Komen Intan Serah Selepas Ledak 6 Gol Lawan Real CJ

Penyerang Kelana United, Intan Serah tampil memberikan komen setelah pamer aksi garang dengan meledak enam gol ketika berdepan Real CJ dalam aksi minggu ke-2 Liga Wanita Nasional (LWN) 2024. Kelana United bertandang ke Pulau Pinang bagi menguji kekuatan Real CJ selepas melakar kemenangan pertama ke atas Selangor 1-0 dalam aksi pembukaan LWN minggu lalu di […]

LWN: Kelana United Puas ‘Rampas’ 3 Mata Dari Selangor

Naib johan Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu, Kelana United tampak berpuas hati dan lega berjaya meraih mata penuh dengan menewaskan Selangor dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan bertenaga menyebabkan kedudukan terikat tanpa jaringan sebelum gol lewat dari Lauren Hoh […]

“Kita Pun Tak Sangka Dia Boleh Rembat Macam Tu” – Dollah Salleh

Lagenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh mengakui tahap bola sepak wanita di Malaysia makin meningkat. Bekas pengendali kebangsaan itu teruja dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh bakat wanita negara yang berpotensi besar untuk membantu pasukan kebangsaan. Beliau juga mengakui pemain bola sepak wanita sekarang dapat beraksi mengikut penerapan taktikal yang dimahukan oleh barisan kejurulatihan. “Kalau […]

Sabah Selangkah Beraksi Di ACL Women 2024

Juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, Sabah FC bakal membawa cabaran Malaysia ke pusingan Kelayakan AFC Women’s Champions League 2024. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Sabah bakal bertanding di dalam pusingan kelayakan AFC Women’s Champions League 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2024. “Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman […]

Liga Wanita Malaysia Mungkin Perkenal Kuota Pemain Import

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob tidak menolak Liga Wanita Nasional (LWN) bakal memperkenal kuota pemain import. Cadangan itu dinyatakan beliau selepas sesi Townhall Bola Sepak Wanita FAM di Armada Hotel, Petaling Jaya hari ini. Suraya melihat kehadiran pemain import bukan saja meningkatkan taraf persaingan sesama pasukan dalam […]

Selangor Akhiri Saingan Liga Wanita Nasional Di Tangga Tercorot

Kempen Selangor FC dalam saingan sulung Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berakhir dengan kekecewaan apabila menamatkan kempen di tangga tecorot. Dalam lapan perlawanan, skuad Merah Kuning hanya merekodkan satu kemenangan, dua seri dan lima kekalahan. Keadaan ini tidak dibantu dari segi statistik gol dan bilangan gol yang membolosi gawang mereka. Anak-anak buah Rosni Abd Hamid […]

SSMP ‘Bantai’ Selangor 5-0

Selangor FC mengakhiri kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 dengan kekalahan apabila dibelasah Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 5-0. Penjaring terbanyak LWN, Kaseh Carlmila Az Zahra membuka tirai jaringan buat SSMP seawal minit keempat. Siti Zahirah Atirah Idris kemudiannya menggandakan kelebihan SSMP pada minit ke-10. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat. Bersambung pada babak kedua, Selangor […]

Kelana United Aibkan Selangor

Skuad wanita Selangor FC terus terperosok di tangga tercorot di Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 apabila dibelasah Kelana United 4-2 hari ini. Selangor tahu mereka memerlukan kemenangan bagi merapatkan jurang dengan LMS Tigress dan Kelana United yang masing-masing menduduki tangga kelima dan keempat LWN. Manakala Kelana United pula yang mempunyai kelebihan satu perlawanan berharap dapat […]

LWN 2023: Selangor Tewas Lagi Kepada ‘Mahasiswa’

Skuad bola sepak wanita Selangor FC sekali lagi dirundung kekalahan apabila tewas kepada Malaysian University dalam aksi tertunda Liga Wanita Nasional (LWN) 2023. Selepas tunduk 1-0 kepada LMS Tigress pada Ahad lepas, Merah Kuning memerlukan kemenangan agar tidak terperosok ke tangga tercorot. Manakala Malaysian University pula mahu menyamakan mata dengan Kelana United yang menduduki tangga […]

Liga Wanita Nasional: Selangor Dikecewakan LMS Tigress

Selangor FC gagal mengutip kemenangan kedua musim ini apabila tewas tipis 1-0 kepada LMS Tigress dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional (LWN). Selepas terikat 1-1 dalam aksi kedua LWN sebelum ini, kedua-dua pasukan pastinya mahu perlawanan ini berakhir dengan noktah kemenangan. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol. Begitupun, ketumpulan serangan kedua-dua […]

Liga Wanita Nasional: Kelana United ‘Diratah’ Malaysian University

Malaysian University mencipta kejutan dengan mengalahkan Kelana United dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional 2023. Kelebihan tampak memihak kepada Kelana United kerana dibarisi ramai pemain Malayan Tigress termasuk kapten Intan Sarah Sarah Zulgafli. Begitupun, Malaysian University mengejutkan pelawat dengan gol pertama pada minit ke-16 menerusi Nur Syafiqah Zainal Abidin. Tersentak, Kelana United cuba bangkit tetapi […]