TMJ: Terengganu Pasukan Yang Hebat, Sentiasa Menjadi Mimpi Ngeri JDT

Pasukan yang mengekori rapat pendahulu Liga Super 2021, Terengganu FC mendapat perhatian oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyifatkan pasukan pantai timur itu merupakan sebuah pasukan yang sangat berkualiti dalam Liga Super. Dalam satu temubual bersama Astro Arena, Tunku Ismail menyatakan beberapa pasukan lawan yang mempunyai kualiti dan persembahan yang dilihat mampu untuk […]

Gol Berkelas Dunia, David Da Silva Rantai Mulut Pengkritik

Penyerang berbisa pasukan Terengganu FC, David Da Silva mempamerkan aksi magisnya ketika perlawanan ke-17 liga super melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang PJ City FC yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 3-0. Dalam perlawanan tersebut, aksi penyerang import Terengganu itu menjadi tumpuan tatkala kegagalan menjaringkan gol serta aksi longlainya di atas padang […]

Liga Super: Harimau Terus Mengaum, Johor Darul Ta’zim Gah Tumbangkan Melaka United

Perlawanan ke-17 Liga Super 2021 yang melibatkan pertembungan pasukan Melaka United dan juga pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim di Stadium Hang Jebat, Melaka berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat dengan jaringan 1-0. Pasukan kendalian Benjamin Mora turun dengan kesebelasan terbaiknya yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva sementara Melaka juga turun […]

Taktik ‘Scam’ Terlalu Sempurna, Amri Yahyah Punca Lawan Hilang Mata

Perlawanan Liga Super ke-16 melibatkan pertembungan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC dan Sabah FC berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sekaligus berkongsi mata di Gong Badak. Kedua-dua pasukan mempunyai percaturan tersendiri dalam usaha untuk meraih kemenangan dengan serangan bertali arus dilancarkan dalam usaha untuk menembusi gawang gol yang dikawal rapi oleh penjaga gol […]

Percaturan Bidan Terjun Sabah ‘Menjadi’ Berjaya Ikat Terengganu di Gong Badak

Pasukan Terengganu FC kecewa apabila tuan rumah sekadar memungut satu mata pada aksi Liga Super ke-16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menentang Sabah FC. Terengganu bermula garang seawal minit pertama permainan apabila David Da Silva melakukan asakan terhadap penjaga gol Sabah FC. Selang beberapa minit selepas itu, pemain sayap Terengganu FC, Faisal Halim berjaya […]

Liga Super: Johor Darul Ta’zim Kukuhkan Cengkaman, Perak Terkulai Tidak Melawan

Pendahulu Liga Super 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah di persada liga apabila mencatat kemenangan ke-12 pada musim ini apabila berjaya menghentikan cabaran perak menerusi kemenangan selesa 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. JDT tidak melengahkan masa apabila terus bermula garang seawal minit kedua apabila lorongan awal mencari Bergson Da Silva tidak berjaya […]

Nafuzi Zain: Penyerang Gagal Berfungsi, Tidak Konsisten Punca Terengganu Tewas

Hasrat pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain melihat pasukan kendaliannya mencatat kemenangan kedua berturut-turut musnah apabila skuadnya tewas mengejut 2-0 kepada pasukan tuan rumah, Melaka United FC. Dalam perlawanan itu, Terengganu dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan mengatur serangan ke arah kubu lawan melalui gerakan duo lincahnya iaitu Faiz Nasir dan juga Faisal Halim. Sungguhpun begitu, […]

Trio Afrika Gagal Bantu Terengganu Atasi Cabaran Melaka United

Terengganu FC terus diberikan tekanan oleh pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di takhta liga susulan gagal mencatatkan kemenangan menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat apabila tewas 2-0 malam tadi. Pasukan kendalian Nafuzi Zain itu turun dengan barisan utamanya sambil mempertaruhkan 3 pemain import untuk menggerakkan jentera tengah pasukan itu. Melaka United juga […]

