Izham Tarmizi Terima Beberapa Jahitan, Keadaan Dilaporkan Stabil

Penjaga gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan memberi kelegaan kepada ramai pihak mengenai status terbarunya. Beliau mencuri tumpuan semalam selepas hampir memberi khabar kurang baik apabila terpaksa diusung keluar ketika babak pertama perlawanan. Beliau dikesan berlaga dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar dalam kotak penalti Sri Pahang dan menyebabkan beliau terbaring. Penjaga gol […]

Debut Izham Tarmizi Bersama Sri Pahang Berakhir Dengan Tragedi

Kecederaan yang dialami oleh penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi sungguh mengerikan tatkala beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dengan kadar segera. Aksi yang melibatkan pertembungan antara Negeri Sembilan dan Sri Pahang itu berlangsung dengan cukup baik sebelum insiden tersebut mengubah wajah perlawanan. Keadaan ini terjadi melibatkan pertembungan antara penjaga gol yang dipinjamkan dari JDT itu […]

Sedih Lihat Nasib Ratchaburi

Persembahan pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC telah menimbulkan kegusaran tatkala mereka kelihatan seperti tidak mendapat rentak yang diharapkan. Paiskan yang diwakili oleh kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid kelihatan berdepan situasi sukar terutamanya dalam aksi liga ketika ini. Sungguhpun berjaya melangkah ke separuh akhir aksi Thai League Cup baru-baru ini, ia tidak cukup untuk membuktikan […]

Safee Sali Terharu Dengan Tindakan JDT & TMJ

Bekas penyerang berbisa Harimau Malaya, Safee Sali mengakui terharu dengan tindakan yang diusahakan oleh bekas kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam karier bola sepaknya. Beliau pernah menjadi antara penyerang paling digeruni semasa menyarung jersi Harimau Selatan itu mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. […]

Zamsaham Buka Mulut Tentang Kekalahan Pertama Kelantan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tampil menjelaskan keadaan susulan kekalahan pertama pasukannya di Liga Super musim ini. The Red Warriors terpaksa menelan hakikat apabila tidak dapat mengekang kebangkitan Kuching City sekaligus tewas 1-2 di hadapan penyokong setia di Kota Bharu. Walau bagaimanapun, Zamsaham tampil menyatakan bahawa para penyokong sendiri […]

Liga Super: Kelantan Tewas Mengejut Kepada Kuching City Di Laman Sendiri

Pasukan Pantai Timur, Kelantan FC memulakan aksi dengan langkah kiri apabila tewas kepada Kuching City FC. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad IV menyaksikan anak didik Choi Moon Sik turun dengan motivasi terbaik di hadapan ribuan penyokong. Namun begitu, pasukan pelawat tidak memberi laluan mudah apabila tampil penuh bertenaga untuk menyekat gerakan The Red […]

Bergson Terkejut Dengan Persembahan Terengganu

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui agak terkejut dengan aksi yang ditampilkan oleh Terengganu dalam aksi Piala Sumbangsih 2023 semalam. Beliau menjadi watak penting buat pasukan yang sekali lagi melakar kejayaan bermakna di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 2-0. Pemain kelahiran Brazil itu memulakan penampilan sulung musim 2023 dengan satu hantaran […]

Piala Sumbangsih: JDT Kekalkan Mahkota Kejuaraan Kali Ke-6 Berturut-Turut

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih apabila mencatatkan kemenangan ke atas Terengganu. Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar untuk terus mempertahankan mahkota kejuaraan tahun ke-6 berturut-turut. Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, anak didik Tano Solari memulakan aksi dengan lamgkah kanan apabila memperoleh jaringan menerusi tandukan Juan Muniz. […]

Info Siaran Langsung Piala Sumbangsih 2023: JDT vs Terengganu

Perlawanan pertama melibatkan pertembungan antara dua pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC bakal menghangatkan saingan musim 2023. Aksi Piala Sumbangsih ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kedua-dua pasukan dalam misi besar untuk memburu kejuaraan pertama musim ini. JDT dan Terengganu dibimbing oleh pengendali baharu bakal menjadikan aksi pertama ini sebagai […]

Paulo Josue Dah Tak Sabar Terima Kad Pengenalan Selaku Rakyat Malaysia

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue tidak sabar lagi untuk bergelar warganegara Malaysia. Beliau yang ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Karl Nunis ketika sesi latihan berkata, pihaknnya dan juga kelab sedang berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan hasrat ini. Pemain kelahiran Brazil ini memberitahu bahawa segala proses sudah diatur seperti perancangan sungguhpun hari […]

Kerjasama Strategik MFL & AEON BiG Bakal Rancakkan Liga Malaysia 2023

AEON BiG (M) Sdn Bhd hari ini telah mengumumkan perjanjian dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebagai penaja eksklusif Hipermarket untuk musim 2023. Kerjasama ini sekaligus bakal menyatukan sebuah hipermarket terkemuka di Malaysia dan sukan yang paling popular di negara ini, bersama MFL yang mengendalikan Liga Malaysia seperti Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. […]

Morris Pagniello Tak Pernah Jumpa Pemilik Kelab Berjiwa Besar Seperti TMJ

Morris Pagniello yang merupakan seorang ejen FIFA mengakui tidak pernah berjumpa dengan pemilik kelab yang memiliki jiwa yang besar seperti Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ). Beliau dalam satu hantaran di laman Instagramnya menyatakan kekagumannya terhadap usaha TMJ untuk membawa perubahan berskala besar kelab dan juga bola sepak Malaysia. Pagniello juga teruja […]

Pendedahan Mengejutkan Negeri Sembilan Tentang Usia Sebenar Casagrande

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC mengesahkan usia sebenar pemain import baharu mereka, Anselmo Arruda Da Silva sebenarnya bukanlah berumur 32 tahun. Beliau yang juga merupakan pemain import ke-4 buat pasukan Jang ditagih untuk menajamkan lagi barisan serangan pasukan bagi menghadapi musim 2023. Walau bagaimanapun, usia beliau mendapat perhatian ramai selepas pihak pengurusan Negeri Sembilan […]

Rize Dilantik Rakan Kerjasama Strategik MFL

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kini menerima satu lagi penaja bagi musim 2023 apabila mengumumkan kerjasama dengan Alrajhi Bank hari ini. Alrajhi dengan kerjasama sebuah bank digital inovatif di bawahnya yang dikuasakan oleh Al Rajhi Banking & Investment Corporation yang bersedia untuk merevolusikan perbankan abad ke-21 di Malaysia yang dikenali sebagai Rize MY. Alrajhi juga […]

Negeri Sembilan Bakal Miliki Pemain Naturalisasi Pertama?

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC difahamkan berpeluang untuk memiliki pemain naturalisasi pertama pada musim 2023. Menerusi beberapa laporan, skuad Hobin Jang Hobin akan menambah bilangan pemain import selepas bekas bintang Penang FC, Casagrande akan menjadi import terbaru mereka. Pemain berusia 32 tahun itu terkenal dengan jolokan ‘kepala emas’ dan sering menjadi igauan pertahanan lawan […]

Pertahanan JDT, Carli de Murga Sertai Kelantan

Pertahanan Johor Darul Ta’zim FC, Carli De Murga secara rasmi menyertai Kelantan bagi saingan musim 2023. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan antara bintang berpengalaman di Malaysia setelah beraksi bersama Terengganu dan juga JDT sebelum ini. Menurut satu kenyataan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman, beliau memaklumkan bahawa pasukan kini giat membawa masuk beberapa lagi pemain. […]