Heberty Nikmati Kehidupan Sempurna Di JDT

Penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes mengakui terlalu gembira beraksi bersama JDT pada musim ini. Pemain berusia 35 tahun itu dibawa masuk oleh pasukan pada jendela perpindahan kedua tempoh hari untuk memantapkan lagi jentera serangan pasukan. Beliau yang memegang status selaku penjaring terbanyak Liga Thailand menikmati permulaan cemerlang di Malaysia apabila menjulang […]

Penyokong Mengamuk ‘Hentam’ Kepala Pemain Kerana Raikan Gol

Seorang pemain terpaksa menelan hakikat dihentam oleh penyokong ketika beliau cuba meraikan jaringannya di hadapan penyokong bertukar tragedi. Keadaan ini berlaku dalam sebuah aksi yang difahamkan di Liga Jerantut selepas seorang pemain berjaya menjaringkan gol. Beliau sempat melakukan keraian hasil daripada jaringan tersebut namun keadaan yang tidak disangka-sangka kembali berlaku. Menerusi beberapa rakaman yang tular […]

Safee Sali: Pemain Buat Aduan, Kelab Kenakan Hukuman

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali mengingatkan para pemain agar tidak takut untuk membuat aduan bagi mempertahankan hak mereka sebagai seorang pemain profesional. Menerusi satu penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Safee melihat budaya menghukum pemain yang mempertahankan hak mereka adalah tidak sihat. Menurutnya, terdapat beberapa pemain yang tampil […]

Lee Tuck Bawa Haluan Baru Selepas Tinggalkan Liga Malaysia

Pemain naturalisasi negara, Lee Tuck berkongsi haluan baharu yang diceburinya selepas tidak lagi bersama mana-mana pasukan di Liga Malaysia. Bintang berusia 36 tahun itu kali terakhir menyarung jersi Kedah Darul Aman FC namun membuat keputusan untuk menamatkan kontrak lebih awal atas persetujuan bersama. Beliau juga membuat keputudan untuk pulang ke negara kelahirannya, England sekaligus menguatkan […]

Matthew Davies Lengkapkan Penampilan Ke-100 Buat JDT

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies merekodkan satu kejayaan bermakna buat pasukan apabila membuat penampilan ke-100 bersama pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu telah menyertai skuad Harimau Selatan pada tahun 2020 mengumpul kaps ke -100 ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 2 November […]

“Ada Sebab Terengganu Iringi JDT Ke Asia”

Persembahan yang ditonjolkan oleh wakil Malaysia di Asia, Terengganu FC meraih perhatian pemain berpengalaman yang beraksi buat kelab Filipina, Stallion Laguna. Menerusi satu kenyataan pada pra perlawanan tenpoh berdepan Terengganu tempoh hari, pemain yang dimaksudkan ialah kapten pasukan Stallion Laguna, Mattew Nierras yang mengagumi kekuatan pasukan Pantai Timur itu. “Apabila kami melihat Terengganu berjaya menewaskan […]

Khalid Samad Nafi Tunggakan Gaji KL City Cecah 4 Bulan

Isu yang membelenggu pasukan Liga Super 2023, KL City FC hangat diperdebatkan selepas berita mengenai tunggakan gaji mencecah 4 bulan disahkan tidak benar. Menerusi satu kenyataan bersama pihak pengurusan tertinggi kelab hari ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjelaskan bahawa pasukan itu tidak pernah mengalami tunggakan gaji dalam tempoh yang begitu lama. […]

Hong Wan & Feroz Disisihkan Dari Tugasan Kebangsaan Bersebab

Punca dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) disisihkan dari tugasan kebangsaan dengan alasan yang cukup kukuh sekaligus menyaksikan Malaysia terlepas khidmat dua pemain berbakat. Perkara ini disuarakan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ dalam satu wawancara bersama Nindia Bola tentang beberapa halangan yang menyebabkan sesetengah pemain JDT terpaksa pulang […]

“Nak Pintas PDRM Pun Tak Lepas”

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mengakui pasukannya tidak berupaya untuk memintas kedudukan pasukan di atas mereka walaupun pasukan PDRM pada musim ini. Pengendali berpengalaman itu menyaksikan pasukan bimbingannya tewas kepada Kedah Darul Aman dengan keputusan 3-0. Menerusi penjelasan kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, beliau berpuas hati dengan kemampuan pasukannya beraksi sungguhpun menghadapi […]

“Kelantan Perlu Terima Hakikat” -Matyo

Bekas bintang pasukan Kelantan FC, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pasukan tersebut terutamanya pihak pengurusan dan penyokong dalam menerima realiti pasukan ketika ini. Pemain berusia 37 tahun itu mempunyai pandangan tersendiri selepas melihat pasukan yang pernah diwakilinya dengan The Red Warriors kini terpelosok di tangga tercorot Liga Super. Prestasi longlai pasukan itu menyebabkan pasukan hanya […]

Keampuhan JDT Diuji Dalam Tiga Tugas Besar

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menempuhi satu lagi tempoh yang cukup padat apabil bakal beraksi dalam tiga kejohanan berbeza dalam tempoh yang cukup singkat. Semi finalis Piala Malaysia ini bakal melayan kunjungan Perak FC berbekalkan kelebihan jaringan setelah merekodkan kemenangan besar 4-1 di Ipoh tempoh hari. Situasi ini juga membolehkan skuad […]

Persaingan Sengit Buru Status Pertahanan Terbaik Liga Malaysia

Persaingan merebut status selaku pertahahan terbaik Liga Malaysia terus berlangsung sengit dengan beberapa nama besar disenarai pendek untuk merebut gelaran tersebut. Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) kembali merancakkan arena bola sepak Malaysia dengan beberapa 16 kategori dipertandingkan dengan dua kategori diperkenalkan. MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang […]

“Kelantan Nama Besar, Setiap Aksi Perlu Menang” -Khairul Fahmi

Bekas penjaga gol Kelantan FC, Khairul Fahmi Che Mat mengakui satu perasaan besar beraksi bersama pasukan Pantai Timur itu dengan harapan yang luar biasa untuk mencatatkan kemenangan setiap kali diturunkan. Menerusi satu perkongsian di audio siar Zamir Selamat, pemain berusia 34 tahun itu berkongsi perjalanan gemilang dalam kariernya selepas mencatat nama selaku lagenda bola sepak […]

TMJ Buka Mulut Tentang Kekalahan JDT Kepada Ulsan Hyundai

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi jawapan positif mengenai kekalahan pasukannya di tangan juara K League 1, Ulsan Hyundai. Pasukan bimbingan Tano Solari tewas dengan keputusan 3-1 namun kekal mempamerkan persembahan cemerlang dalam tiga aksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL). Bercakap dalam sesi audio siar di Keluar Sekejap, […]

Liga Super: JDT Dipaksa Bermandi Peluh Sebelum Tumbangkan Kelantan United

Hasrat Kelantan United untuk mengejutkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebentar tadi. JDT turun dengan gandingan Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo bagi merobek gawang Kelantan United dengan Bergson dan Arif Aiman berada di bangku […]

Liga Super: Kedah Nyalakan Misi Ke Asia, Tewaskan Negeri Sembilan

Hasrat Kedah Darul Aman untuk melangkah ke pentas Asia musim hadapan masih menyala apabila menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-0. Skuad kendalian Nafuzi Zain tetap menurunkan kesebelasan terbaik dengan Ifedayo, Amirbek dan Hidalgo mengetuai jentera serangan pasukan. Kedah tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila percubaan kencang kapten pasukan, Manuel Ott singgah di penjuru […]