Cubaan Sri Pahang Sambar Bekas Bintang Negeri Sembilan Tak Kesampaian

Pasukan Liga Super, Sri Pahang difahamkan berusaha untuk memantapkan jentera serangan pasukan bagi separuh kedua Liga Super. Skuad bimbingan Fandi Ahmad terpaksa melupakan khidmat Lucas Silva namun kecederaan pemain itu menyaksikan beliau gagak kembali ke prestasi terbaiknya. Menerusi satu perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, beliau memaklumkan bahawa Tok Gajah mempunyai dua calon untuk […]

R. Kogileswaran Bakal Sertai Sebuah Kelab Pantai Timur?

Sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur difahamkan menunjukkan minat untuk membawa pulang pemain sayap Malaysia, Kogileswaran Raj. Pemain berusia 25 tahun itu kini beraksi dengan kelab liga kedua Korea, Chungbuk Cheongju FC namun bergelut untuk merebut tempat. Kelibat beliau kali terakhir disaksikan pada bulan Mac lalu sebelum terus disisih oleh barisan kejurulatihan kelab. Kudrat […]

Bekas Penyerang Juventus Sertai Selangor

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC membuat keputusan untuk membawa masuk penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua Julai ini. Pemain yang dimaksudkan ini ialah Boakye-yiadom yang kali terakhir beraksi di Liga Libya bersama Al-Akhdar. Penyerang berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan […]

Nasib Berbeza Caion & Ayron Del Valle Di Liga Malaysia

Perjalanan yang ditempuhi oleh dua penyerang import Liga Super, Ayron Del Valle dan Herlison Caion cukup berbeza pada musim ini. Selangor membuat keputusan untuk membawa masuk bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Caion yang berhijarah ke seteru setempat, KL City. Keputusan The Red Giants nyata berbaloi apabila pemain berusia […]

“Bermain Di Malaysia Tak Semudah Yang Disangka” – Saddil Ramdani

Pemain sayap sensasi Indonesia, Saddil Ramdani yakin bahawa beraksi di Malaysia tidak semudah yang dirasakan kebanyakan orang. Beliau memberi penjelasan di ruangan Instagram Storynya tatkala keluhannya menggambarkan isi hatinya yang sudah lama terbuku. Pemain berusia 25 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya di Malaysia apabila sebelum ini pernah bersama Sri Pahang sebelum berhijrah ke Sabah […]

Kapten Kelantan Pula Angkat Kaki Tinggalkan Pasukan

Kapten Kelantan FC, Mario Arques menjadi individu seterusnya yang meninggalkan pasukan atas persetujuan bersama. Menerusi satu kenyataan oleh TRW Kelantan FC, pemain berusia 28 tahun itu sah bakal menyusul langkah rakan sepasukan untuk keluar meninggalkan pasukan. The Red Warriors kini menghadapi krisis dalam pasukan sehingga menyaksikan ramai bintang utama pasukan ‘angkat kaki’. Kelantan sempat merakamkan […]

Lim Teong Kim Tuntut Tunggakan Gaji Dari Perak

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim melakukan tuntutan terhadap bekas majikannya berhubung tunggakan gaji yang masih belum dilangsaikan. Pengendali berusia 59 tahun itu dibawa masuk oleh The Bos Gaurus namun tidak bertahan lama susukan prestasi yang kurang memberangsangkan pada separuh musim pertama Liga Super. Sungguhpun beraksi dengan baik, ia masih tidak dapat menjamin […]

Bekas Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan KL City FC

Kuala Lumpur City FC, Herlison Caion secara rasminya meninggalkan pasukan serta-merta. Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di bahagian serangan ketika bersama pasukan Selangor. Pemain berusia 32 tahun bagaimanapun tidak dapat menambat hati pengendali pasukan, Bojan Hodak apabila sering berada di bangku simpanan. Beliau tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya apabila seringkali masuk […]

