Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Malaysia vs Lebanon (Live Streaming)

Aksi Malaysia vs Lubnan pada pentas final Pestabola Merdeka 2024 mencuri tumpuan. Ketua Jurulatih, Pau Marti optimis untuk memberikan yang terbaik di atas padang dan membawa pulang trofi berprestij itu. “Ia satu penghargaan kepada Malaysia sebaga tuan rumah untuk beraksi di final. Kita ada satu hari lagi untuk persiapan dan pemain akan memberikan 100 peratus untuk muncul […]
3 Pemain Naturalisasi Malaysia Cetus Kerisauan Kem Lubnan

Penyerang sensasi Lubnan, Gabriel Bitar menagih fokus daripada rakan sepasukan dalam misi merangkul gelaran juara pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia telah dijadual berdepan Lubnan pada jam 9 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok. Pemain berusia 26 tahun itu menganggap Malaysia adalah pasukan yang kuat dan merupakan lawan yang sukar. Beliau akui […]
Dion Cools Mahu Tamatkan Badi Malaysia Di Pentas Final

Kapten Malaysia, Dion Cools berharap mampu membawa pulang kejuaraan buat negara menjelang perlawanan akhir Pestabola Merdeka berdepan Lubnan pada Ahad. Cools merupakan ketua pasukan negara dan merupakan tunjang utama di benteng pertahanan bersama-sama Feroz Baharudin, Matt Davies dan juga Daniel Ting pada aksi lalu. Menurut Cools, momentum cemerlang pada aksi Rabu lalu mahu diteruskan meskipun […]
“Lubnan Beri Segalanya Hadapi Malaysia” – Rabih Ataya

Pemain tengah berpengalaman Lubnan, Rabih Ataya percaya pasukan itu akan menampilkan aksi terbaik bila berdepan Malaysia. Ataya bukan asing dengan arena bola sepak Malaysia kerana pernah mewakili UiTM FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah beliau juga bertanggungjawab mengecewakan skuad negara apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stadium […]
Pestabola Merdeka: Jurulatih Lubnan Anggap Malaysia Lawan Berbeza

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad Malaysia kali ini berbeza berbanding lawan yang dihadapi pada 2017 dan 2018. Malaysia gagal mengecapi sebarang kemenangan bila berdepan The Cedars dalam dua aksi kelayakan Piala Asia 2019. Skuad negara tewas dua kali dengan keputusan sama iaitu 2-1. Menariknya, orang yang bertanggungjawab merencana kemenangan pasukan itu ke atas Harimau […]
Karakter Pemain Lubnan Dari Kaca Mata Matthew Davies

Pertahanan kental Harimau Malaya, Matthew Davies berkongsi karakter pemain Lubnan dari pandangan peribadinya. Tonggak berpengalaman itu membantu skuad negara meraih kemenangan berdepan pasukan ke-147 dunia, Filipina dengan keputusan 2-1. Beliau ketika ditemui di Stadium MBPJ pada sesi latihan memberitahu bahawa pemain kini dalam momentum baik dan amat positif untuk beraksi di final. “Pemain agak tenang […]
Pestabola Merdeka: Rekod Dua Pertemuan Terakhir Malaysia vs Lubnan

Aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Lubnan bakal menjanjikan aksi menarik buat para penyokong. Ini kerana aksi final ini bukan saja menentukan siapa bakal bergelar juara Pestabola Merdeka 2024. Malah, ini sebenarnya peluang buat Harimau Malaya membalas dendam dengan The Cedars. Kedua-dua pasukan pernah berentap dalam dua aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia […]
“Saya Akan Terus Beri Yang Terbaik Untuk Malaysia” – Syamer Kutty

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba optimis untuk terus memberikan aksi yang terbaik bersama pasukan kebangsaan setelah berjaya menewaskan Filipina. Jaringan Syamer Kutty dan Safawi Rasid telah membawa Malaysia ke perlawanan akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2024 untuk aksi menentang Lubnan. Pemain berusia 27 tahun itu membarisi kesebelasan utama Harimau Malaya dan menjaringkan gol […]
Impian Jurulatih Lubnan Bertemu Malaysia Jadi Kenyataan

