Peminat Indonesia Terlalu Gembira Bertemu Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim melayani sambutan hangat yang diterimanya tatkala pasukannya kini berada di Indonesia. The Red Giants ke Aceh bagi satu aksi persahabatan bertemu Persiraja Banda Aceh. Perlawanan antara finalis Piala Malaysia 2022 menentang pasukan Liga 2 Indonesia itu berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada pasukan Selangor FC, 3-0. Faisal memainkan watak penting […]

Azrif Nasrulhaq Jaring Gol Roket

Kelibat pertahanan kental Sri Pahang FC, Azrif Nasrulhaq kembali meniti di bibir penyokong selepas beliau menjaringkan gol yang cukup bermakna buat pasukan. Pemain pinjaman JDT ini menjadi pilihan utama Fandi Ahmad untuk mengisi posisi pertahanan kanan pasukan. Peluang tersebut nyata tidak dipersiakan oleh pemain berusia 30 tahun itu apabila memainkan peranan yang cukup penting untuk […]

Sebuah Kelab Utara Tanah Air Dapatkan Khidmat Azraai Khor

Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Azraai Khor Abdullah bakal kembali mewarnai kancah bola sepak Malaysia. Pengendali berpengalaman itu difahamkan akan kembali menghangatkan kancah bola sepak tempatan apabila mengisi jawatan di sebuah kelab utara tanah air. Menerusi laporan eksklusif oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, bekas jurulatih berusia 72 tahun itu bakal dilantik […]

Ayron Del Valle ‘Potong’ Fernando Forestieri

Perebutan kasut emas Liga Super 2023 berlangsung rancak apabila penyerang sensasi Selangor FC, Ayron Del Valle kini memastikan kedudukannya dalam landasan terbaik. Bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Richmond Boakye. Pemain berusia 35 tahun itu mempamerkan kalibernya selaku peledak utama pasukan apabila menjaringkan 4 gol […]

TMJ: Mudah-Mudahan Ke Asia

DYAM TMJ menzahirkan penghargaan terhadap tentangan sengit yang dipamerkan oleh Kedah Darul Aman ketika mengikat JDT 3-3. Aksi rancak yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan bimbingan Nafuzi Zain menjaringkan gol saat akhir untuk mencuri satu mata. Sungguhpun mendahului dua gol, Harimau Selatan bangkit meledak 3 gol namun jaringan saat akhir Amirbek Juraboev […]

Kata-Kata Nafuzi Zain Jadi Kenyataan

Impian Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain untuk melihat pasukannya memungut mata berdepan juara bertahan Liga Super, JDT menjadi kenyataan. Sungguhpun Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 6-0 di laman sendiri sebelum ini, ia tetap tidak mematahkan semangat pengendali muda itu untuk terus menekan JDT. Beliau kekal optimis untuk membawa Sang Kenari memungut sekurang-kurangnya satu […]

Siaran Langsung Liga Super: Kedah vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi ke-21 Liga Super menyaksikan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam detik terbaik untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Pertemuan di Stadium Darul Aman ini bakal menyaksikan percaturan ampuh Tano Solari yang berada dalam misi untuk meraih kemenangan bersih musim ini. Sambil itu, pasukan bimbingan Nafuzi Zain tidak mahu […]

TMJ Namakan Individu Yang Paling Layak Jadi Pemilik Selangor FC

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ telah menamakan individu yang dirasakan paling layak untuk menjadi pemilik Selangor FC. Baginda menzahirkan pandangannya terhadap individu yang juga merupakan saudaranya iaitu Tengku Shakirinal Sulaiman Shah atau dikenali sebagai Tengku Nana. TMJ meninggalkan satu pesanan pada sebuah hantaran berkenaan temubual yang dilakukan oleh portal Harimau […]

Bekas Penyerang Juventus Ledak Hatrik, Selangor Selangkah Ke Asia

Bekas penyerang berbisa Juventus, Richmond Boakye terus mempamerkan bisanya di Liga Super apabila meledak hatrik berdepan Kelantan FC ketika menang 11-2. Kebangkitan luar biasa anak didik Tan Cheng Hoe bermula apabila ketinggalan 2-0 di tempat lawan sebelum membedil 4 gol pada babak pertama. Penyerang berusia 30 tahun itu mula mengganas pada babak kedua permainan apabila […]

Faisal Halim Sudah Kembali

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim kembali membuat kemunculan berdepan Kelantan FC dalam aksi Liga Super. Bintang Harimau Malaya itu menjalani penggantungan selama satu bulan oleh jawatan kuasa Tatatertib FAM sebelum ini. Beliau bagaimanapun akhirnya boleh menarik nafas lega apabila tempoh penggantungan tersebut telah berakhir. Perkara ini dilihat apabila beliau berada dalam senarai simpanan […]

JDT & Chanatip Songkrasin Sukar Dipisahkan

Pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga bintang kelahiran Thailand, Chanatip Songkrasin seakan sudah ditakdirkan. Menerusi pengundian yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 24 Ogos, Harimau Selatan dijadualkan berdepan lawan yang cukup hebat di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini. Diundi dalam Kumpulan I, pasukan bimbingan Tano Solari sekali lagi […]

5 Pemain Liga Malaysia Diseru Bersama Filipina

Pasukan kebangsaan Filipina telah mengumumkan bahawa 5 pemain dari Liga Malaysia bakal menyertai kem latihan pusat September ini. Seperti yang sedia maklum, terdapat aksi persahabatan FIFA bulan September sebagai persediaan terutamanya bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027. Oleh yang demikian, The Azkals membuat keputusan untuk memanggil barisan terbaik untuk mengharungi beberapa […]

Debaran Aksi JDT Di Asia Makin Membara

Perjalanan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan tatkala aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) bakal bermula tidak lama lagi. Pasukan kendalian Tano Solari sudah pasti mahu memperbaiki pencapaian hebat tahun lalu apabila mara ke pusingan kalah mati ACL 2022. Malah, prestasi memukau dalam aksi domestik musim ini sudah pasti memberi suntikan tambahan buat […]

“Mereka Berdepan Manusia Yang Sedang Bermaharajalela Di Atas Padang”

Persembahan yang ditonjolkan oleh barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sukar digugat oleh mana-mana pasukan ketika ini. Anak didik Tano Solari terus mempamerkan kaliber di atas padang termasuklah ketika membenam Kelantan dengan keputusan 10-0. Kekalahan besar itu menjadi pengajaran berguna buat skuad muda The Red Warriors yang rata-rata dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun. […]

Selangor Bakal ‘Gegar’ Indonesia

Pasukan Liga Super, Selangor FC akan bertemu dengan sebuah kelab Indonesia dalam satu aksi persahabatan. Menerusi satu kenyataan oleh Selangor FC, The Red Giants dijemput untuk untuk ke Indonesia bagi satu aksi persahabatan dengan pasukan Liga 2 Indonesia, Persiraja. Aksi yang berlangsung pada 27 Ogos di Stadium Harapan Bangsa, Bandar Aceh Indonesia itu sudah pasti […]

Media Madrid Terpesona Dengan Perkembangan JDT

Salah sebuah media terkemuka di Madrid, Diario AS terpesona dengan kemajuan yang dipamerkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Media yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol itu berkongsikan kisah kejayaan JDT yang kini mengemudi carta Liga Super 2023 dengan merekodkan 20 kemenangan berturut-turut. Rekod mengagumkan JDT di bawah kendalian jurulatih Argentina, Tano Solari […]