Kelantan FC Terima Padah, Dilarang Bawa Masuk Pemain Baharu

Pasukan Liga Super, Kelantan FC menerima hukuman apabila pasukan tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang perpindahan pemain pada jendela perpindahan kedua. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menerusi satu surat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berdasarkan keputusan jawatankuasa tatatertib badan induk tersebut. Kelantan dikatakan gagal melunaskan tunggakan gaji […]

“Seluruh Penyokong Bola Sepak Terkejut Selangor Kalah Dengan PDRM” – Zainal Abidin

Bekas pemain Selangor, Zainal Abidin Hassan mengakui bahawa seluruh penyokong bola sepak terkejut dengan kekalahan Selangor menentang PDRM tempoh hari. Beliau merasakan rentetan kemenangan yang diperoleh Selangor seharusnya menjadi motivasi terbaik buat pasukan untuk membenam The Kops. Keadaan menjadi sebaliknya apabila anak didik Tan Cheng Hoe menampilkan aksi yang kurang memberangsangkan sekaligus ditundukkan oleh lawan. […]

“JDT FC Perlu Berubah” – Matyo

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha merasakan bahawa JDT perlu tampil dengan idea yang lebih segar menjelang sepak mula separuh kedua Liga Super. Perkara ini susulan pertembungan dengan pasukan Terengganu FC yang menyaksikan anak didik Tano Solari jelas tidak memperagakan aksi terbaik pada musim ini. Mengulas lanjut kepada Astro Arena, pemain kelab […]

Azraai Khor: Dia Main Tak Pakai Otak

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman, Azraai Khor Abdullah menyelar tindakan tidak profesional pemain sayap Penang ketika bertemu KL City semalam. Beliau yang menjadi pengulas di RTM membuat analisis terperinci berkenaan perlawanan tersebut sambil meluahkan kekecewaan dengan respon pemain berusia 25 tahun itu di atas padang. Pada perlawanan semalam, pemain ini dimasukkan pada babak kedua permainan […]

Tragedi Kad Merah Giancarlo Gallifuoco Undang Tanda Tanya

Kad merah yang dilayangkan oleh pengadil perlawanan terhadap pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco mengundang pelbagai persoalan. Kejadian ini berlaku ketika The City Boys menentang Penang FC di Stadium Bandaraya ketika perlawanan memasuki babak akhir permainan. Tindakan pemain kelahiran Australia itu untuk mengawal keadaan bertukar tragedi apabila hantarannya kepada penjaga gol pasukan, Azim Al-Amin agak […]

Kim Pan-gon Rancang Sesuatu Dengan Arif Aiman & Faisal Halim

Statistik luar biasa yang dipamerkan oleh duo Harimau Malaya, Faisal Halim dan Arif Aiman sekali lagi bakal menjadi strategi utama skuad negara di bawah kendalian Kim Pan-gon Jun ini. Kedua-dua pemain lincah ini berada pada kemuncak prestasi bersama pasukan masing-masing apabila tampil dengan aksi yang cukup memukau. Arif Aiman kini merupakan antara pemain tempatan paling […]

Tan Cheng Hoe Jumpa ‘Permata’ No. 6 Di Selangor FC

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe melakukan satu tugas yang cukup luar biasa di kelab apabila menemui seorang lagi permata yang mampu beraksi dengan cukup baik pada posisi nombor 6. Pengendali berusia 55 tahun itu telah pun merombak kesebelasan utama The Red Giants ketika mereka mencatatkan kemenangan besar 1-7 menumpaskan Kelantan United. Bekas jurulatih […]

Kekasih Pemain Sabah Dilaporkan Teruk Didera

Kekasih seorang pemain yang beraksi bersama pasukan Sabah FC dilaporkan cedera teruk akibat tindakan ganas pemain tersebut yang bertindak di luar jangkaan. Beliau yang juga dikenali sebagai Dr Hana Rose itu menjelaskan perkara tersebur di laman Instagram beliau , Dr Hana menjelaskan bahawa kecederaan tersebut adalah berpunca daripada tindakan teman lelakinya. Beliau sempat menuliskan pesanan […]