Lionel Messi Diperli Kerana Sebiji Pizza

Lionel-Messi-Inter-Miami-CF

Gara-gara pizza yang dipesannya, legenda Argentina, Lionel Messi menjadi bahan ketawa di media sosial. Messi terlepas perlawanan Inter Miami menentang Atlanta United dalam aksi Major League Soccer (MLS) baru-baru ini akibat kecederaan. Kecederaan sama juga menjadi punca beliau terpaksa menarik diri daripada perlawanan Argentina menentang Bolivia semasa tempoh rehat antarabangsa. Justeru, sebelum perlawanan berkenaan, Messi […]

Jurulatih Norway Anggap Erling Haaland Tak Patut Menang Ballon d’Or

Jurulatih Norway, Stale Solbakken memberi pendapat yang mengejutkan apabila beliau menganggap Erling Haaland tidak patut memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini. Erling Haaland mengharungi musim cemerlang pada musim lalu apabila muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 36 gol. Haaland turut merangkul 3 kejuaraan bersama Manchester City iaitu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan […]

Jaringan Cantik Lionel Messi Berjaya Pukau Penonton

Lionel Messi sekali lagi membuktikan magis beliau apabila berjaya memukau penonton dengan jaringan cantik dalam perlawanan menentang Ecuador. Jaringan menerusi sepakan percuma pada minit ke-78 perlawanan membantu Argentina menang tipis ke atas Ecuador bagi aksi kelayakan Piala Dunia. Penyerang berusia 36 tahun ini sudah menjaringkan 104 gol dan mencipta 56 bantuan jaringan buat pasukan Argentina […]

‘Bodyguard’ Leo Messi 24/7 Kawal Keselamatan Messi

Setiap kali Lionel Messi mendapat bola, sukar bagi pertahanan menghampiri beliau. Hanya seorang saja yang mampu menghampirinya iaitu pengawal peribadinya, Yassin Chueko. Kelibat Chueko mula mencuri perhatian penyokong apabila beliau sentiasa mengekori Messi dari tepi padang termasuk semasa meraikan gol. Terbaru, kelibatnya dilihat apabila Messi meraikan jaringan penyamaan Leonardo Campana dalam aksi separuh akhir U.S. […]

Lionel Messi Bantu Inter Miami Julang Trofi Pertama

Legenda Argentina, Lionel Messi menggondol trofi pertama bersama kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami dengan menewaskan Nashville SC dalam aksi final Leagues Cup 2023. Selepas kedua-dua pasukan berjaya mengatasi lawan masing-masing di pentas separuh akhir, The Herons dan Boys In Gold mahu mencipta sejarah sebagai wakil MLS pertama menjulang trofi berkenaan. Separuh masa pertama […]

Wan Kuzain Bertemu Lionel Messi

Pemain ST Louis City 2, Wan Kuzain Wan Kamal bertemu bintang sensasi dunia, Lionel Messi. Dalam satu perkongsian video pendek, Kuzain bertemu Messi pada aksi suku akhir Leagues Cup 2023, ketika Inter Miami menumpaskan Charlotte. Messi yang kini menjadi ayam tambatan berjaya membantu pasukannya layak ke pusingan separuh akhir selepas menewaskan Charlotte dengan keputusan 4-0. […]

David Beckham Kongsikan Apa Yang Terjadi Saat Messi Buat Keputusan Sertai Inter Miam

Keputusan Lionel Messi yang memilih untuk beraksi buat Inter Miami dalam Liga Amerika Syarikat nyata mengejutkan ramai pihak. Lebih-lebih lagi terdapat ura-ura yang mengaitkan pemain itu untuk berhijrah ke Liga Arab Saudi. Pemilik Inter Miami, David Beckham baru-baru ini telah ditemubual mengenai perpindahan mega tersebut. Ramai yang tidak mengetahui, Beckham sebenarnya mengalirkan air mata kerana […]

Aksi Lionel Messi Pujuk Maskot Tarik Perhatian

Legenda Argentina, Lionel Messi mencuri perhatian ramai apabila memujuk maskot Inter Miami yang menangis sebelum perlawanan Leagues Cup menentang Atlanta United hari ini. Menariknya, kanak-kanak tersebut ialah anak penyanyi rap dan penerbit muzik terkenal, DJ Khaled iaitu Asahd yang berusia tujuh tahun. Berdasarkan video yang dikongsikan di laman media sosial, Asahd dilihat tidak biasa dengan […]

