“Tiada Jaminan Mana-Mana Pemain Dalam Kesebelasan Utama” – Tomislav Steinbruckner

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mahu anak-anak buahnya terus bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Jurulatih berusia 58 tahun itu mahu menilai para pemainnya ketika sesi latihan dan aksi pemanas badan bagi menentukan pemain yang layak untuk mengisi kesebelasan utama pasukan. ”Saya tidak boleh memberi sebarang jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada […]
4 Calon Jurulatih Selangor Tertiris, Miliki Aura Hebat Di Asia

4 orang jurulatih berprofil tinggi mula disebut-sebut untuk mengisi posisi selaku jurulatih baharu Selangor bagi musim 2024/25. Semuanya bermula apabila ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memilih untuk berpisah dengan The Red Giants dan berkelana di Thailand bersama Police Tero. Keadaan ini memaksa pasukan untuk melantik pengendali sementara, Nidzam Jamil yang juga merupakan penolong jurulatih sejak […]
Negeri Sembilan Pilihan Bekas Bintang Berbakat Kelantan, Ikhwan Yazek

Bekas pemain TRW Kelantan FC, Ikhwan Yazek memilih Negeri Sembilan sebagai pasukan baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Berita perpindahan ini disahkan oleh Negeri Sembilan FC dalam satu video yang dimuatnaik di media sosial rasmi pasukan. ”Ikhwan kini kembali menjadi sebahagian dari keluarga Negeri Sembilan FC,” tulis nsfc1923 di kapsyen. Di dalam video tersebut […]
Hasrat Kelab Malaysia ‘Pancing’ Mousa Al-Tamari Tersekat

Hasrat kelab Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Jordan, Mousa Al-Tamari tidak kesampaian. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting pasukan kendalian Hussein Ammouta apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas akhir Piala Asia 2023. Beliau juga memainkan peranan hebat ketika menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0 bagi aksi pertama peringkat kumpulan. Sebelum […]
Selangor Hilang Dua Penjaga Gol Dalam Satu Masa

Pasukan Liga Super, Selangor FC kehilangan dua penjaga gol berbakat dalam satu masa. Keputusan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel yang membawa haluan ke utara tanah air menyaksikan pasukan hanya memiliki tiga penjaga gol berbakat. Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan kepada Negeri Sembilan pada musim lalu berjaya menampilkan persembahan cemerlang. Beliau berjaya mencuri perhatian […]
Hadin Azman Sertai Negeri Sembilan

Pemain sayap lincah, Hadin Azman sah bakal menyarung jersi Negeri Sembilan FC bagi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Berita ini diumumkan melalui satu video pengenalan yang dimuatnaik oleh Negersi Sembilan Football Club di media sosial rasmi pasukan. Di dalam video berkenaan menampilkan pemain berusia 30 tahun ini mengenakan kit tuan rumah Negeri Sembilan musim lalu yang […]
Kedah Dapat Wang Ganjaran 7 Angka

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman mendapat sinar baharu apabila menerima wang ganjaran sebanyak tujuh angka untuk meneruskan perjuangan. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengharungi musim yang cukup baik apabila menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-4. Perjalanan hebat ini dibantu oleh barisan pemain muda dan berpengalaman untuk membawa cabaran Sang Kenari. Kejayaan menamatkan saingan […]
Heberty Puji Disiplin Tinggi Bergson Di JDT

Perancang berpengalaman pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes memuji disiplin yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan, Bergson Da Silva bersama pasukan. Pemain berusia 35 tahun itu tiba di JDT pada jendela perpindahan kedua musim lalu dan memberi impak segera bersama pasukan. Beliau menjadi watak penting di bawah kendalian Tano Solari untuk menggantikan peranan Leandro Velazquez. […]
Selangor Lepaskan Htet Aung Ke Seteru Liga Super

Pasukan Liga Super, Selangor FC telah melepaskan pemain import pasukan, Hein Htet Aung ke seteru Liga Super. Pemain kelahiran Myanmar itu menyertai The Red Giants kira-kira dua musim lalu namun gagal menyesuaikan diri dengan baik. Beliau telah dipinjamkan ke pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC dan menjadi watak penting bersama skuad Jang. Menerusi satu pengumuman […]
Terkini: Sri Pahang Sambut Kepulangan Manuel Hidalgo

Pemain sayap lincah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo kembali ke pangkuan bekas kelab, Sri Pahang FC. Pemain berusia 24 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu pasukan Harimau Selatan menerusi satu pengumuman tempoh hari. Beliau bagaimanapun sah meninggalkan Kedah Darul Aman selepas beraksi cemerlang musim 2023 untuk membantu pasukan menduduki tangga ke-4 Liga Super. […]
Syafiq Ahmad Dedah Perbualan Awal Dengan Nafuzi Zain

Penyerang berbisa pasukan Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad berkongsi perbualan awal bersama ketua jurulatih, Nafuzi Zain sebelum menyertai pasukan. Pemain berusia 28 tahun itu kembali bersama Sang Kenari bagi saingan Liga Super musim 2024/25. Beliau menyertai skuad kendalian Nafuzi Zain secara pinjaman daripada JDT sekaligus menyaksikannya pulang ke pangkuan kelab lamanya. Menerusi satu perkongsian […]
Perlis United Terima Tajaan RM25 Juta

Pasukan Liga M3, Perlis United menerima tajaan sekitar RM25 Juta sekaligus membuka peluang buat pasukan untuk beraksi di Liga Super bagi musim 2024/25. Menerusi satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa Perlis United FC (PUFC) diarah memenuhi syarat tambahan untuk layak menerima lesen luar biasa (extraordinary license) yang bersyarat. Hal ini bagi membolehkan […]
‘Saham’ Bintang Baru Selangor Mencanak Naik, Hampiri Kedudukan Jordi Amat

Nilai pasaran pemain baharu Selangor FC, Umar Eshmurodov meletakkan dirinya menghampiri kedudukan Jordi Amat selaku antara pemain paling bernilai di Liga Super 2023. Pemain berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Selangor dengan status besar apabila muncul pemain paling penting bersama skuad kebangsaan Uzbekistan. Bekas bintang Nasaf di Liga Uzbekistan ini melangkah keluar buat kali […]
Kelab Korea Mahukan Giancarlo Gallifuoco

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco difahamkan menarik minat kelab Korea Selatan untuk mendapatkan khidmatnya. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Vineshwaran berkenaan perkembangan pemain kelahiran Australia ini. Beliau sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk kekal beraksi di Liga Super Malaysia sejak tiba kali pertama pada tahun 2021. Watak penting […]
Syafiq Ahmad Pulang Ke Pangkuan Kedah

Peledak berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad secara rasminya pulang ke pangkuan Kedah Darul Aman. Pemain berusia 28 tahun itu dipinjamkan ke Sang Kenari dua musim lalu namun hanya bertahan setengah jalan. Desas-desus mengenai kepulangan beliau ke kelab utara tanah air itu bagaimanapun terjawab menerusi satu pengumuman oleh Kedah Darul Aman hari ini. […]
Penjaga Gol JDT, Haziq Nadzli Sertai Perak

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli secara rasminya menyertai Perak bagi musim 2024/25. Pemain berusia 26 tahun itu merupakan antara watak hebat bersama Harimau Selatan sejak menyertai pasukan pada tahun 2016. Bekas penjaga gol b-23 itu bagaimanapun menghadapi cabaran hebat untuk merebur posisi penjaga gol utama JDT. Menerusi pengumuman oleh laman Perak […]