Liga Super: Kedah Dominasi Rekod Berdepan Negeri Sembilan

Menjelang aksi terbaru Liga Super antara Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan Negeri Sembilan FC, kelebihan tampak memihak pasukan utara tanah air itu. Ini berdasarkan rekod pertemuan lalu membabitkan kedua-dua pasukan dalam 10 perlawanan. Mengikut rekod, Kedah berjaya menewaskan skuad Rusa sebanyak enam kali, dua kali seri dan hanya tewas dua kali. Dua kekalahan […]

Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 9, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Aksi Liga Super musim 2024/25 diteruskan dengan minggu hari perlawanan kesembilan. Minggu hari perlawanan kelapan menyaksikan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Selangor FC, Terengganu FC, Sabah FC dan PDRM FC meraih tiga mata penuh. Satu-satunya perlawanan yang menyaksikan keputusan seri ialah aksi membabitkan Kuching City FC dan Penang FC. Perlawanan yang berlangsung pada 11 […]

Azzmi Aziz: Kalau Tiada Penambahbaikan, Negeri Sembilan Akan Tertinggal

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz mengakui pasukannya memerlukan suntikan pemain baru agar dapat bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga Super. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan skuad Rusa kecundang buat kali keenam musim ini. Ini selepas mereka tewas 2-1 kepada PDRM FC pada 11 Ogos lalu. R. Barathkumar memastikan Negeri Sembilan meraih gol pendahuluan pada […]

“Kelantan Pasukan Baik, Bukan Mudah Nak Skor Satu Gol” – Nidzam Jamil

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) memberi kesukaran kepada pasukan itu di Stadium MBPJ pada 10 Ogos lalu. Aksi terbaru Liga Super menyaksikan Merah Kuning melayan kunjungan Kijang Emas. Separuh masa pertama menyaksikan pelawat menyukarkan usaha tuan rumah menjaringkan gol. Hanya selepas Nidzam membuat pertukaran taktikal pada separuh masa […]

Liga Super: Aksi JDT vs Kedah Darul Aman Rekod Kehadiran Tertinggi Minggu 8

Minggu hari perlawanan kelapan menyaksikan aksi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kehadiran tertinggi. Aksi ini dilihat peluang buat Sang Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain untuk menebus kekecewaan selepas disingkirkan lawan sama di peringkat separuh akhir Piala FA 2024. 15,216 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) menjadi […]

Park Jae-hong Sedia Berkorban Demi Kelantan DN

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong sedia berkorban demi membantu pasukan itu kembali meraih keputusan positif di atas padang. Sejak meraih kemenangan ke atas PDRM FC pada 23 Jun lalu, pasukan itu bergelut merekodkan prestasi memberangsangkan dalam liga. Terbaru, Kelantan DN terpaksa akur apabila tewas 2-0 kepada Selangor FC dalam aksi terbaru […]

Liga Super: PDRM Tambah Derita Negeri Sembilan

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malan ini menyaksikan pertembungan diantara Negeri Sembilan dan PDRM FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi berpihak kepada pasukan pelawat. Skuad kendalian P. Maniam menurunkan barisan terbaiknya dengan jentera serangan diketuai okeh Ifedayo Olusegun, Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri.  Sementara Negeri Sembilan, pastinya mahu memburu kemenangan di laman sendiri […]

Liga Super: Kuching City Bangkit Ikat Penang

Penang FC terlepas peluang untuk menambah satu lagi kemenangan apabila diikat Kuching City FC 2-2 di Stadium Negeri, Kuching. Penang mahu menambah satu lagi kemenangan selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-0. Sementara The Cats turut memiliki misi sama selepas menewaskan Perak FC 2-1. Rodrigo Dias terus menjadi sandaran Akmal Rizal Ahmad Rakhli […]

Zikri Khalili Alami Gegaran Otak

Pemain pertahanan muda Selangor, Zikri Khalili dilaporkan mengalami ‘concussion’ atau maksud lainnya adalah gegaran otak ketika beraksi dalam perlawanan Liga Super menentang Kelantan DN semalam.  Zikri Khalili masuk di separuh masa kedua sebagai pemain gantian menggantikan Quentin Cheng pada minit ke-60 permainan.  Insiden tersebut terjadi ketika pertembungan merebut bola di udara dengan pertahanan Kelantan DN, […]

Faisal Halim Kembali Beraksi

Penyokong Selangor FC ceria apabila pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim kembali beraksi di padang – tiga bulan selepas menjadi mangsa serangan asid pada Mei lalu. Susulan insiden berkenaan, pemain sayap berusia 26 tahun itu terpaksa menjalani proses pemulihan yang cukup mencabar termasuk empat siri pembedahan. Meskipun perlu menghadapi proses pemulihan yang menjerihkan, keazaman Faisal untuk […]

Liga Super: Selangor Atasi Tentangan Kelantan DN

Selangor FC terpaksa bekerja keras sebelum merekodkan kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam aksi terbaru Liga Super. Selangor mahu meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Terengganu FC 6-4 secara agregat dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024. Sementara Kelantan DN pula mahu bangkit selepas tewas 3-0 kepada Penang FC. Penyerang muda Jordan, […]

Farhan Roslan Puas Buka Akaun Gol

Pemain sayap Sabah FC, Farhan Roslan mengakui merasa lega kerana dapat membuka akaun jaringannya untuk musim 2024/25. Farhan menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee untuk merobek gawang Sri Pahang FC bersama Darren Lok dan Jafri Firdaus Chew untuk aksi liga pada 9 Ogos lalu. Selepas ketinggalan menerusi gol awal Kpah Sherman, Sang Badak menyamakan kedudukan […]

Ketumpulan Penyudah Hantui Sri Pahang

Masalah ketumpulan penyudah terus menyukarkan Sri Pahang FC untuk mengakhiri kemarau kemenangan mereka dalam Liga Super. Hal ini diakui sendiri pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad selepas aksi terbaru liga antara pasukan itu dengan Sabah FC di Temerloh pada 9 Ogos lalu. Penyerang Liberia, Kpah Sherman membuka tirai jaringan buat tuan rumah. Sang Badak kemudiannya bangkit […]

Paulo Josue Ada Pelan Khas Lawan Terengganu

Kapten KL City FC, Paulo Josue mendedahkan pasukan itu memiliki pelan khas bila berdepan dengan Terengganu FC nanti. KL City mahu meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super meskipun dikenakan hukuman oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana isu membabitkan lesen mereka. Isu tersebut mengakibatkan The City Boys bukan saja dikenakan hukuman potongan enam mata, […]

Liga Super: Sabah Kekal Di Kedudukan ke-3 Liga, Benam Sri Pahang

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-8 malam ini menyaksikan Sabah bangkit membenam tuan rumah, Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.  Aksi bermula rancak apabila penyerang Sri Pahang, Kpah Sherman menjaringkan gol pembukaan selepas menerima umpanan kemas dari Sergio Aguero seawal 7 minit permainan. Selepas setengah jam Sabah memberi asakan, akhirnya Jafri Chew berjaya menyamakan […]

Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 8, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Selepas aksi separuh akhir Piala FA berakhir, saingan Liga Super kembali bersambung untuk hari perlawanan minggu kelapan. Aksi perlawanan minggu ketiga menyaksikan Terengganu FC, Kuching City, KL City FC dan Penang FC masing-masing mencatatkan kemenangan. Sementara Johor Darul Ta’zim dan PDRM FC pula terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1 pada 31 Julai […]