EPL: Liverpool & Chelsea Seri, Hadiah Perlawanan Ke-1000 Buat Klopp

Hasrat Jurgen Klopp meraikan perlawanan ke-1000 dalam karier pengurusannya dengan kemenangan di Anfield tidak kesampaian. Ini selepas Liverpool diikat 0-0 oleh pasukan gergasi London, Chelsea dalam perlawanan awal EPL hari ini. Sebaik sepak mula, Chelsea menyangka telah mendahului menerusi tolakan mudah Kai Havertz pada minit ketiga. Bagaimanapun, VAR kemudiannya membatalkan gol tersebut selepas beberapa pemain […]
EPL: Brighton ‘Ayamkan’ Liverpool

Brighton & Hove Albion memanfaatkan kelebihan di gelanggang sendiri dengan menewaskan pasukan gergasi EPL, Liverpool di Stadium Amex hari ini. Sebaik sepak mula, Seagulls mengasak pasukan pelawat. Dalam tempoh seminit, mereka dinafikan pertahanan Reds sebanyak dua kali. Pada minit kelapan, sepakan deras Solly March ke arah gol berjaya dipantul keluar Trent Alexander-Arnold untuk sepakan sudut. […]
EPL: Liverpool Berjuang Atasi Aston Villa

Juara EPL musim 2019/2020, Liverpool terpaksa bekerja keras mengalahkan tuan rumah Aston Villa bagi membolehkan mereka mendapat tiga mata penuh. Sebaik sepak mula, Liverpool mula menyerang Villa dan memecah kebuntuan seawal minit kelima. Sepakan sudut yang diambil Andrew Robertson dikeluarkan tetapi berjaya disekat Trent Alexander-Arnold. Bek kanan England itu menghantar bola semula kepada bekas bek […]
Liverpool Terduduk Dimalukan Man City

Liverpool kecewa gagal mara lebih jauh ke Piala EFL. Ini selepas kelab yang berpangkalan di Merseyside itu tewas tipis 3-2 kepada pasukan gergasi Manchester, Manchester City dalam perlawanan pusingan ke-16 Piala EFL di Stadium Etihad awal pagi ini. Sebaik sepak mula, City mula mengasak The Reds dan membuka tirai jaringan menerusi Erling Haaland pada minit […]
Pengarah Sukan Liverpool Letak Jawatan Akhir Musim

Liverpool dikejutkan dengan pengumuman pengarah sukan mereka, Julian Ward bakal meninggalkan Reds pada akhir musim. Ini selepas bekas peninjau bakat Tottenham itu telah menyerahkan notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada akhir musim ini. Hal ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Ward dipercayai meletak jawatan atas sebab peribadi. Tetapi dengan memastikan notis perletakan jawatannya […]
Premier League: Liverpool Benam Cabaran Southampton Di Anfield

Liverpool meneruskan rekod empat perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan selepas mengalahkan Southampton 3-1 di Anfield. Reds terlebih dahulu di hadapan pada minit keenam menerusi Roberto Firmino selepas menyudahkan umpanan Andrew Robertson. Bagaimanapun, tiga minit selepas itu, Saints bangkit mengikat Liverpool menerusi tandukan rakan senegara Robertson, Che Adams selepas mendapat hantaran James Ward-Prowse. Tetapi Darwin […]
Impian Sadio Mane Ke Piala Dunia Berkecai

Pemain sayap Bayern Munich, Sadio Mane dikhabarkan terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 hujung tahun ini. Bintang kelahiran Senegal ini mengalami kecederaan ketika beraksi buat pasukan menentang Werder Bremen tempoh hari. Pemain berusia 30 tahun itu hanya bertahan selama 20 minit sahaja sebelum beliau terpaksa diusung keluar. Pada awalnya, kecederaan bekas bintang Liverpool […]
McGregor Berminat Beli Liverpool

Bintang terkenal UFC, Conor McGregor dilaporkan berminat untuk membeli kelab gergasi EPL, Liverpool. Perkara itu dikongsikan di ciapan Twitter milik McGregor yang baru sahaja mengetahui keadaan Liverpool ketika ini dimana pemiliknya mahu menjual kelab dan bersedia untuk menerima mana-mana tawaran terbaik. Sebelum ini, peninju terkenal ini ada menyatakan untuk membeli Chelsea namun kini The Blues […]
Liverpool Untuk Dijual Pada Harga Murah

Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group mencipta kejutan dengan mengisytiharkan kelab Merseyside itu akan dijual dan bersedia menerima tawaran pembeli yang berminat. Berkuasa sejak Oktober 2010 selepas mengambil alih kelab daripada Tom Hicks dan George Gillett, FSG melihat ini masa paling tepat untuk pemilik baru menguruskan Reds. Dalam satu kenyataan, FSG berkata, “FSG telah menerima banyak […]
Aksi Ulangan Final Liverpool & Real Madrid Hangatkan Pusingan 16 Terbaik UCL

Liverpool bakal berdepan juara bertahan Eropah, Real Madrid sekali lagi apabila mereka dijadualkan berdepan sedama mereka pada pusingan 16 terbaik UCL. Pasukan kendalian Jurgen Klopp sudah tentu tidak menyambut baik penentuan kali ini selepas mereka gagal mencatat sebarang kemenangan dalam empat pertemuan terakhir. Malah, situasi ini jelas bertambah buruk apabila mereka tewas dua kali dalam […]
Premier League: Liverpool Mudah Ketepikan Cabaran Tottenham Hotspur

Liverpool meneruskan kebangkitan mereka dengan mengalahkan Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur. Reds mendahului seawal minit ke-11 menerusi Mohamed Salah selepas menerima hantaran penyerang Uruguay, Darwin Nunez. Spurs cuba bangkit tetapi Salah menambah derita tuan rumah menerusi gol kedua pada minit ke-40. Selepas rehat, Tottenham berusaha merapatkan kedudukan menerusi Harry Kane pada minit ke-70. Tetapi […]
Suarez Buat Liverpool Merana

Penyerang berpengalaman Nacional, Luis Suarez memainkan watak penting ketika membantu pasukannya menewaskan Liverpool URU dengan keputusan 4-1. Pertemuan ini merupakan aksi bagi Kejuaraan Uruguay 2022 dalam usaha meraih piala penting ini buat pasukan. Pemain berusia 35 tahun ini turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengetuai jentera serangan pendahulu Liga Uruguay ini. Beliau membuktikan ketajaman penyudah […]
Premier League: Anfield ‘Lubuk’ Leeds Malukan Liverpool

Liverpool dikecewakan Leeds United di Anfield selepas tewas 1-2 sekaligus mencatatkan kekalahan ke-4 musim ini. Leeds United mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan awal Rodrigo Moreno pada minit ke-4 hasil kesilapan pertahanan Liverpool, Joe Gomez. Liverpool yang tersentak dengan jaringan awal tersebut cuba bangkit menerusi beberapa siri serangan dan akhirnya Mo Salah berjaya menyamakan kedudukan pada […]
Salah Dikatakan Bersalah

Bekas pertahanan Liverpool, Glen Johnson menyatakan kegagalan pasukan tersebut mengekalkan konsistensi adalah berpunca daripada jentera serangan yang diketuai oleh Mohamad Salah. Pemain berusia 30 tahun itu baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab Merseyside tersebut. Namun begitu, aksi yang ditampilkan oleh pemain kelahiran Mesir itu tidak seperti yang diharapkan selepas Liverpool jelas tidak mempamerkan […]
Premier League: Nottingham Forest Buat Kejutan, Tewaskan Liverpool

Liverpool gagal meneruskan kebangkitan mereka dalam EPL. Ini selepas mereka dimalukan Nottingham Forest 1-0 di City Ground. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Bagaimanapun, ia berakhir dengan keputusan 0-0 menjelang rehat separuh masa. Selepas rehat, Reds cuba meningkatkan serangan. Tetapi tuan rumah mendahului menerusi Taiwo Awoniyi selepas menolak bola sepakan percuma Forest […]
Haaland Kecewa Besar Dengan Liverpool

Kekecewaan penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland berterusan susulan pasukannya dimalukan oleh musuh tradisi, Liverpool di Anfield baru-baru ini. Pemain kebangsaan Norway ini turun dalam kesebelasan utama City dan bergandingan bersama Phil Foden dan juga Bernardo Silva. Walau bagaimanapun, kehampaaan bekas pemain RB Salzburg berterusan apabila bertemu anak didik Jurgen Klopp terutamanya beraksi di laman […]