Syukor Burger Jadi Rakan Rasmi F&B Kedah Darul Aman

Francais makanan segera Malaysia, Syukor Burger membuka satu lagi lembaran baharu apabila kini secara rasminya dilantik menjadi rakan rasmi bersama pasukan Kedah FC. Francais terkenal milik usahawan muda berjaya, Syukor Majid ini sememangnya tidak asing lagi dalam arena makanan di Malaysia. Bermula pada tahun 2020, syarikat ini pernah mencipta fenomena luar biasa ketika pandemik COVID-19 […]

Cubaan Ambil Alih PJ City Gagal

Usaha yang dilakukan untuk mengambil alih pasukan Liga Super 2022, PJ City FC tidak kesampaian apabila difahamkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini telah pun dimaklumkan dalam satu kenyataan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) apabila hanya 14 sahaja pasukan yang bakal mengambil bahagian dalam Liga Super 2023. Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan PJ […]

Rasmi: MFL Perkenal Sepak Mula Waktu Siang

Aksi Liga Super 2023 bakal membawa satu lagi perubahan besar apabila perlawanan akan diadakan bermula waktu petang. Menerusi satu pengumuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), waktu bagi setiap aksi akan terbahagi kepada beberapa kelompok waktu yang telah dibincangkan. Bagi aksi di Semenanjung, perlawanan akan bermula seawal jam 5:15-5:30 petang manakala disusuli dengan aksi pada jam […]

Tano Solari: JDT Ada Standard Yang Tinggi

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengakui bahawa pasukannya memiliki standard yang tinggi dalam pentas bola sepak. Pengendali kelahiran Argentina itu baru sahaja tiba bagi mengisi jawatan daripada Hector Bidoglio yang kini bergelar Pengarah Teknikal. Dalam satu kenyataan, jurulatih muda berusia 44 tahun itu berpuas hati dengan persiapan pasukan selama dua minggu […]

PDRM Masih Menanti Ketibaan Dua Pemain Import

Pasukan Liga Super, PDRM FC masih menunggu ketibaan dua orang pemain importnya bagi mengadakan sesi latihan penuh pasukan menjelang musim baharu. Dua orang pemain tersebut difahamkan pemain Nigeria dan seorang lagi dari Myanmar. Menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih pasukan, Azam Azmi, beliau amat berharap agar kedua-dua pemain ini cepat menemui jalan bertemu pasukan. “Kami […]

Ifedayo Olesogun Tidak Akan Kekal Beraksi Di Malaysia ?

Bekas pemain import Melaka United, Ifedayo Olesogun difahamkan tidak akan meneruskan perjalanan kariernya di Liga Malaysia. Pemain kelahiran Nigeria itu merupakan antara peledak berbisa di Liga Super sejak beberapa musim kebelakangan ini namun tidak dapat memperoleh rentak terbaiknya pada musim lalu. Hal ini berikutan beberapa masalah yang yang melanda kelab sekaligus merencatkan perjalanan musim dan […]

Perpindahan Nuha Marong Ke Kelantan Tersebar Di Gambia

Berita mengenai perpindahan pemain import baharu Kelantan, Nuha Marong kini mula tersebar luas terutamanya di Gambia. Pemain berusia 29 tahun itu digembar-gemburkan akan menyertai pasukan Pantai Timur itu namun setakat ini masih tiada pengumuman rasmi dibuat. Bintang yang beraksi pada posisi serangan ini merupakan antara calon yang diletakkan dalam pilihan pasukan bagi mengetuai jentera serangan […]

Ketinggian Pemain Import Perak Amat Menakutkan

Ketinggian pemain import baharu Perak FC mencuri perhatian ramai tatkala susuk tubuhnya kelihatan cukup tegap untuk bersaing di Liga Super 2023. Pasukan utara tanah air ini rancak melaksanakan pelan bagi musim baharu dengan kemasukan beberapa muka baharu musim ini. Malah, pelantikan ketua jurulatih, Lim Teong Kim memperlihatkan keseriusan pasukan The Bos Gaurus dalam misi untuk […]

