Al-Nassr Tunai Impian Lihat Ronaldo & Messi Kembali Bertarung

Ramai menyangka dengan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr, pertarungan antara dia dengan Lionel Messi sudah berakhir. Tetapi khabarnya, kelab Arab Saudi itu bakal bersemuka dengan Paris Saint Germain untuk aksi persahabatan sekaligus mengembalikan semula memori pertarungan dua pemain terhebat itu. Piala Riyadh Musim 2023 bakal menemukan PSG dengan kesebelasan pilihan Al-Nassr. Ia sepatutnya dilangsungkan pada […]

PSG Larang Messi Tayang Trofi Piala Dunia

Selepas memenangi Piala Dunia 2022 bersama Argentina, Lionel Messi berharap dapat tayang trofi Piala Dunia yang dimenangi di stadium PSG, Parc des Princes. Tetapi kelab gergasi Perancis itu dijangka menghalang usaha tersebut bagi mengelak reaksi negatif para penyokong. Di pentas final Piala Dunia 2022 di Lusail, Qatar, Perancis dan Argentina terikat 3-3 dengan Messi menyumbat […]

Pepsi Tunai Impian Gabungkan Trio Sensasi Bola Sepak Dunia

Impian untuk melihat aksi tiga bintang bola sepak dunia dalam satu pasukan akhirnya berjaya direalisasikan oleh syarikat minuman terkemuka dunia, Pepsi. Mereka telah mengadakan usaha untuk membentuk satu gandingan mantap antara dua pemain bola sepak sensasi dunia ketika ini iaitu Lionel Messi dan juga Paul Pogba. Malah, dalam sebuah filem yang dihasilkan ini, ia turut […]

Lionel Messi Mahu Terus Bermain Sebagai Juara Dunia

Semalam, Lionel Messi merealisasikan impian Argentina menjulang Piala Dunia buat kali ketiga selepas penantian selama 36 tahun. Namun begitu, tatkala beberapa pemain veteran sudah mengucapkan selamat tinggal kepada karier antarabangsa mereka, legenda Barcelona itu berharap dapat terus bermain sebagai juara dunia. Albiceleste menewaskan lawan mereka, Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3. Tetapi walaupun […]

“Takkanlah Saya Nak Sakit Hati Pula Dengan Messi” – Batistuta

Tiada sebab untuk sakit hati, tetapi Gabriel Batistuta tumpang bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh Lionel Messi bersama Argentina. Bukan sahaja memacu Argentina mara ke final Piala Dunia buat kali kedua – sesuatu yang Batistuta sendiri tidak pernah lakukan – tetapi baru-baru ini Messi berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak negara itu di Piala Dunia […]

Messi Mungkin Terlepas Peluang Ke Piala Dunia

Status lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi menjadi tanda tanya menjelang Piala Dunia apabila beliau dilaporkan mengalami kecederaan. Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan bakal terlepas kunjungan bersama Paris Saint-Germain ke Lorient hujung minggu ini untuk aksi Ligue 1 akibat kecederaan. Kapten pasukan kebangsaan Argentina itu dilaporkan mengalami kecederaan tendon Achilles yang memaksa khidmatnya dilupakan buat sementara […]

Gerard Pique Anggap Messi Sebagai Tuhan Di Barcelona

Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique menganggap Lionel Messi ‘seperti tuhan’ di kelab Barcelona dan beliau akui menangis apabila penyerang Argentina itu berhijrah ke Paris Saint-Germain. Pique dan Messi adalah rakan sepasukan di Camp Nou ketika usia remaja dan bersatu semula dalam pasukan utama apabila pemain pertahanan itu kembali dari Manchester United pada tahun 2008. Kedua-dua […]

Pertembungan Antara Messi & Ronaldo Warnai Pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah

Baru sahaja undian bagi perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah diadakan, media sosial kini kembali rancak membicarakan hasil undian tersebut lebih-lebih lagi apabila 2 bintang utama bola sepak dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bakal berentap dalam pertemuan antara Paris Saint Germain dan Manchester United. Selain pertemuan tersebut, perlawanan antara Bayern Munich menentang Atletico Madrid […]