Siaran Langsung (Live) Selangor vs. Johor Darul Ta’zim

Johor Darul Ta’zim bertandang ke Stadium Kelana Jaya bertemu pasukan tuan rumah, Selangor FC untuk saingan Liga Super 2021. Dalam perlawanan sebelum ini Johor Darul Ta’zim menang 3-1 ke atas UiTM manakala Selangor seri 1-1 berhadapan Kuala Lumpur City. Perlawanan ini di adakan di Stadium Kelana Jaya, PJ. Waktu perlawanan: 9.00 malamTarikh: 28 Julai 2021 […]

TMJ Akui Selangor Dalam Kelas Tersendiri, DNA Jerman Bakal Teruji

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berkunjung ke Stadium MBPJ pada Rabu ini untuk menentang pasukan gergasi Merah Kuning pada jam 9 malam. Ini merupakan perlawanan ke-15 buat kedua-dua pasukan ketika JDT berusaha untuk menjarakkan kedudukan mereka dengan pasukan di tangga kedua iaitu Terengganu FC. Selangor pula tekad untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga yang […]

Falsafah Bola Sepak Tersendiri, Nafuzi Zain Optimis Pacu Terengganu

Jurulatih pasukan Terengganu, Mohd Nafuzi bin Mohd Zain yakin dengan kemampuan barisan kejurulatihan dan juga para pemainnya untuk terus memperagakan aksi yang cemerlang dalam baki saingan Liga Super musim ini. Skuad kendalian jurulatih yang berasal dari Kelantan ini telah berjaya mengharungi 14 perlawanan liga dengan sangat konsisten apabila berjaya mencatatkan 9 kemenangan, 3 seri dan […]

Safawi Rasid Rantai Mulut Pengkritik

Kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh peminat bola sepak tanah air terhadap bintang muda negara, Mohd Safawi Rasid reda apabila beliau kembali menemui rentaknya untuk membantu pasukan Johor Darul Ta’zim mengatasi UITM FC dengan jaringan 3-1. Sungguhpun pasukan tuan rumah tersentak dengan jaringan penyerang import baru UITM FC, Joel Vinicius yang meletakkan pasukan pelawat di […]

Sentuhan ‘Nafuzi Ball’, Duo Cilik Kunci Terengganu Lenyapkan Impian Perak

Impian pasukan Perak untuk meraih kemenangan ketika berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin musnah apabila tewas 5-0 dengan pasukan tuan rumah malam ini. Pasukan pelawat bermula garang di awal permainan apabila percubaan kencang Danish berjaya menyentak kelekaan barisan pertahanan pasukan tuan rumah. Ini membuatkan Terengganu terus melancarkan serangan bertali arus menerusi duo ciliknya yang […]

Amri Yahyah: Dengar Cakap Jurulatih, Usaha Dan Main Betul-Betul Bukan Main-Main

Penyerang senior pasukan Sabah Fc, Mohd. Amri bin Yahyah optimis untuk membantu Sabah Fc mencapai semula era kegemilangannya dan percaya dengan barisan pemain dan staf kejurulatihan pasukan di bawah bayu itu untuk membentuk gandingan terbaik dalam saingan Liga Super. Pemain berusia 40 tahun itu kini sedang menikmati prestasi terbaik apabila telah berjaya menjaringkan 4 gol […]

Syahrian Abimanyu: Saya Tidak Berfikir Panjang Apabila TMJ Inginkan Saya

Syahrian Abimanyu (22) kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim setelah kontrak pinjaman di Newcastle Jets tamat. Beliau beraksi bersama Newcastle Jets sebanyak 3 perlawanan dan beraksi dengan baik ketika bersama Timnas Indonesia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia / Asia di UAE baru-baru ini. JDT kini mendaftar Syahrian untuk kempen Liga Super 2021. Syahrian Abimanyu: Saya […]

Petaling Jaya City 0-1 Perak – Liga Super 2021

Pasukan Petaling Jaya City yang kini berada dikedudukan ke-7 Liga Super Malaysia melayani kunjungan pasukan Perak yang kini berada dikedudukan ke-10 liga di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Dalam perlawanan sebelum ini pasukan Petaling Jaya City tewas 1-2 menentang pasukan Selangor di Stadium Petaling Jaya. Pasukan Perak pula dalam perlawanan sebelum ini tewas 2-1 menentang […]