Eureka Drinks Salur Tajaan Kewangan Kepada Terengganu

Sebuah syarikat minuman prestasi terkemuka di Malaysia, Eureka telah pun menjadi penaja rasmi kepada pasuka gergasi Pantai Timur, Terengganu bagi musim 2023. Menerusi satu pengumuman di laman rasmi pasukan, pihak kelab berbesar hati untuk menerima Eureka selaku penaja bagi tempoh setahun ini. Pengarah urusan Eureka, Encik Fadzrul Dullie memaklumkan bahawa Terengganu menjadi satu-satunya kelab di […]

JDT Mahu Terus Cipta Kejutan Di ACL

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu terus mencipta fenomena dalam pentas bola sepak Asia selepas berjaya melakukan perkara tersebut sebelum ini. JDT telah memberi petanda positif dalam kejohanan tersebut dengan membuktikan mereka sedia berdepan mana-mana pasukan di rantau ini. Pada musim lalu, skuad Harimau Selatan telah membenam cabaran dua pasukan gergasi Asia, […]

Rasmi: Syihan Hazmi Sertai JDT

Penjaga gol utama pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023. Pasukan kendalian Esteban Solari ini sudah pun diperkasakan dengan beberapa muka baharu antaranya ialah kemasukan semula bekas penyerang, Diogo Luis Santo daripada BG Pathum. Skuad Harimau Selatan juga secara rasminya telah mendapatkan khidmat […]

Kim Pan-gon: Kamu Boleh Salahkan Saya, Tapi Bukan Pemain

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon amat berpuas hati dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah daripada barisan pemain Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF kali ini. Malaysia terpaksa menelan hakikat apabila perjuangan kali ini terhenti susulan kekalahan 3-0 ke atas juara bertahan, Thailand. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tidak mahu menyalahkan para […]

Pengganti Hydee Agras Sudah Ditemui

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah yang cukup proaktif apabila membawa masuk seorang pakar analisis bagi menggantikan posisi Hydee Agras. Individu tersebut difahamkan adalah bekas penganalisis bersama skuad gergasi di La Liga, Rayo Vellecano kini secara rasmi bakal memperkuat JDT bagi musim baharu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman […]

Madame Pang Mahu Labur Dalam Industri Bola Sepak Malaysia

Pemilik kelab Liga 1 Thailand, Madame Pang sedia membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila beliau difahamkan sudi melabur dalam industri bola sepak Malaysia. Beliau yang memiliki saham terbesar Port FC itu mengakuit tertarik dengan suasana Liga Malaysia dan sedia merealisasikan hasrat tersebut sekiranya ada tawaran kerjasama daripada mana-mana pihak. Beliau memiliki hasrat untuk melihat bola […]

Endrick Dos Santos Akan Didaftarkan Sebagai Warganegara Malaysia

Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos akan didaftarkan selaku pemain tempatan pasukan musim ini. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara pemain import paling lama beraksi di Malaysia bersama beberapa buah kelab sebelum ini. Bintang kelahiran Brazil ini bagaimanapun mencuri tumpuan pasukan Harimau Selatan  yang akhirnya mendapatkan tandatangan beliau untuk memantapkan […]

Esteban Solari Diumum Selaku Jurulatih Baharu JDT

Pengendali baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari secara rasminya diumumkan selaku jurulatih pasukan bagi musim 2023. Bekas pemain kebangsaan Argentina ini sudah pun dimaklumkan bakal mengambil peranan Hector Bidoglio yang kini berperanan selaku pengarah teknikal skuad Harimau Selatan musim hadapan. Pengendali berusia 42 tahun itu merupakan pembantu jurulatih Argentina sebelum ini mendapat kepercayaan daripada […]