Luqman Hakim: JDT & Selangor Pasukan Yang Sangat Bagus

Penyerang sensasi Njardvik FC, Luqman Hakim Shamsudin memberitahu bahawa dua pasukan Liga Super, JDT dan Selangor merupakan pasukan yang sangat bagus. Menerusi satu temubual bersama Astro Arena, penyerang muda negara itu kini sedang menjalani karier yang amat baik di Iceland setelah melengkapkan perpindahan dari KV Kortrijk secara pinjaman. Katanya, terdapat perbezaan yang ditunjukkan antara Liga […]
Naik Taraf Stadium Darul Makmur Menelan Belanja RM4.6 Juta

Stadium Darul Makmur kini dalam proses menaik taraf fasilitinya apabila sebanyak RM4.6 juta telah dibelanjakan bagi proses ini berjalan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh YB Fadzli Bin Mohamad Kamal yang merangkap Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang. Beliau memberitahu bahawa proses menaik taraf Stadium Darul Makmur kini dijalan secara […]
Bintang Baharu JDT Bakal Tiba Seawal Jun Ini

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan memantapkan skuad sedia ada dengan beberapa muka baharu seawal bulan Jun ini. Perkara ini telah pun disuarakan oleh pemilik kelab JDT, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenaan perkara ini. Menerusi satu perkongsian di laman Twitter baginda, TMJ memaklumkan bahawa terdapat beberapa […]
TMJ: Forum Dengan Penyokong Diperlukan Untuk Elak Kaki Kencing

Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), memberi pandangan tersendiri mengenai isu tawaran padang yang diberikan kepada setiap kelab di Malaysia. Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah memaklumkan bahawa akan ada usaha untuk membantu setiap kelab untuk mendapatkan pemilikan penuh stadium. Namun begitu, TMJ memiliki pandangan tersendiri berkenaan isu yang […]
“Bukan Saja Azam, Hafizal Pun Boleh Potong Liridon” – Zainal Abidin

Bekas ketua jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan merakamkan rasa kecewa terhadap aksi yang ditampilkan oleh perancang tengah Terengganu, Liridon Krasniqi. Pemain naturalisasi negara itu merupakan pilihan utama ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Namun begitu, beliau jelas gagal mempamerkan aksi yang sebenar apabila anak didik Fandi Ahmad mempamerkan belang untuk […]
“Faisal Halim Lebih Menyerlah Berbanding Import Selangor” – Zainal Abidin

Bekas ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan menyifatkan bahawa prestasi yang dipamerkan oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim adalah lebih baik daripada pemain import pasukan. Menerusi satu kenyataan di Astro Arena, pengendali berusia 60 tahun memaklumkan bahawa Selangor terlalu bergantung terhadap kudrat pemain berusia 25 tahun itu untuk memacu serangan pasukan. Katanya, jentera The […]
Sabah Papar Watak Sebenar Amri Yahyah

Pasukan Liga Super, Sabah FC telah pun membuat satu pendedahan terhadap perwatakan sebenar pemain berpengalaman pasukan, Amri Yahyah. Pemain berusia 42 tahun itu kekal bersama pasukan di bawah bayu itu untuk terus memacu cabaran pasukan pada musim 2023. Pengalaman dan juga kudratnya jelas memberi sumbangan yang amat besar untuk membantu The Rhinos memperbaiki kedudukan dalam […]
JDT Bakal Hantar Pemain Bantu Kelantan?

