Cheng Hoe Tak Salahkan Luqman, Mahu Luqman Kerja Keras

Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan prestasi yang ditampilkan oleh penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim pada perlawanan menentang pasukan Vietnam tempoh hari bukan antara faktor utama skuad kebanggsaan gagal menjaringkan sebarang gol. Hal ini kerana luqman memiliki satu peluang terhidang untuk menjaringkan gol penyamaan dimana rembatan kaki kirinya pada minit ke-33 permainan melencong ke […]

Arif Aiman Dan Luqman Hakim Balas Kepercayaan, Buktikan Mereka Juga Punyai Sepasang Kaki

Gandingan dua pemain muda di barisan serangan iaitu Luqman Hakim Samsudin dan juga pemain paling bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi nyata menjadi duri dalam daging buat pasukan Laos apabila menjadi watak penting buat Malaysia menundukkan lawan pada perlawanan kedua hari ini. Malaysia turun dengan gandingan muda di bahagian serangan dengan Safawi Rasid memainkan peranan di […]

Tular Aksi Luqman ‘Jampi’ Akhyar Jadi Harimau

“Disebalik kemenangan bergaya Malaysia ke atas Kemboja, terdapat harimau di belakangnya.” Mungkin inilah peribahasa baru yang akan digunakan rakyat Malaysia setelah tular video rakaman Luqman menggenggam kepala Akhyar Rashid kemudian mengubahnya menjadi Harimau Malaya sejati. Akhyar dan Luqman turut memainkan watak penting dalam kemenangan 3-1 Malaysia ke atas Kemboja dalam aksi pertama Piala Suzuki AFF […]

Kemasukan Luqman Hakim ‘Hidupkan’ Jentera Serangan Malaysia

Persembahan penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin jelas memberi impak yang cukup luar biasa ketika membantu skuad negara mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas pasukan Kemboja sebentar tadi. Kemasukan pemain berusia 19 tahun itu jelas menunjukkan kematangan dan juga persefahaman yang baik terutamanya dengan kepantasan yang dimiliki oleh beliau merupakan aset terbaik buat Harimau Malaya. […]

Layak Ke Piala Asia B-23 Bukti ‘Pool’ Pemain Muda Malaysia Semakin Meluas

Layak secara merit ke Piala Asia 2022 adalah satu kejayaan untuk skuad negara dan lebih manis lagi, pasukan negara menghabiskan kempen Kelayakan Piala Asia tanpa sebarang kekalahan dan kebal tanpa dibolosi. Pasukan negara berjaya menewaskan Laos pada perlawanan pertama dengan keputusan 1-0. Selepas itu, Malaysia meneruskan kecemerlangan dengan membenam cabaran tuan rumah dengan jaringan yang […]

Azfar Fikri: Luqman Selalu Beri Sokongan Moral Pada Saya

Penjaring tunggal skuad muda negara, Muhammad Nur Azfar Fikri telah berkongsi sedikit sebanyak pengalamannya ketika bersama skuad kebangsaan. Ayam tambatan negara ini berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Malaysia layak ke saingan Piala Asia B-23 2022. Azfar dalam pada itu menyatakan rasa terujanya dapat bermain bersama skuad kebangsaan B-23. Beliau turut berterima kasih kepada rakyat […]

Luqman Hakim Pamer Kualiti Bantu Malaysia Atasi Mongolia

Kelibat penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin terus menjadi nadi kepada skuad bawah 23 tahun negara untuk terus mengekalkan rentak cemerlang apabila menjadi watak penting ketika mencatatkan kemenangan ke atas Mongolia sebentar tadi. Penyerang berusia 19 tahun ini terus membuktikan kebolehan sebenar beliau setelah berkelana di bumi Belgium bersama KVK Kortrijk nyata membuahkan hasil apabila […]

Luqman, Ajmal, Hakimi Dan Quentin Dapat Pelepasan Awal, Akan Lapor Diri Hari Ini

Empat tonggak muda skuad senior negara, Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Hakimi Abdullah dan Quentin Cheng dimaklumkan bahawa mereka telah diberi pelepasan awal bagi menyertai skuad persediaan pasukan B22 negara. Ini susulan empat pemain ini masih perlu menjalani kuarantin 14 hari selepas selesai kempen persahabatan di Jordan tempoh hari. Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi […]

