Gol Ketiga Perak FC Jadi Perdebatan Hangat

Pasukan Liga Super, Perak FC mencatatkan kemenangan penting namun gol ketiga yang dijaringkan pasukan menjadi tanda tanya. Beraksi di laman sendiri, The Bos Gaurus memanfaatkan peluang yang ada untuk meraih 3 mata penting untuk terus memperbaiki kedudukan liga. Gol ketiga pasukan bimbingan Yusri Che Lah bagaimanapun menjadi perhatian selepas jaringan Seo Seon-ung dikesan berada dalam […]

Siaran Langsung: Sabah vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Live Streaming Liga Super

Aksi ke-19 Liga Super menyaksikan pertembungan antara pasukan Sabah dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan anak didik Ong Kim Swee mahu mengekalkan rekod cemerlang apabila menang 4 daripada 5 aksi terakhir. Harimau Selatan juga memiliki rekod yang cukup baik berdepan The Rhinos apabila […]

Safee Sali Terpegun Dengan Arif Aiman

Pemain kebangsaan memiliki pandangan yang berbeza terhadap kemampuan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Bintang sensasi Malaysia itu kini dilabel sebagai calon terbaik untuk sekali lagi membawa pulang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia. Anak jati Pahang ini menjadi tunjang utama di bawah kendalian Tano Solari apabila diberi kepercayaan untuk menjadi […]

Liga Super: Kedah Mudah Jinakkan Sri Pahang Di Darul Aman

Selepas kekalahan mengejut kepada Perak FC minggu lalu dalam saingan Piala Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya menundukkan Sri Pahang 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kedah yang menurunkan kesebelasan terbaik mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gol pendahuluan apabila seawal […]

Liga Super: Selangor Kebal Di Laman Sendiri, Tewaskan KL City

Pertembungan Liga Super ke-18 antara pasukan menentang KL City berlangsung dengan cukup sengit di Stadium MBPJ. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik sungguhpun Selangor kehilangan beberapa tonggak utama di bahagian pertahanan. The City Boys turun dengan momentum terbaik di bawah kendalian pengendali baharu, Nenad Bacina. Percubaan tepat oleh KL City hadir menerusi sepakan percuma Paulo Josue […]

Kelantan FC Makin Rancak

Pasukan Liga Super, Kelantan FC kini kelihatan lebih meriah terutamanya menjelang pertemuan dengan Negeri Sembilan bagi aksi Liga Super berikutnya. Sungguhpun menghadapi pelbagai rintangan sejak awal musim, ia jelas tidak mematahkan semangat pasukan milik Norizam Tukiman untuk terus bersaing sebaik mungkin. The Red Warriors juga kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan lain dan […]

Isu Dana Kerajaan Negeri, Amirudin Shari Jawab Kemampuan Sebenar Selangor

Menteri Besar Sementara Selangor, YAB Dato’ Amirudin Shari akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemampuan pasukan untuk terus bersaing tanpa bantuan kerajaan negeri sepenuhnya. Menerusi satu penjelasan dalam segmen Keluar Sekejap (KS), Ahli Parlimen Gombak ini ditanya mengenai tawaran yang telah dikemukakan kepada pasukan The Red Giants sekiranya Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan kekal memimpin negeri tersebut. […]

Pengalaman Tembusi Pasaran Sepanyol Bantu Allee Putra ‘Hidupkan’ Kelantan

Kemunculan pemain muda baharu Kelantan FC, Allee Putra Azril ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai peminat bola sepak tanah air. Pemain berusia 18 tahun sudah menghabiskan dua musim bersama Akademi Malaga City di Sepanyol untuk terus mengembangkan potensinya di Eropah. Beliau juga merupakan antara 14 pemain terbaik Akademi Malaga City yang ditawarkan […]

Dominasi JDT Lonjak ‘Saham’ 3 Pemain Malaysia

Perkembangan positif Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan tiga pemain tempatan menerima kesan yang cukup memberangsangkan dari sudut nilai pasarannya. Pasukan milik DYAM TMJ kini menjadi satu-satunya pasukan yang beraksi secara konsisten apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua pertandingan musim ini. Gergasi Harimau Selatan juga berjaya mengetengahkan lebih ramai bakat muda ke […]

Faisal Halim Berjuang Sendirian

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim terus menjadi antara pemain tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super 2023. Bintang kelahiran Pulau Pinang ini melengkapkan perpindahan dari Terengganu dan terus memberi impak yang diharapkan oleh pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe. Kecemerlangan pemain bertubuh kecil ini menjadikan dirinya merupakan satu-satunya calon tunggal yang berjuang dalam carta […]

Rayuan Pengurangan Denda JDT Ditolak

Rayuan yang dibuat oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menerusi satu kenyataan oleh FAM, Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya. Hal ini susulan perbincangan beberapa isu penting termasuklah berkenaan pembakaran suar […]

FAM Ringankan Hukuman Faisal Halim

Hukuman yang diberikan kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim telah pun diberikan kelonggaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menerusi satu pengumuman oleh FAM, Mohamad Faisal Abdul Halim telah dijatuhkan hukuman penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023. Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 […]

Selangor Atur Rancangan Strategik Juarai Piala AFC 2027

Pasukan Gergasi Liga Super, Selangor FC kini mempunyai sasaran yang lebih besar dalam membawa nama pasukan dan juga Malaysia ke pentas tertinggi bola sepak Asia. Satu perkongsian telah dilakukan oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua merangkap Menteri Besar Selangor sementara, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari berkenaan hala tuju bola sepak Selangor bagi 5 […]

Persaingan Sengit Di Selangor Rebut Posisi Faisal Halim

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencari pengganti pemain sayap, Faisal Halim. Pemain lincah itu terpaksa diketepikan selam sebulan daripada skuad The Red Giants susulan hukuman penggantungan yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pengendali berusia 53 tahun itu dilihat mempertaruhkan perancang tengah, Mukhairi Ajmal untuk mengisi […]

Takahiro Kunimoto Telah Didaftarkan Dalam Skuad JDT?

Pemain tengah kelahiran Jepun, Takahiro Kunimoto difahamkan telah pun didaftarkan secara rasmi selaku pemain baharu JDT. Desas-desus mengenai ketibaan pemain berusia 25 tahun ke dalam skuad Harimau Selatan mula tular apabila beliau telah pun tersenarai dalam laman sesawang Transfermarkt. Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, ia seolah-olah memberi bayangan bahawa seorang pemain Jepun bakal […]

TMJ Sahkan Leandro Velazquez Kekal Di JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mengesahkan bahawa perancang tengah berpengalaman, Leandro Velazquez kekal milik pasukan. Pemain berusia 34 tahun itu disebut-sebut akan meninggalkan Harimau Selatan selepas kontraknya difahamkan telah pun tamat. Menurut sumber Transfermarkt, kontrak bintang kelahiran Argentina itu telah pun tamat pada 2 Ogos 2023 sekaligus menguatkan spekulasi perpindahan pemain ini. […]