Gol Debut Lionel Messi Gegar MLS

Legenda Argentina, Lionel Messi memberi impak positif kepada Inter Miami apabila menyumbat gol kemenangan ke atas kelab Mexico, Cruz Azul dalam perlawanan pertamanya hari ini. Messi yang masuk sebagai pemain gantian menggantikan Benjamin Cresmachi pada minit ke-54 menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Andres Gudino pada minit ke-94. […]

Rakan Sepasukan Messi Digigit Labah-labah

Ramai pemain Inter Miami tidak sabar mengalu-alukan kehadiran Lionel Messi sebagai rakan sepasukan baru mereka pada bulan hadapan. Bagaimanapun, seorang daripada rakan sepasukan baru Messi ini dimasukkan ke hospital selepas digigit labah-labah semasa melawat sebuah zoo di Florida. Situasi malang ini menimpa penjaga gol The Herons dari Belanda, Nick Marsman. Marsman digigit labah-labah berbisa semasa […]

Argentina Akan Turunkan Skuad Simpanan Hadapi Ancaman Indonesia

Ramai penyokong Indonesia tidak berpuas hati apabila Lionel Messi tidak akan menyertai skuad Argentina yang akan menentang Tim Garuda pada 19 Jun ini. Dan hal ini turut disahkan jurulatih Albiceleste, Lionel Scaloni dengan pasukan simpanan mereka bakal menjadi lawan pasukan bimbingan Shin Tae-yong itu. Keputusan ini mungkin menghampakan ramai penyokong dan pemain Timnas Indonesia. Tetapi […]

Argentina Mudah Atasi Cabaran Australia

Argentina memulakan perlawanan persahabatan pertama Asia mereka dengan bergaya. Ini selepas Albiceleste mengatasi cabaran Australia 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di Stadium Pekerja, Beijing, China hari ini. Cubaan Australia untuk memberi tentangan awal kepada Albiceleste tidak berhasil apabila Lionel Messi menyumbat gol pertama perlawanan pada minit kedua. Gol yang dijaringkan dalam tempoh 80 […]

Lionel Messi Tidak Akan Beraksi Menentang Indonesia

Bintang Argentina, Lionel Messi dikhabarkan mungkin tidak akan beraksi bagi perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 19 Jun ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang media daripada Argentina, yang menyatakan bahawa Messi tidak akan terbang ke Indonesia, sebaliknya akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Australia.  “Beliau hanya akan bermain perlawanan pertama menentang Australia, yang mana dia […]

Harga Tiket Aksi Debut Messi Di MLS Meningkat 1000 Peratus

Sejak Lionel Messi mengumumkan kelab Major League Soccer (MLS), Inter Miami sebagai kelab barunya pada musim hadapan, minat peminat bola sepak terhadap liga itu naik mendadak. Dan difahamkan harga tiket untuk perlawanan pertama beliau di MLS telah meningkat sebanyak 1000%! Sports JOE melaporkan tiket bagi beberapa perlawanan telah naik mendadak sejak berita perpindahan Messi ke […]

Rasmi: Lionel Messi Sertai Inter Miami

Juara Piala Dunia Qatar, Lionel Messi secara rasminya menyertai pasukan MLS, Inter Miami bagi musim hadapan. Pemain berusia 35 tahun itu menghabiskan dua musim bersama jaguh Perancis, Paris Saint Germain (PSG) namun tidak berjalan seperti yang dirancang. 🚨🚨 BREAKING: Lionel Messi to Inter Miami, here we go! The decision has been made and it will […]

Jika Messi Ke Indonesia, Ronaldo Pula Ke Singapura

Ketika banyak mata tertumpu kepada Lionel Messi yang akan turut serta dalam aksi persahabatan di antara Indonesia dan Argentina, seteru utama Messi, Cristiano Ronaldo pula kini berada di Singapura bagi program amal. Ronaldo dikhabarkan sudah tiba di Singapura semalam (2 Jun 2023). Kapten skuad kebangsaan Portugal itu akan menghadiri beberapa projek amal bersama-sama dengan usahawan […]