Ketajaman Luqman Hakim dan Azhad Harraz Terus Ditagih

Khidmat dua penyerang muda berbakat negara, Luqman Hakim Samsudin dan juga Ahmad Harraz Azman mendapat kepercayaan jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Brad Maloney untuk membarisi pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun. Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama pasukan Laos, Mongolia dan juga Thailand pastinya membawa misi yang cukup penting dalam usaha […]

Tan Cheng Hoe Tidak Berteka-Teki Mengenai Masa Depan Luqman Hakim

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam satu temubual dilihat menzahirkan rasa berpuas hati mengenai prestasi yang ditunjukkan oleh penyerang muda negara, Luqman Hakim Samsudin dalam dua perlawanan persahabatan baru- baru ini. Dalam perlawanan menentang Uzbekistan, jurulatih berusia 53 tahun itu meletakkan keyakinan yang tinggi apabila membuat keputusan untuk mempertaruhkan Luqman mengetuai jentera serangan pasukan. […]

Skuad B-23 Diserikan Dengan Kehadiran Empat ‘Wonderkid’ Harimau Malaya

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney mengesahkan bahawa beliau bakal menggunakan khidmat empat pemain Harimau Malaya bagi menghadapi Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 yang bakal berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dari 21-31 Oktober ini. Pemain yang berada dalam rancangan pengendali berasal Australia itu ialah Luqman Hakim Shamsudin (Penyerang), Mukhairi Ajmal (Tengah), Hakimi Abdullah (Sayap) […]

Luqman Hakim Dikaitkan Ke Newcastle United

Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Samsudin kini menjadi bualan hangat di Eropah semula susulan laporan yang mengatakan bahawa beliau bakal dipancing oleh kelab yang berpangkalan di Eropah, Newcastle United. Pemain berusia 19 tahun itu sedang menikmati perjalanan karier yang begitu baik setelah berkelana di bumi Belgium bersama KV Kortrijk yang menyaksikan beliau diturunkan beraksi […]

Tan Cheng Hoe Jamin Luqman Hakim Bakal Diberi Peluang Dalam Pertemuan Jordan Dan Uzbekistan

Penyerang muda negara, Luqman Hakim bakal diberikan peluang untuk mengisi barisan serangan Malaysia dalam 2 perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan nanti. Luqman antara penyerang yang disenaraikan oleh Tan Cheng Hoe bersama dengan Syafiq Ahmad dan De Paula. Menurut laporan Sinar Harian, Tan Cheng Hoe menjamin bahawa Luqman Hakim bakal mendapat minit permainan yang secukupnya […]

Luqman Hakim Dan Dion Cools Bawa Cabaran Negara ke Jordan

Pasukan Harimau Malaya dijangka bakal menghantar barisan terbaiknya untuk menghadapi cabaran oleh pasukan Jordan. Menurut laporan yang disampaikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, terdapat beberapa muka baharu yang bakal dipanggil bagi mengetuai cabaran negara. Sebelum ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah mengesahkan bahawa barisan kejurulatihan negara telah membuat pemantauan mengenai prestasi […]

Fandi Ahmad Akui Malaysia Beruntung Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman

Bekas penyerang berbisa pasukan Singapura, Fandi Ahmad memberitahu bahawa Malaysia amat beruntung kerana memiliki beberapa bintang muda yang amat berbakat di rantau Asia Tenggara ketika ini. Beliau ketika dalam satu temubual ketika siaran langsung undian Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura pada petang tadi menjelaskan bahawa Malaysia sememangnya memiliki beberapa pemain yang amat berpotensi […]

3 Perlawanan Tanpa Jaringan Dan Mata, Satu Cabaran Besar Buat Luqman Hakim

Tahun 2020 merupakan tahun yang pasti tidak akan dilupakan oleh pemain muda berbakat Negara, Luqman Hakim Shamsuddin apabila terbang ke Belgium untuk bermain bersama KV Kortrijk. Ketika itu jugalah seluruh peminat bola sepak tanah air meletakkan harapan kepada pemain muda ini untuk menyinar dan mengembangkan bakatnya di benua eropah. Luqman mengejutkan kita semua walaupun baru […]