Bergson Pecah Rekod Lagi

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus memecahkan rekod apabila bergelar penjaring terbanyak pasukan dalam satu musim. Pemain kelahiran Brazil ini menjadi tunjang utama untuk mengetuai jentera serangan Harimau Selatan sejak dua musim lalu. Ketenangan dan juga ketajaman bekas penyerang Fortaleza ini sentiasa menjadi igauan pertahanan lawan tatkala kelibatnya di atas padang […]

Faisal Halim Bagi Mesej Jelas Tentang Masa Depannya Di Terengganu

Pemain sayap lincah Terengganu FC, Faisal Halim menyampaikan mesej ringkas terhadap spekulasi masa depannya bersama pasukan musim hadapan. Bintang bertubuh kecil itu secara jelas memberitahu bahawa ada syarat yang diambil kira sebelum memuktamadkan keputusannya. Katanya, beliau akan melihat dulu keadaan semasa sehingga penghujung musim ini sebelum menentukan hala tujunya kelak. Pemain berusia 24 tahun ini […]

“Kalau Dia Nak Balik Apa Salahnya?” -Pengerusi Perak

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menjelaskan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk membawa Luqman Hakim pulang ke Malaysia. Beliau kini dalam perbicangan bersama ketua jurulatih pasukan, Lim Teong Kim untuk merangka pelan buat pasukan setelah mendapat tempat ke Liga Super musim hadapan. Kemasukan Teong Kim untuk membimbing The Bos Gaurus dilihat bakal memberi […]

JDT Juara Liga Super 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bergelar selaku juara Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan sambil Sabah FC tewas kepada Terengganu FC untuk mengesahkan kejuaraan. Harimau Selatan turun dalam perlawanan ini dengan prestasi terbaik selain anak didik K. Devan juga mahu mencuri mata di gelanggang lawan. Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Hector Bidoglio tidak mahu melepaskan […]

Liga Super: JDT Hampiri Kejuaraan Liga Super Belasah Negeri Sembilan

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir untuk bergelar juara Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut selepas membenam Negeri Sembilan FC dengan keputusan 3-0. Pasukan Harimau Selatan turun di gelanggang sendiri dengan barisan pemain terbaik sungguhpun terpaksa melupakan khidmat penyerang sensasi pasukan, Fernando Forestieri. Serangan demi serangan diatur seawal minit pertama perlawanan namun kekebalan penjaga gol […]

Tan Cheng Hoe Mahu Berbakti Kepada Negara

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe secara jelas menyatakan bahawa kepulangannya ke dalam kancah kejurulatihan bersama Selangor bukan disebabkan sesiapa. Bekas jurulatih Harimau Malaya ini menegaskan bahawa misi utamanya adalah untuk membantu The Red Giants kembali pada tahap terbaik. Cheng Hoe kali terakhir bersama pasukan Kedah pada tahun 2017 akhirnya membuat keputusan untuk mewarnai Liga Super […]

TMJ: 2022 Tahun Luar Biasa JDT

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan perjalanan JDT pada musim ini amat cemerlang namun yakin pasukannya masih mampu mengecapi sesuatu.  Baginda dalam satu kenyataan menyifatkan bahawa tahun 2022 menjadi tahun yang amat baik buat Harimau Selatan namun masih belum tamat. TMJ turut melihat bahawa pelbagai kejayaan telah pun berjaya dikecapi bermula […]

Gol Roket Ryan Lambert Raih Perhatian Media British

Gol pemain tengah sensasi KL City FC, Ryan Lambert kini mencuri tumpuan dunia apabila mula disebut-sebut oleh media British. Perancang tengah kelahiran Australia-Malaysia ini menjadi tunjang utama dibawah kendalian Bojan Hodak sejak dua musim lalu. Kecemerlangan dan gandingan baik bersama rakan sepasukan seperti Akram Mahinan dan juga Zhafri Yahya telah membawa The City Boys melangkah lebih jauh […]

Selangor Bakal Umum Tan Cheng Hoe Selaku Jurulatih Baharu ?

Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dikhabarkan bakal menamatkan teka-teki mada depannya apabila beliau dikatakan sudah diikat Selangor. Ketua jurulatih berusia 54 tahun itu memiliki reputasi yang amat baik di pentas bola sepak Malaysia selepas membantu Kedah menjulang Piala Malaysia pada tahun 2016 dan juga Piala FA 2017. Walau bagaimanapun, setelah dikaitkan dengan […]

Yusri Che Lah Sampaikan Kata-kata Terakhirnya Kepada Penyokong Perak

Ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah telah memberikan kata-kata terakhir kepada pasukannya ketika mereka berjaya mengikat Kuching City FC dengan keputusan 1-1. Pengendali kelahiran Perlis ini berjaya memberi impak yang cukup penting buat pasukan The Bos Gaurus sejak mengambil alih pasukan dan berhadapan dengan pelbagai masalah sebelum ini. Walau bagaimanapun, beliau kelihatan seolah-olah telah memberikan amanat […]

“Tahun Ini Mungkin Tahun Terakhir Saya Bersama Terengganu” – Nafuzi Zain

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan Terengganu. Pengendali kelahiran Kelantan itu sepertinya bakal meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Pantau Timur itu. Menerusi satu temubual pasca perlawanan menentang Penang FC tadi, Nafuzi memaklumkan bahawa musim ini mungkin menjadi musim terakhirnya. “Tahun ini mungkin menjadi tahun terakhir saya bersama Terengganu.” Bekas […]

Liga Super: Kedah Tamatkan Riwayat Selangor

Rentak kemenangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan Liga Super berterusan apabila berjaya menumbangkan Selangor 3-1 dalam aksi di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan agak rancak selepas menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur gerak serangan untuk mencari gol awal. Selepas beberapa siri serangan yang dilancarkan, Kedah akhirnya berjaya mendahului pada minit […]

Liga Super: Selangor Mengamuk Ikat JDT

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan iaitu Selangor selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. Pasukan Selangor memulakan permainan dengan kawalan bola yang baik dan beberapa serangan yang dilakukan namun dapat dihalang oleh benteng JDT. Bagaimanapun, nasib menyebelahi pasukan […]

Liga Super: Derbi Utara Milik Kedah Selepas Benam Penang FC Di Darul Aman

Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya kembali mencipta kemenangan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Penang FC 1-0 dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Aksi bermula dengan agak perlahan kerana hujan lebat yang turun sedikit sebanyak mengganggu ketepatan hantaran dan corak permainan kedua-dua pasukan. Walaupun kedua-dua pasukan saling melancarkan […]

JDT Dah Boleh Fikir Untuk Main Bunga Api Lagi

Dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali kelihatan. Biarpun perlu melalui tujuh perlawanan lagi, namun JDT boleh dianggap hampir pasti mengekalkan kejuaraan kali kesembilan berturut-turut. Walaupun Sabah cuba memberikan saingan di tangga kedua namun kualiti pemain yang dimiliki pasukan JDT sudah pasti akan menidakkan pasukan lain untuk mencabar kejuaraan. […]

“Bayar Gaji” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menyampai mesej yang cukup penting kepada Sarawak United berhubung dengan masalah tunggakan gaji para pemain mereka ketika ini. Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengingatkan Sarawak United agar segera melunaskan tanggungjawab untuk melangsaikan segala permasalahan gaji yang kini sudah pun membarah. Walau bagaimanapun, menerusi satu […]