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) berkemungkinan akan memberi peluang kepada pasukan Kelantan untuk menggunakan khidmat pemain mereka bagi memantapkan pasukan. Ura-ura ini mula diperkatakan selepas perkongsian pemilik kelab, Norizam Tukiman menerusi laman Facebook beliau hari ini. Individu yang mesra disapa Zamsaham ini memberitahu bahawa ada peluang buat pasukan The Red Warriors diperkuat […]
Sebastian Avanzini Akui Bojan Hodak Hanya Perlukan 30 Saat Pujuknya Sertai KL City

Pertahanan tengah KL City FC, Sebastian Avanzini berkongsi kisah bagaimana ketua jurulatih The City Boys, Bojan Hodak hanya memerlukan 5 minit untuk meyakinkannya agar berpindah ke KL City. Menerusi satu temubual bersama The Tekkers, pemain kelahiran Itali ini sememangnya menjadi buruan pasukan yang berpangkalan di ibu kota itu pada awal musim. Bekas pertahanan Hobro di […]
Peminat Setia Terengganu Ini Kecewa Dengan Adisak Kraisorn

Salah seorang penyokong tegar pasukan Terengganu menzahirkan rasa kecewa terhadap persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharu pasukan, Adisak Kraisorn. Dalam satu temubual bersama segmen Ais Play Terengganu, peminat ini berkongsikan pandangan ikhlas beliau mengenai prestasi semasa pasukan Peteh. Katanya, sekiranya beliau diberikan peranan selaku jurulatih, ada beberapa perkara yang mahu diperbaiki dalam usaha meningkatkan mutu […]
Pengarah Teknikal Sabah Pelik Dengan Kenyataan Faisal Halim

Pengarah teknikal pasukan Sabah FC, Scott Ollerenshaw jelas kehairanan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain. sayap Selangor FC, Faisal Halim. Beliau telah pun memuat naik satu kenyataan sebagai respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain berusia 25 tahun itu baru-baru ini. Bintang bertubuh kecil itu ada memberitahu bahawa beliau jelas kurang senang dengan cara perlawanan […]
TMJ: Saya Harap Tiada Pihak Reka Cerita

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berharap agar tiada pihak yang cuba mengadakan-adakan cerita untuk menutup kegagalan pihak setiap tahun. Baginda menerusi satu ciapan di laman Twitternya memberi komen balas berkenaan dengan rentetan isu bermula dari kenyataan pemain sayap Selangor, Faisal Halim yang mengatakan bahawa ada […]
Azman Adnan Tersinggung Dengan ‘Siuu’ Amri Yahyah

Bekas penyerang lagenda Selangor FC, Azman Adnan menyatakan rasa dukacita terhadap tindakan pemain Sabah, Amri Yahyah. Beliau ketika bercakap kepada Astro Arena menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah tidak patut dilakukan oleh seseorang yang pernah menyarung jersi Selangor. Amri dikesan melakukan ‘siuu’ tatkala pasukannya mencatatkan kemenangan berharga 2-1 di laman sendiri menewaskan The Red Giants baru-baru […]
Liga Super: Terengganu Terkulai Layu Dibedil Sri Pahang

Pertembungan antara dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Sri Pahang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada pasukan pelawat. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata sementara Sri Pahang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah. Pada babak pertama, aksi berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun peluang terbaik yang dimiliki oleh anak didik […]
Terjahan Keras Rizal Ghazali Terhadap Faisal Halim Wajar Dilayangkan Kad Merah?

Perlawanan antara pasukan Sabah FC menentang Selangor FC berlangsung penuh tegang sebelum kemenangan berjaya dinoktahkan oleh tuan rumah dengan keputusan 2-1. Aksi penting tersebut jelas menimbulkan rasa kurang senang terhadap pemain The Red Giants termasuklah bintang sensasi pasukan, Faisal Halim. Dalam satu temubual selepas perlawanan semalam, pemain berusia 25 tahun itu menyatakan rasa kuranh senang […]
Faisal Halim: Kalau Saya Cakap ‘Direct’, Saya Tiada Duit Nak Bayar Denda

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim sukar untuk menyembunyikan kesedihan susulan kekalahan terhadap Sabah FC malam ini. Bintang sensasi The Red Giants ini berjaya meledak satu jaringan cantik namun masih tidak mencukupi untuk menyekat The Rhinos meraih 3 mata. Mengulas lanjut, bekas pemain Terengganu ini menyatakan rasa kurang senang terhadap perjalanan perlawanan yang berlangsung […]