputusan KV Kortrjik 2-3 RSC Anderletch. Penyerang muda KV Kortrjik, Luqman Hakim Shamsudin telah terpilih untuk berada dalam skuad utama pasukan […]
Luqman Hakim Tak Gopoh, Kini Dapat Peluang Beraksi Lagi Bersama KV Kortrijk

Penyerang muda pasukan KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan pasukan untuk mengemudi jentera serangan pasukan. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laamn rasmi pasukan, pemain muda berusia 20 tahun itu berada dalam senarai pasukan bawah 21 tahun di sana. Bekas pemain pasukan Selangor ini dijangka bakal turun beraksi menentang pasukan Oostende […]
Luqman Hakim Meledak lagi

Penyerang skuad kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin menjadi watak penting buat pasukan apabila berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan KV Kortjik B21 menentang KVC Westerlo. Luqman yang turun dalam kesebelasan utama pasukan berjaya mempamerkan aksi cemerlang setelah digandingkan bersama rakan sepasukan di bahagian serangan. Gol pertama perlawanan berjaya dihasilkan Luqman di separuh masa pertama perlawanan sementara […]