Liverpool ‘Titik’ Man United

Kegagalan Man United menyempurnakan peluang gol menyebabkan pasukan itu tewas kepada Liverpool dalam aksi persahabatan pra-musim di Stadium Williams-Brice. United mahu meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Real Betis 3-2 baru-baru ini. Sementara The Reds pula menundukkan naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023, Arsenal. Penyerang England, Marcus Rashford mengetuai jentera serangan The Red Devils. […]

Liverpool Leburkan Cabaran Arsenal

Liverpool melaungkan amaran untuk kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25 apabila menewaskan Arsenal dalam aksi pra-musim di Philadelphia, Amerika Syarikat. Kedua-dua pasukan menggunakan aksi ini sebagai medan persiapan kempen liga yang akan membuka tirainya pada 17 Ogos ini. Penyerang berbisa Mesir, Mohamed Salah mengetuai jentera serangan The Reds. Sementara pemain perancang Norway, Martin Odegaard […]

Liverpool Atasi Tentangan Hebat Real Betis

Liverpool kembali bangkit dalam kempen pra-musim 2024/25 apabila menewaskan kelab La Liga, Real Betis dalam aksi persahabatan di Stadium Acrisure, Pittsburgh. The Reds yang dibimbing Arne Slot berharap dapat bangkit selepas tewas mengejut 1-0 kepada Preston pada 19 Julai lalu. Sementara Los Verdiblancos pula mahu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Austria Salzburg 5-1. Penyerang berbisa […]

Bintang RM333 Juta Semakin Hampir Ke Liverpool

Liverpool semakin hampir memuktamadkan perpindahan pertama mereka untuk musim 2024/25 iaitu pemain sayap Jepun, Takefusa Kubo. Kehadiran pemain sayap Real Sociedad itu bakal menandakan permulaan era pengurus Belanda, Arne Slot selepas dipilih sebagai pengganti Jurgen Klopp. Akhbar Jepun, Sponichi melaporkan rundingan antara kedua-dua pasukan berkenaan Kubo semakin hampir untuk dimuktamadkan. Seandainya perpindahan itu dimuktamadkan, The […]

Arne Slot Terima Kekalahan Sulung Bersama Liverpool

Hasrat Jurulatih Liverpool, Arne Slot untuk memberikan senyuman pertama buat penyokong Liverpool tidak menjadi kenyataan apabila menyaksikan Liverpool tewas kepada kelab Liga Championship, Preston North End. Slot yang menurunkan hampir 90 peratus pemain muda akur dengan kekalahan 0-1 kepada Preston hasil jaringan tunggal bekas pemain Manchester United, Robie Brady. Antara pemain bintang yang diturunkan Slot […]

Bekas Pemain Liverpool, Aly Cissokho Sertai Kelab Liga Thailand

Kelab Thailand, Muangthong United mencipta sensasi dengan mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan Liverpool, Aly Cissokho. Perpindahan pemain pertahanan berusia 36 tahun itu diumumkan The Kirins menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. “Muangthong United merekrut pemain pertahanan Perancis, Aly Chissoko untuk menyertai pasukan sebagai pemain baru kelapan selepas Denis Busnja, Kittipong Phuthawchueak, Jakkapan […]

Ten Hag Pandang Rendah Kemampuan Jurulatih Baharu Liverpool, Arne Slot

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag memandang rendah keupayaan rakan senegara dan bos baru Liverpool, Arne Slot. Daily Mirror melaporkan tatkala Slot mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Jurgen Klopp pada akhir musim, nasib Ten Hag pula ibarat telur di hujung tanduk. Meskipun berjaya meraih kejuaraan The FA Cup pada minggu lepas, itu bukan bererti kedudukan […]

Penerangan Lengkap Mengapa Chelsea Terlepas Slot UEL

Selepas Manchester United mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023/24 menewaskan Manchester City bermakna Chelsea terlepas slot ke UEFA Europe League (UEL). Mengapa?  Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris, 7 pasukan akan beraksi di UEFA Europe Competition bagi musim hadapan.  Empat pasukan terbaik Liga akan bertanding dalam kejohanan UEFA Champions League. Antaranya ialah Manchester City […]

