Nilai Arif Aiman Naik Lagi, Cecah RM2.8 Juta

Nilai pasaran pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi terus menunjukkan peningkatan. Sebelum ini, semakan terakhir di Transfermarkt mendapati pemain sayap berusia 22 tahun itu memiliki nilai pasaran sebanyak €550,000 (RM2.6 juta). Nilai tersebut direkodkan pada Januari 2024. Kini, semakan terbaru di laman berkenaan menunjukkan nilai pasaran Arif kini mencecah €600,000 (RM2.8 juta). Peningkatan tersebut berlaku […]

JDT Sumbang Hampir 70% Mata AFC MA Ranking Malaysia

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat Asia menyumbang kepada peningkatan peluang kelab Malaysia beraksi di peringkat berkenaan. Hal ini dinyatakan sendiri DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bila mengulas pencapaian Harimau Selatan di pentas Asia. Sejak beraksi di peringkat Asia dalam saingan Piala AFC pada 2015, JDT sudah menyumbang 21.54 mata atau 68.7% […]

FIFA Kongsi Cerita Umar Eshmurodov, Selangor & Liga Malaysia

Kisah bek tengah Selangor FC, Umarbek Eshmurodov menjadi sebutan portal FIFA.com baru-baru ini. Selepas berhijrah menyertai Selangor dari kelab lamanya, FC Nasaf, bek tengah berusia 31 tahun itu terus menjadi pilihan di bahagian pertahanan. Meskipun perlu bersaing dengan pemain-pemain lain termasuk kapten, Safuwan Baharudin, Umarbek berjaya merekodkan 16 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara […]

PJBM Cadangkan Pembantu Jurulatih Liga Super Miliki Lesen Pro A

Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) mencadangkan penolong ketua jurulatih Liga Super wajib memiliki Lesen Pro A (Pro-Diploma AFC). Perkara ini dinyatakan sendiri Presiden PJBM, Datuk Ong Kim Swee dalam sidang media selepas perasmian Seminar Kejurulatihan Bola Sepak Antarabangsa di Petaling Jaya. Kim Swee memaklumkan perkara ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Persatuan Bolasepak […]

Wan Rohaimi Sahut Cabaran Bimbing Penang

Pengendali baharu Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail sedia mendepani cabaran memulihkan prestasi pasukan itu untuk baki kempen Liga Malaysia (Liga M). Sejak meraih kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 1 Ogos lalu, Penang kini mengharungi tujuh perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Selain itu, pasukan yang diberi jolokan Harimau Kumbang itu juga […]

Indra Putra Sarankan Arif Aiman Ke Luar Negara

Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin mahu melihat Arif Aiman Hanapi mengembangkan bakatnya ke luar negara. Musim 2024/25 menyaksikan Arif terus membuktikan dirinya antara pemain sayap berbisa bukan saja dalam saingan Liga Malaysia (Liga M). Malah, nama pemain sayap berusia 22 tahun itu menjadi bualan di peringkat Asia. Arif sudah merekodkan 11 gol dan lapan […]

Nooa Laine Tekad Balas Kepercayaan Selangor

Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine berazam untuk membalas kepercayaan Selangor FC selepas menyertai pasukan itu secara tetap. Sebelum ini, pemain tengah berusia 21 tahun itu menyertai Merah Kuning secara pinjaman dari kelab Finland, SJK Seinajoki pada Februari lalu. Meskipun Nooa perlu bersaing dengan pemain berpengalaman di bahagian tengah, itu tidak menghalangnya merekodkan 23 penampilan dan […]

FAM Rehatkan Pengadil Aksi Perak vs JDT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan merehatkan pengadil dan pegawai VAR aksi Liga Super membabitkan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Keputusan ini diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram. Ini selepas Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil memuktamadkan analisis dua insiden dalam perlawanan tersebut. Dua insiden tersebut ialah insiden […]

Kedah Bakal Terima Dua Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menerima dua figura sebagai ahli lembaga pengarah pasukan yang baru. Perubahan ini merupakan sebahagian daripada perubahan struktur organisasi yang diumumkan pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr Daud Bakar. Walau bagaimanapun, identiti dua ahli lembaga pengarah baru pasukan itu tidak didedahkan. Daud memaklumkan pelantikan dua ahli lembaga pengarah […]

Keselamatan Penyokong Perak & JDT Di Stadium Sultan Ibrahim Dikawal Baik

Kawalan keselamatan untuk aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) mendapat pujian penyokong. Aksi Perak dan JDT diadakan di SSI sebagai venue alternatif untuk mengelak perlawanan antara kedua-dua pasukan itu tertangguh buat kali ketiga. Sebelum ini, usaha mengadakan perlawanan pada 17 Ogos dan 5 Oktober di Stadium […]

“Bukan Mudah Jaringkan Gol Di Stadium Sultan Ibrahim” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui bukan mudah untuk menjaringkan gol di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Aksi tertangguh membabitkan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya dilangsungkan di SSI pada 10 November lalu. Hatrik Bergson da Silva dan dua gol Romel Morales memastikan kemenangan 5-0 JDT. Perak berpeluang merekodkan jaringan apabila bek tengah Harimau […]

Sebahagian Penyokong Perak Mahu Boikot Perlawanan Perak Menentang JDT

Segelintir penyokong Perak FC berhasrat untuk memboikot aksi pasukan berkenaan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November ini. Sebelum ini, aksi liga kedua-dua pasukan itu sepatutnya diadakan pada 17 Ogos lalu. Aksi tersebut kemudiannya terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan padang Stadium Perak yang digenangi air. Aksi Perak dan […]

Kedah Beri Maklum Balas Tawaran Mahsuri Medical Centre

Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memberi maklum balas tentang tawaran pengambilalihan saham pasukan itu. Sebelum ini, anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre (MMC) sudah mengemukakan surat tawaran pengambilalihan Sang Kenari pada 4 November lalu. Selain mengambil alih 100% saham Kedah, MMC juga akan menguruskan liabiliti yang dimiliki pasukan itu. Susulan itu, pengurusan […]

Kerja Perobohan Stadium Shah Alam Capai 45%, Kemudahan Moden Bakal Mula Dibina

Kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam kini sudah mencapai 45% sekaligus membuka jalan kepada pembinaan stadium baru iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Sebelum ini, kerja-kerja perobohan sudah mula digerakkan termasuk perobohan bumbung stadium tersebut pada September lalu. Kini, KSSA memaklumkan proses perobohan stadium sudah mencapai 45%. Dan sekiranya proses perobohan berjalan seperti yang dirancang, pembinaan […]

Sabah Kekalkan Khidmat Ong Kim Swee

Pengurusan Sabah FC bersetuju untuk mengekalkan khidmat jurulatih pasukan itu, Datuk Ong Kim Swee sehingga tamat musim 2024/25. Perkara ini diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmy Yahya selepas satu mesyuarat khas yang diadakan pada 5 November lalu. Keputusan ini dibuat selepas berpuas hati dengan prestasi baik yang ditampilkan Sang Badak dalam […]

Aksi Tertunda Perak vs JDT Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Aksi tertunda Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November ini. Pengumuman ini dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang disiarkan di laman sesawang rasmi badan pengendali liga itu. Sebelum ini, aksi membabitkan The Bos Gaurus dan Harimau Selatan yang sepatutnya diadakan di Stadium Perak pada […]