Lubnan & Iran Jadi ‘Kuda Tua’ Di Qatar

Purata umur bukanlah menjadi aspek utama dalam membina pasukan berkualiti di pentas berprestij seperti Piala Asia. Tua atau muda, yang terpilih adalah yang terbaik buat pasukan masing-masing. Namun purata umur sesebuah pasukan sering kali menjadi perhatian para penyokong. Menjelang Piala Asia 2023 Qatar yang bakal bermula pada 13 Januari, Footy Rankings telah berkongsi purata umur […]

Arab Saudi Bergelut Tewaskan Lubnan

Arab Saudi terpaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan ke atas Lubnan dalam aksi pemanas badan pertama pra-Piala Asia 2023. Perlawanan hari ini merupakan perlawanan pemanas badan pertama Arab Saudi menjelang Piala Asia 2023. Sementara Lubnan pula mahu menambah keyakinan selepas berjaya mengatasi Jordan 2-1 dalam aksi pemanas badan pertama mereka beberapa hari yang lalu. Babak […]

Jordan Dimalukan Lubnan

Skuad kebangsaan Jordan melalui persiapan yang tempang menjelang Piala Asia 2023 Qatar bulan hadapan selepas tewas tipis 1-2 kepada Lubnan. Jordan terlebih dahulu di hadapan melalui jaringan Hamza Al-Dardour pada minit ke-2. Jaringan pertama Lubnan terhasil melalui pemain tengah bepengalaman Mohamad Haidar pada minit ke-23. Ketika perlawanan hampir ditamatkan dengan kedudukan seri, Nour Mansour menjadi […]

Malayan Tigress: Malaysia Kalah Kepada Lubnan

Skuad wanita Malaysia kecewa selepas tewas kepada skuad wanita Lubnan dalam aksi separuh akhir Women’s International Friendly 2023 semalam. Walaupun berjaya layak ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan A, ketumpulan jentera serangan perlu diatasi sekiranya Malayan Tigress ingin layak ke final. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan gol. Beberapa peluang terhidang yang […]

Thailand Bermaharajalela Benam Lubnan

Thailand mencipta kejutan dalam perlawanan pertama Piala Raja Thailand 2023 dengan mengalahkan pasukan dari Timur Tengah, Lubnan 2-1 di Stadium Ulangtahun Ke-700 Chiang Mai, Chiang Mai. Dari segi ranking, Lubnan memiliki kelebihan kerana menduduki ranking ke-100 FIFA berbanding Thailand (ranking ke-113 FIFA). Namun begitu, skuad Gajah Perang yang dibimbing Mano Polking memiliki kelebihan sokongan padu […]

Lubnan Tersepit Diikat Skuad Muda Kemboja

Skuad B-23 Kemboja mencipta kejutan dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan mengikat pasukan Timur Tengah, Lubnan 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan J. Walaupun tidak lama dibimbing oleh jurulatih baru dari Jepun, Koji Gyotoku, Angkor Warriors kelihatan serasi dan tidak tergugat dengan status Lubnan sebagai pasukan pilihan. Biarpun ketinggalan menerusi gol awal Muhammad […]

Tajikistan Gantikan Lubnan Sertai Pestabola Merdeka

Susulan tindakan Lubnan menarik diri daripada saingan Pestabola Merdeka 2023, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak pantas dengan menjemput Tajikistan sebagai pasukan keempat untuk edisi kejohanan ke-42 itu. Dan hari ini, pasukan yang diberi jolokan The Crowns mengesahkan penyertaan mereka untuk kejohanan itu. Berdasarkan ranking terbaru FIFA, Tajikistan ketika ini menduduki ranking ke-110 dunia. Dengan […]

Lubnan Tarik Diri Sertai Pestabola Merdeka?

Pasukan gergasi Timur Tengah, Lubnan difahamkan akan menarik diri daripada menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal berlangung tidak lama lagi. Keputusan ini sudah pasti mengejutkan ramai pihak tatkala undian sudah pun dilakukan. Hal ini juga berkemungkinan akan menyebabkan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa mengubah format perlawanan Pestabola Merdeka atau perlu segera mencari lawan […]

Dua Pasukan Elit Tarik Diri Lawan Malaysia?

Malaysia berpeluang hilang lawan pada bulan Oktober ini selepas salah sebuah pasukan berkemungkinan menarik diri daripada bertemu skuad negara. Persediaan pasukan bimbingan Kim Pan-gon bermula dengan cukup konsisten termasuklah kejohanan Pestabola Merdeka yang diadakan untuk mempersiapkan skuad kebangsaan. 4 pasukan telah bersetuju untuk menyertai kejohanan ini iaitu Malaysia selaku tuan rumah, India, Palestin dan Lubnan. […]

Lubnan Sahkan Penyertaan Dalam Pestabola Merdeka

Selepas 10 tahun tidak diadakan, kini Pestabola Merdeka bakal kembali dilangsungkan dengan India merupakan pasukan pertama yang mengesahkan penyertaan mereka. Pestabola Merdeka dijangka akan dilangsungkan pada bulan Oktober tahun ini. Pestabola Merdeka semakin mendapat sambutan apabila Lubnan pula mengesahkan penyertaan mereka. Ini bermakna Lubnan merupakan pasukan ketiga yang sah menyertai kejohanan tersebut selain Malaysia (Penganjur) […]