Liga Super: PDRM Tundukkan Sabah

Sabah terus berdepan kemarau kemenangan dalam Liga Super apabila tewas 1-0 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. PDRM mahu bangkit selepas dibelasah Sri Pahang FC 5-1 di Temerloh pada 15 September lalu. Manakala Sang Badak pula mahu memburu kemenangan selepas kali terakhir melakukannya dalam aksi menentang Tok Gajah pada 9 Ogos. Jafri Firdaus […]
“Kelantan DN Tak Boleh Terlalu Hormat JDT” – Park Jae-hong

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong mahu anak buahnya tidak terlalu menghormati lawan mereka, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Kelantan DN berdepan tugas sukar menentang JDT. Ini kerana pasukan itu bukan saja masih segar daripada mengecapi kemenangan 5-0 ke atas Penang FC pada 12 September lalu. Malah, Harimau Selatan menampilkan prestasi […]
PDRM Mahu Tampil Corak Berbeza Hadapi Sabah

Pengendali PDRM FC, P. Maniam mahu menampilkan corak permainan berbeza bila menentang Sabah FC dalam aksi terbaru liga. Perubahan ini dibuat lebih-lebih lagi selepas The Cops menjadi mangsa belasahan Sri Pahang FC di Temerloh pada 15 September lalu. Sri Pahang menyumbat lima gol menerusi Stefano Brundo, Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo. Gol tunggal PDRM dalam […]
Ini Fakta Penting Tentang Penambahan Kuota 10+2 Import MFL

Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan manual Liga Malaysia (Liga M) 2024/25 berkenaan pendaftaran pemain import. Menerusi pindaan ini, MFL mengumumkan pasukan-pasukan yang terpilih boleh mendaftarkan 12 tonggak import. Di sebalik pindaan ini, ada beberapa fakta yang perlu diketahui tentang penambahan kuota import yang dibuat MFL. 1. Tidak Menjejaskan Peluang Pemain Tempatan Kuota […]
35 Keping Tiket Baru Terjual Aksi Kedah vs Sri Pahang

Ramai penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terkejut bila mendapat tahu hanya 35 keping tiket perlawanan pasukan itu dan Sri Pahang FC terjual setakat ini. Angka terbaru jualan tiket berkenaan dikongsikan pengurusan Kedah menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi pasukan itu. Sehubungan dengan itu, pengurusan Sang Kenari merayu kepada penyokong agar segera […]
Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 11, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas perlawanan minggu ke-10, kemeriahan saingan Liga Super diteruskan dengan aksi minggu ke-11. Hari perlawanan minggu 10 menyaksikan lima pasukan meraih kemenangan. Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Selangor FC masing-masing meraih kemenangan besar ke atas Penang FC dan Kuching City FC. Perak FC pula mencuri tiga mata daripada Negeri Sembilan FC di Stadium […]
JDT Catat Kehadiran Konsisten, Tertinggi Minggu 10 Liga Super

Hari perlawanan minggu ke-10 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus unggul dari segi rekod kehadiran tertinggi. Ini selepas aksi antara Harimau Selatan dan Penang FC pada 12 September lalu menyaksikan kehadiran seramai 13,975 orang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Rekod ini turut menyaksikan SSI merekodkan kehadiran konsisten melebihi 10,000 orang untuk […]
CEO MFL Harap Tak Ada Kelab Tarik Diri Pertengahan Jalan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi berharap tiada kelab Liga Super menarik diri semasa pertengahan musim. Harapan itu disuarakan beliau tatkala beberapa pasukan liga berkenaan berdepan masalah kewangan yang serius terutama isu tunggakan gaji. Isu ini kembali hangat diperkatakan peminat bola sepak apabila beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) […]
Azmin Azram Anggap Pencapaian Paulo Josue Luar Biasa

Bekas penjaga gol kebangsaan, Azmin Azram Abdul Aziz menganggap rekod Paulo Josue sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman KL City FC luar biasa. Sebelum ini, Josue berjaya menyamakan rekod gol beliau dengan legenda Singapura, Fandi Ahmad menerusi 67 gol. Rekod ini dilakar dalam kemenangan 3-0 KL City ke atas Sabah FC pada 31 Julai lalu. Dan […]
Tomislav Steinbruckner Puas Raih Satu Mata

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner berpuas hati melihat pasukannya mencuri satu mata dalam aksi terbaru Liga Super di Stadium Likas. Aksi di Likas kembali menemukan Terengganu dan tuan rumah, Sabah FC. Aksi yang berlangsung pada 15 September itu dilihat peluang buat Sang Badak membalas dendam selepas disingkirkan di peringkat suku akhir Piala FA 2024. Sabah […]
Liga Super: Sri Pahang Senang Hati, Belasah PDRM 5-1

Sri Pahang FC akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan dalam liga apabila membelasah PDRM FC 5-1 di Temerloh. The Cops mahu melebarkan rekod kemenangan mereka selepas menewaskan KL City FC di Selayang pada 16 Ogos. Sementara Tok Gajah pula memburu kemenangan yang kali terakhir dikecapi pada 11 Mei lalu. Kpah Sherman diberi kepercayaan memburu gol buat […]
Prestasi Pertahanan Kuching City Hampakan Aidil Sharin

Pengendali Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mengakui kecewa dengan prestasi pertahanan pasukan itu dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC. Kuching City tiba di Stadium MBPJ pada 13 September dengan misi meraih tiga mata penuh. Aksi menyakinkan bila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Piala FA 2024 dilihat memberi keyakinan kepada pasukan yang berpangkalan di […]
Cuti 7 Minggu Beri Kesan Kepada Perak

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui tempoh rehat selama tujuh minggu memberi kesan kepada pasukan itu. Tempoh rehat yang lama ini berlaku disebabkan penundaan aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 17 Ogos lalu. Perlawanan yang diadakan di Stadium Perak itu hanya dapat dilangsungkan selama beberapa minit sebelum […]
Ciri Unik Tonggak Baharu Kelantan DN, Aung Kaung Mann

Penyerang baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Aung Kaung Mann memiliki satu ciri unik yang dapat membantu pasukan itu. Ciri yang dimaksudkan ialah keupayaannya membantu pasukan bawahan untuk bangkit dan mendaki kedudukan liga. Ini dibuktikan menerusi tempohnya bersama dua kelab Thailand, Khon Kaen United dan Nakhon Ratchasima. Semasa bersama Khon Kaen United, penyerang berusia […]
Akmal Rizal Puas Hati Prestasi Wenzel-Halls

Prestasi tonggak import baru Penang FC, Dylan Wenzel-Halls memuaskan hati pengendali pasukan itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Bekas penyerang Central Coast Mariners itu membuat kemunculan pertama untuk Penang dalam aksi Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 12 September lalu. Kelibat Wenzel-Halls di bahagian sayap kerap mencemaskan barisan pertahanan tuan rumah diketuai […]
“Pemain Baru Buat JDT Lebih Baik” – Hector Bidoglio

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio melihat kehadiran pemain-pemain baru menjadikan pasukan itu lebih baik. Tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) menyaksikan tujuh pemain baru menyertai Harimau Selatan. Tujuh pemain tersebut ialah Christian Abad, Andoni Zubiaurre, Park Jun-heong, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Enzo Lombardo dan Jorge Obregon. Obregon, Lombardo, Israfilov dan […]