Tunku Ismail: Pemain Berjuta Boleh Beli, Padang & Gaji Tak Boleh Bayar

Pemilii Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap keadaan padang di Malaysia. Aksi tertunda Liga Super ke-9 menyaksikan pertemuan Perak menentang JDT terpaksa ditangguh sekali lagi susulan permukaan padang yang teruk. Perlawanan di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan aksi tersebut ditangguh kali kedua selepas hujan lebat […]

Liga Super: Aksi Perak-JDT Ditangguh Kali Kedua

Aksi tertunda Liga Super pada Sabtu menyaksikan Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) ditangguhkan kali kedua. Perlawanan ini sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lalu namun telah ditunda oleh Komisioner Perlawanan (KP) akibat hujan lebat yang turun di Stadium Ipoh ketika itu Aksi yang dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam telah ditangguhkan selama 30 minit meskipun […]

Nilai Pasaran Arif Aiman & Jese Rodriguez RM6 Juta

Perbezaan nilai pasaran dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Jese Rodriguez. Pemain berusia 22 tahun itu beraksi cemerlang ketika membantu skuad Harimau Selatan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE). Beliau berjaya meledak tiga gol dalam dua penampilan menentang Shanghai Port dan juga Shanghai Shenhua di laman sendiri. Berdasarkan kemas […]

Siaran Langsung Liga Super: Perak vs JDT (Live Streaming)

Aksi Liga Super Tertunda Minggu 9 menyaksikan pertembungan antara Perak menentang JDT. Skuad kendalian Hector Bidoglio masih segar dengan kejayaan menumpaskan wakil China, Shanghai Shenhua 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim. “Ia perlawanan penting bagi kami kerana mahu mengekalkan momentum kemenangan namun dalam membuat percaturan bagi menghadapi Perak, kami tetap berwaspada dengan taktik permainan lawan. “Mereka […]

Bekas Bintang Real Madrid, Jese Rodriguez Sertai JDT?

Bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez dilaporkan dalam perjalanan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 31 tahun itu telah bergelar ejen bebas selepas meninggalkan kelab Brazil, Coritiba FC pada awal tahun ini. Beliau memiliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak Eropah apabila pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti PSG, Real Madrid, Real Betis dan […]

3 Pemain Tinggalkan Kedah Serta-Merta

3 pemain memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman serta-merta. Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas hanya tiga kemenangan dalam 10 perlawanan yang diharungi. Krisis Sang Kenari berterusan apabila turun dengan hanya skuad B-23 ketika menentang KL City di Cheras dan tewas dengan keputusan 5-0. Beberapa pemain utama sudah mula memilih […]

Mahalli Jasuli Dedah ‘Saya Sebenarnya Keturunan Indonesia’

Bekas pertahanan kental Malaysia, Mahalli Jasuli mendedahkan bahawa beliau berketurunan Indonesia. Pemain berusia 35 tahun itu kini beraksi buat KL City dalam saingan Liga Super berkongsi kenangan manis bersama skuad kebangsaan. Beliau menjadi watak penting buat Harimau Malaya ketika era kegemilangannya apabila mengemudi bahagian pertahanan kanan dengan baik. Mahali yang juga bekas pemain JDT memaklumkan […]

Arif Aiman Jawab Spekulasi Masa Depan Di JDT

Pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menjawa spekulasi masa depannya bersama pasukan. Tonggak berusia 22 tahun itu menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan apabila menundukkan jaguh China, Shanghai Shenhua dengan keputusan 3-0. Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu beraksi cemerlang pada aksi pembukaan AFC Champions League Elite (ACLE) apabila […]

Kalahkan Borneo, Ranking KL City Naik 180 Tangga

Wakil Malaysia di Asean Shopee Cup, KL City berjaya melonjak 180 tangga selepas mengalahkan kelab Indonesia, Borneo FC Samarinda. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac cemerlang mengekalkan rekod bersih dengan dua kemenangan ke atas Kaya FC IloIlo dan Borneo Samarinda. The City Boys tidak goyah sungguhpun berdepan wakil Indonesia yang baru sahaja menewaskan kelab Singapura, Lion City […]

Tomislav Steinbruckner & Terengganu Berpisah

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner secara rasmi berpisah bersama kelab Pantai Timur. Berita ini dimaklumkan oleh Terengganu FC menerusi satu hantaran di laman media sosial yang menyaksikan Tomislav bersetuju untuk menamatkan kontrak beliau selaku ketua jurulatih. “Kelab Terengganu FC telah mengadakan satu perbincangan bersama pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner dan telah mencapai satu persetujuan bersama […]

3 Kelab Liga Super Dihukum

3 kelab Liga Super telah pun didenda oleh Badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB). FFP FIB telah selesai melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan fasa kedua yang diserahkan oleh kesemua kelab di Liga Super musim 2024/25. Berdasarkan penelitian terhadap semua kelab Liga Super, terdapat sepuluh (10) kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan […]

Siaran Langsung Liga Super: Terengganu vs Selangor (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-12 melibatkan pertemuan antara Terengganu menentang Selangor. Pertahanan Gergasi Merah, Ahmad Zikri Khalili optimis rakan sepasukannya bakal memberikan yang terbaik di Gong Badak. Pasukan dah bersedia menentang pasukan Terengganu dan kita dah ikut apa yang jurulatih Nidzam mahukan dekat pasukan. “Secara peribadi, saya sendiri dah kaji sikit untuk (melihat kekuatan dan kelemahan) […]

“Tawaran Zamsaham Tidak Realistik” – GSK

Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) menganggap bahawa tawaran pemilik kelab, Norizam Tukiman atau Zamsaham dianggap tidak realistik. Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pelabur The Red Warriors merangkap Pengerusi GSK, Nik Hafiz mengenai permintaan melampau oleh Zamsaham terhadap kelab tersebut. Katanya, GSK adalah gerakan sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dan menolak Zamsaham. […]

Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Kuching City (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 12 menemukan antara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kuching City. Skuad kendalian Hector Bidoglio masih belum tewas dalam mana-mana kejohanan musim ini manakala Kuching City memiliki momentuk baik di Liga Super. “Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, kesebelasan pemain hanya akan dapat ditentukan pada hari terakhir menjelang […]

Kelantan DN & 7 Pemain Berpisah Dengan Status Berbeza

Kelab Pantai Timur, Kelantan DN telah mengambil keputusan untuk melepaskan tujuh tonggak utama dengan status yang berbeza. Umum mengetahui bahawa jendela perpindahan kedua telah pun berakhir pada 22 September yang lalu dengan beberapa pasukan giat melakukan urusan jual beli pemain termasuklah Kelantan DN. Seramai lapan orang pemain terdiri daripada 3 pemain import dan lima pemain […]

‘Arif Aiman 2.0’ Dalam Pembikinan Di Kelantan

Bakat hebat seperti Arif Aiman kini sedang digilap dengan begitu baik di Kelantan. Baru-baru ini, aksi antara Kelantan Darul Naim (KDN) dan JDT menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar kemenangan besar 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim. Bakat baru yang menyerlah telah dipertaruhkan oleh Park Jae-hong apabila meletakkan pemain muda Syahir Abdul Rashid dalam kesebelasan utama. Beliau […]