Selangor Lepaskan 3 Pemain Ke Seteru Liga Super

Finalis Piala Malaysia 2022, Selangor FC membuat keputusan untuk melepaskan tiga bintang ke seteru Liga Super. The Red Giants sebelum ini terpaksa menerima hakikat apabila kehilangan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke Thailand bersama Police Tero. Perpindahan itu menyaksikan pasukan Lembah Klang itu membuat keputusan untuk melantik Nidzam Jamil sebagai pengendali baharu. Keadaan […]

4 Pemain JDT Berhijrah Ke Sri Pahang

4 orang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan untuk beraksi bersama Sri Pahang. Skuad Harimau Selatan telah pun melepaskan beberapa tonggak bagi musim baharu setelah membuat pengurangan bajet sekitar 40 peratus musim ini. “Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan […]

VAR ‘Ganti’ Penalti KL City

Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) telah membatalkan penalti yang mungkin diberikan kepada KL City ketika bertemu Negeri Sembilan. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menoktahkan kemenangan. Aksi itu bagaimanapun dihiasi dengan pelbagai insiden termasuklah pelanggaran penyerang berbisa The City Boys, Patrick Reichelt yang bertembung dengan perancang tengah Jang, […]

“Perkara Besar Akan Berlaku” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan sesuatu perkara yang besar akan terjadi. Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di Alicente, Sepanyol bagi menjalani aksi pra-musim di sana sejak 14 April yang lalu. JDT juga mempamerkan prestasi yang amat memberangsangkan selepas menundukkan dua lawan iaitu […]

Aksi Pra-Musim (Ujian Sistem VAR): KL City vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menemukan antara KL City dan juga Negeri Sembilan. Perlawanan yang berlangsung pada 22 April 2024 ini juga merupakan aksi penting apabila Video Bantuan Pengadil (VAR) akan diuji buat pertama kalinya. The City Boys kini berada dalam momentum terbaik selepas berjaya mengikat Gombak FC setelah mencatatkan kemenangan berdepan Melaka FC. […]

Sabah Terima Dana Tambahan RM5 Juta

Pasukan Liga Super 2024, Sabah FC difahamkan menerima suntikan tambahan sebanyak RM5 Juta bagi musim baharu. Perkara ini diumumkan menerusi laman rasmi The Rhinos tentang tajaan yang diberikan oleh Jetama Sdn Bhd. Syarikat itu difahamkan telah menyalurkan tajaan bernilai RM5 juta sekaligus menjadi penaja rasmi kepada Sabah FC bagi mengharungi  kempen Liga Malaysia 2024/2025. Presiden Persatuan […]

Pra-Musim: Kedah Tumpas Mengejut Di Tangan Penang 3-0

Aksi pra-musim 2024 mengundang sedikir kejutan apabila Kedah mengalami kekalahan di tangan Penang. Skuad kendalian Nafuzi Zain mengekalkan barisan terbaik sungguhpun turun tanpa kelibat penyerang utama pasukan, Syafiq Ahmad. The Phanters pula membariskan gabungan muka baharu dan lama yang diketuai oleh kapten pasukan, Rafael Vitor. Perlawanan berlangsung baik pada 25 minit pertama permainan dengan kedua-dua […]

KL City Lancar Jersi Baharu, Komen Tunku Ismail Curi Tumpuan

Finalis Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) FC telah melancarkan jersi baharu namun komen DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mencuri tumpuan. The City Boys telah melancarkan satu video pengenalan bagi memperkenalkan jersi baharu bagi kegunaan musim 2024/25. KL City dilihat tampil dengan pendekatan lebih berbeza apabila memperkenalkan corak jersi unik yang […]

Pra-Musim: Terengganu & Kedah Terikat Di Gong Badak

Aksi pra-musim 2024 antara pasukan Terengganu dan Kedah berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik. Aksi babak pertama memperlihatkan pertembungan kualiti yang seimbang antara kedua-dua pasukan. Anak didik Nafuzi Zain bermula baik menerusi serangan bertali-arus dengan gandingan Syafiq Ahmad dan Gordic […]

Jersi Garang KL City Terima Pujian Meluas Peminat

Corak garang dan kemas yang ditampilkan pada jersi KL City musim hadapan mendapat reaksi positif daripada para peminat bola sepak tempatan. Pada Jumaat, KL City telah melancarkan jersi tuan rumah, tempat lawan dan penjaga gol mereka yang baharu bagi musim 2024/2025 ini yang dihasilkan oleh jenama musim lalu, hndrd. Jersi kebanggaan The City Boys itu […]

“Kalau Pengadil Salah, FAM Akan Hukum” – S. Sivasundaram

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengadil yang melakukan kesilapan semasa mengendalikan sesebuah perlawanan. Perkara ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivansundaram ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Pengadil FAM 2024 yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya. Seramai 30 pengadil telah dipanggil yang terdiri daripada 27 orang […]

Pra-Musim: Kelantan Cipta Kejutan Tundukkan Kelab Thailand, Pattani 3-0

Kelantan Darul Naim merekodkan pencapaian membanggakan apabila mudah menundukkan kelab Thailand, Pattani FC dengan keputusan 3-0. Aksi pra-musim pertama Kelantan Darul Naim sempena pra musim 2024/25 bermula langkah kanan mengatasi Pattani FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah bermula pada pada babak pertama menerusi serangan yang digerakkan dari kawasan tengah […]

Senarai Penuh 7 Lawan Handalan JDT Di Sepanyol

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menempuh 7 perlawanan mencabar bagi aksi pra-musim di Sepanyol. Skuad kendalian Hector Bidoglio terbang ke Alicante, Sepanyol bermula 14 April 2024 dalam usaha memantapkan persiapan pasukan menjelang musim baharu. “Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjalani kempen pra-musim di Sepanyol dari 14 hingga 30 April […]

Kedah Bakal Uji Sebuah Pasukan Luar Negara

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman FC bakal menguji sebuah pasukan luar negara bagi musim 2024/25. Perkara ini dinyatakan oleh pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Daud Bakar menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini. Katanya, persediaan rapi bakal dilakukan buat pasukan kendalian Nafuzi Zain apabila bakal bersaing dalam aksi […]

Sabah Catat Keuntungan Lebih RM1.9 Juta Jualan Tiket Terbuka Liga Super 2023

Pasukan tangga ketiga Liga Super, Sabah FC mencatatkan keuntungan jualan tiket terbuka Liga Siper 2023 mencecah kira-kira 1.9 Juta. Skuad kendalian Ong Kim Swee merekodkan persembahan yang amat baik tahun lalu selepas terutamanya apabila berjaya mara ke pentas separuh akhir Piala AFC 2023 Zon Asean. Persembahan konsisten ini juga telah berjaya menarik sebilangan besar penyokong […]

Sri Pahang Hadapi Dua Aksi Pra-Musim Di Singapura

Singapura bakal menjadi destinasi pilihan Sri Pahang bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang kelab di sana menjelang saingan Liga Malaysia 2024-2025. Perkara ini diumumkan oleh Sri Pahang menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan yang memaparkan poster beserta jadual dua aksi pra-musim menentang Albirex Niigata dan Geylang International. Anak-anak buah Fandi Ahmad dijadualkan turun […]