Chris Sutton: Mohamed Salah Lebih Baik Berbanding Messi Dan Ronaldo

Bekas penyerang Blackburn Rovers, Chris Sutton baru-baru ini memberikan satu kenyataan bahawa, pada masa ini penyerang Liverpool, Mohamed Salah adalah pemain terbaik di dunia. Salah yang menampilkan aksi berkelas dunia untuk Liverpool untuk beberapa musim, sudah menjaringkan 9 gol dalam 9 penampilannya musim ini. “Pada saat ini, dia lebih baik daripada Lionel Messi dan Cristiano […]

Hard Rock Hotel Desaru Johor Buka Pra-Tempah Cenderahati Lionel Messi

Bersempena sambutan ke-50 Hard Rock hari ini, mereka telah mengumumkan jalinan kerjasama bersama lagenda bola sepak dunia, Lionel Messi sebagai salah satu cara untuk memperingati ulang tahun gemilang itu. Melalui kerjasama tersebut, mereka telah melancarkan beberapa barangan yang turut menarik perhatian menerusi gabungan bersama bintang bola Paris Saint Germain (PSG) itu. Bukan itu sahaja, senarai […]

Sergio Aguero Jelaskan Sebab Beliau Menolak Jersi Nombor 10 Dari Messi

Bekas bintang Manchester City, Sergio Aguero baru-baru ini telah menolak peluang untuk menyarung jersi No. 10 di Barcelona kerana menghormati legenda kelab dan rakan karibnya iaitu Lionel Messi. Pemain yang berusia 33 tahun itu mengubah haluan ke Barca dengan perpindahan percuma selepas kontraknya di Manchester City telah tamat. Sergio Aguero tiba di Catalonia dengan harapan dapat […]

Perbelanjaan Gila-Gila Barcelona Punca Messi Terpaksa Angkat Kaki

FCBN

Melihat Messi menyarung jersi PSG sudah cukup menyakitkan hati penyokong Barcelona. Namun lebih menyakitkan hati apabila ianya berpunca daripada kegagalan pengurusan kelab sendiri dalam menguruskan kewangan. Kelab Catalan tersebut mempunyai baki hutang yang amat tinggi malah telah gagal mengikuti had perbelanjaan gaji pemain yang ditetapkan La Liga. Ekoran itu, Messi tidak dapat didaftarkan sebagai pemain […]

Manchester United Gagal Sailang Messi Dari PSG

Baru-baru ini peminat bola sepak dunia dikejutkan dengan khabar bahawa lagenda Argentina, Lionel Messi sah bakal meninggalkan kelabnya Barcelona selepas 21 tahun beliau berkelana di kelab Catalonia tersebut. Situasi ini terjadi kerana kegagalan pihak Barcelona dalam menawarkan kontrak baharu kepadanya atas masalah kewangan serta struktur peraturan kewangan (La Liga) yang menyebabkan Messi terpaksa meninggalkan The […]

Salam Perpisahan Gerard Pique Buat Messi

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Roda kehidupan sentiasa berputar dan tidak pernah berhenti walaupun sesaat. Begitulah keadaan semua makhluk di dunia dan tidak terlepas darinya ialah pemain lagenda bola sepak Barcelona iaitu Lionel Messi. Dunia bola sepak dikejutkan dengan pengumumuan mengejutkan dari kelab gergasi Sepanyol, Barcelona yang telah mengesahkan bahawa bintang mereka Lionel Messi […]

PSG Semakin Hampir Mendapatkan Lionel Messi

PSG kini telah mula menghubungi Lionel Messi dan bapanya, dalam usaha membawa masuk pemain kelahiran Argentina tersebut ke kelab Perancis itu. PSG hanya satu-satunya kelab saat ini yang berhubung dengan Messi. Kelab-kelab lain seperti Manchester United, Chelsea atau Bayern Munich dilaporkan tidak membuat sebarang tawaran. Manchester City yang diuruskan oleh Pep Guardiola juga telah memaklumkan […]

Tahukah: Messi Pernah Hampir Sertai Arsenal

Kelab mana bakal Lionel Messi sertai selepas ini menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia setelah pemain tersebut bergelar ejen bebas. Namun tahukah anda bahawa Arsenal pernah begitu hampir mendapatkan Messi dari Barcelona suatu ketika dulu? Kisah Arsenal cuba menanda tangani Messi sebelum pemain tersebut menjadi bintang utama Barcelona mungkin bukan lagi rahsia namun cerita sebenar […]