Hasrat jurulatih Lubnan untuk berdepan pasukan Malaysia dalam kejohanan Pestabola Merdeka tampaknya sudah menjadi kenyataan. Lubnan yang dibimbing oleh Miodrag Radulovic mencipta kejutan menewaskan juara bertahan, Tajikistan 1-0 dalam aksi pertama Pestabola Merdeka pada petang Rabu. Manakala skuad Harimau Malaya pula pamer kebangkitan bagi mengecewakan Filipina hasil gol Syamer Kutty dan Safawi Rasid untuk membawa […]
Pestabola Merdeka: Lubnan Puas Ke Final, Lunas Dendam Ke Atas Tajikistan

Pengendali Lubnan, Miodrag Radulovic puas melihat skuad bimbingannya menewaskan Tajikistan dalam aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu. Dalam aksi tersebut, jaringan awal pemain Lubnan, Jihad Ayoub pada minit ke-13 kekal sehingga tamat permainan sekaligus meranapkan impian juara bertahan, Tajikistan untuk mara ke final. Ketika ditemui selepas perlawanan, Radulovic berpuas hati dengan persembahan dan memuji semangat […]
Pestabola Merdeka: Lubnan Gah Ke Final, Kejutkan Tajikistan

Lubnan mengesahkan kemaraan ke final Pestabola Merdeka 2024 apabila menyingkirkan juara bertahan, Tajikistan dalam aksi awal kejohanan. Pasukan yang diberi jolokan The Cedars melihat perlawanan ini sebagai peluang membalas dendam. Ini selepas mereka tewas kepada The Crowns di Piala Asia 2023. Sementara Tajikistan yang dibimbing Gela Shekiladze pula mahu mara ke final. Ini sekaligus meningkatkan […]
Siaran Langsung Pestabola Merdeka: Lubnan vs Tajikistan (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024 antara Lubnan dan Tajikistan mencuri tumpuan peminat. Ketua Jurulatih, Gela Shekiladze optimis untuk menguji beberapa tonggak baharu pada kejohanan kali ini. “Bagi persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2027, kejohanan di Malaysia akan sangat berguna. Kami menerima maklumat tambahan mengenai pemain tertentu yang terlibat dalam pasukan kebangsaan berbanding tahun […]
“Lubnan Akan Balas Dendam Terhadap Tajikistan” – Miodrag Radulovic

Ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic mahu anak buahnya memberikan aksi yang terbaik berdepan cabaran Tajikistan dalam aksi separuh akhir Pestabola Merdeka 2024. Luka lama masih membekas dalam hati Radulovic apabila pasukan kendaliannya tewas 1-2 kepada Tajikistan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia Qatar yang lalu. Radulovic mahu menjadikan kejohanan Pestabola Merdeka ini sebagai medan […]
Lubnan Umum Barisan Terkuat Ke Pestabola Merdeka

Lubnan menghantar barisan terkuat mereka menjelang Pestabola Merdeka 2024 yang berlangsung pada September ini. Pasukan Asia Barat itu bakal berentap dengan tuan rumah Malaysia, juara bertahan Tajikistan dan satu lagi pasukan Asia Tenggara, Filipina. Pestabola Merdeka 2024 dilihat medan persiapan awal buat anak buah Miodrag Radulovic sebelum mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang […]
Perbezaan Ranking Malaysia & Lubnan Curi Tumpuan

Perbezaan ranking Malaysia dan Lubnan mencuri tumpuan peminat. Aksi Pestabola Merdeka 2024 bakal menjadi tugasan pertama di bawa kendalian pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente. Harimau Malaya kehilangan sentuhan Kim Pan-gon selepas dua tahun enam bulan sekaligus menyaksikan penggantinya mengambil alih. Tugasan getir menanti skuad negara untuk merampas semula kejuaraan daripada Tajikistan yang muncul juara edisi […]
Thailand Uji Lubnan Selepas Pestabola Merdeka

Lubnan bakal dicabar wakil Asia Tenggara, Thailand selepas menyertai Pestabola Merdeka 2024. Sebelum ini, pasukan yang diberi jolokan The Cedars itu merupakan antara pasukan yang sah menyertai kejohanan berprestij itu. Selain Lebanon dan tuan rumah Malaysia, Pestabola Merdeka 2024 turut disertai Filipina dan juara bertahan, Tajikistan. Dan mengikut laporan ASEAN Football, giliran Thailand pula bakal […]