Liverpool Buka Permohonan Jawatan Staf Kejurulatihan Di LinkedIn

Selepas mengesahkan perlantikan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp, Liverpool kini mengiklankan jawatan staf kejurulatihan kosong di LinkedIn. Daily Mirror melaporkan jawatan kosong yang diiklankan pasukan yang diberi jolokan The Reds itu ialah jurulatih khas untuk situasi bola mati. Kehadiran jurulatih khas ini bukan sesuatu yang asing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hari ini. Ini […]

Jurgen Klopp Tubuh Akaun Instagram, Raih Jutaan Pengikut Dalam Tempoh Singkat

Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mahu meneruskan hubungan cintanya bersama The Reds apabila menubuhkan satu akaun Instagram baharu. Pengurus berasal dari Jerman itu membuktikan dirinya sebagai legenda Liverpool dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama pasukan itu selama 30 tahun pada 2020.  Kisah indah Klopp bersama Liverpool akan terhenti selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan […]

Liverpool Akhiri Perpisahan Jurgen Klopp Di Tangga Ke-3 EPL

Perlawanan terakhir saingan Liga Perdana musim 23/24 ini menyaksikan pertembungan diantara Liverpool menentang Wolverhampton berakhir dengan keputusan 2-0. Liverpool akhiri perpisahan Jurgen Klopp di tangga ke-3 Liga dengan mengumpul 83 mata, berada di belakang Arsenal dan Manchester City.   Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Pada minit ke-28 permainan, pertahanan […]

EPL: Gol Dramatik Pacu Aston Villa ‘Rantai’ Liverpool

Dua gol Jhon Duran memastikan Aston Villa menyekat hajat tiga mata Liverpool dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park hari ini. Villa kembali diperkuatkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez dalam usaha memastikan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dalam genggaman mereka. Sementara Liverpool pula menurunkan barisan terkuat diketuai Mohamed Salah bagi […]

EPL: Liverpool Pastikan Spurs Terus Merana

Liverpool bangkit mendapatkan rentak kemenangan selepas menewaskan Tottenham Hotspurs dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). The Reds tampil dengan barisan pemain terbaik bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga setelah hanya mencatatkan satu kemenangan dalam tiga aksi terakhir liga sekaligus menjejaskan peluang merangkul juara. Begitu juga dengan Spurs yang tumpas dalam kesemua tiga perlawanan sebelum ini […]

Hasrat Liverpool Ledak 4 Gol Di SNBJ Jadi Kenyataan

Ramalan awal lagenda Liverpool, David James tentang hasrat Liverpool meledak 4 gol ke atas Manchester United ternyata menjadi kenyataan. Sebelum ini lagenda Liverpool turun menentang lagenda Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam sebuah perlawanan pertunjukan yang digelar Battle Of The Reds. Lagenda Liverpool berjaya meraih kemenangan yang diidamkan dengan jaringan 4-2 ke atas […]

Jurgen Klopp & Mo Salah ‘Perang’ Besar

Kem Liverpool dikejutkan dengan pertelingkahan di antara pengurus pasukan, Jurgen Klopp dan ayam tambatan pasukan, Mo Salah. Kejadian ini bermula apabila pasukan lawan Liverpool iaitu West Ham United berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang England, Michail Antonio setelah The Reds mendahului 2-1. Klopp yang berada di tepi padang bersama Salah yang sedang bersiap sedia untuk […]

Arne Slot Dari Kaca Mata Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp teruja dengan tindakan pihak pengurusan kelab mendapatkan khidmat pengendali Feyenoord, Arne Slot bagi menggantikan tempatnya musim hadapan. Bagi Klopp, beliau melihat kehadiran Slot adalah baik buat Liverpool kerana beliau tertarik dengan corak permainan yang diterapkan Slot bersama Feyenoord. “Saya suka cara pasukannya (Feyenoord) bermain bola sepak. Semua perkara yang saya dengar […]