“Saya Tunggu Awak Mickey”

Pemain Selangor mula menzahirkan rasa kerinduan terhadap watak Faisal Halim atau lebih mesra disapa Mickey. Tragedi yang melanda pemain berusia 26 tahun iru menggemparkan Malaysia apabila beliau diserang dengan menggunakan cecair yang dipercayai asid. Kejadian yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di Damansara kira-kira tiga hari yang lalu telah menyebabkan tonggak kebangsaan itu mengalami […]
JDT Buka Mulut Isu Akhyar Rashid, Faisal Halim & Safiq Rahim

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengulas mengenai isu keganasan yang muncul melibatkan beberapa pemain seperti Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaharu, Safiq Rahim. Minggu suram buat arena bola sepak Malaysia apabila satu demi satu kes keganasan yang mengancam nyawa dan keselamatan para pemain bola sepak negara berlaku dan yang terkini, pemain tengah JDT, […]
Selangor Lancar Kempen Solidariti Buat Faisal Halim

Berikutan insiden menyayat hati yang menimpa Faisal Halim, Selangor FC mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen solidariti bersama orang ramai. Menerusi hantaran di media sosial rasmi pasukan Selangor FC, satu kempen solidariti telah digerakkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa unsur keganasan tidak mempunyai tempat dalam sukan bola sepak. Kempen ini juga mengingatkan orang ramai […]
Cerita Lengkap Tragedi Simbah Asid Faisal Halim

Cerita lengkap mengenai tragedi simbah asid yang dialami oleh pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim akhirnya terjawab. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami detik hitam apabila beliau disimbah cecair yang dipercayai asid oleh individu yang tidak dikenali. Beliau kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di salah sebuah hospital di Shah Alam dan telah […]
Suspek Utama Dilepaskan Tapi Akan Ditahan Semula Kerana Positif Dadah

Suspek pertama yang melibatkan insiden simbahan asid terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim telah dilepaskan namun akan ditahan semula susulan positif dadah. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, beliau menjelaskan bahawa siasatan polis telah mendapati suspek sebenar kes itu menggunakan motosikal semasa kejadian menggunakan nombor pendaftaran palsu. Beliau turut memaklumkan […]
Selangor Tak Mahu Tarik Diri Berdepan JDT

Naib Juara Liga Super 2023, Selangor FC mengekalkan pendirian untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Piala Sumbangsih. Skuad Gergasi Merah berdepan cabaran hebat selepas kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan aksi pra-musim. Keadaan ini diburukkan lagi apabil insiden menyayat hati berlaku kepada pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang diserang individu misteri dengan cecair […]
Kes Simbah Asid Faisal Halim: Seorang Lagi Suspek Ditahan

Susulan kes simbah asid terhadap pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, seorang lagi suspek telah ditahan oleh pihak polis. Pemain berusia 26 tahun itu telah diserang secara mengejut oleh individu yang tidak dikenali apabila disimbah dengan cecair yang dipercayai asid. Keadaan ini menyebabkan tonggak kebangsaan itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah […]
Media Sepanyol Zahirkan Kerisauan Terhadap Keadaan Terkini Faisal Halim

Salah sebuah media di Sepanyol telah menzahiekan kerisauan terhadap perkembangan pemain sayap negara, Faisal Halim. Pemain berusia 26 tahun itu mengalami serangan simbahan cecair yang dipercayai asid pada bahagian kepala, tangan dan juga rusuk. Beliau kini telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Shah Alam dengan berada dalam pantauan Unit Rawatan Rapi (ICU). Pemain […]
CEO Selangor, Johan Kamal Jadi Sasaran Terbaru Simbahan Asid?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan menjadi sasaran terbaru simbahan asid. Perkara ini dilaporkan oleh Harian Metro mengenai kejadian ini, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai Selangor FC kepada Johan Kamal ketika melawat tonggak skuad Gergasi Merah, Faisal Halim yang dirawat di sebuah hospital swasta, semalam. Sumber itu memberitahu bahawa pegawai […]
Selangor Bayar Harga Mahal Dapatkan Reziq Bani Hani

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC difahamkan membayar harga mahal untuk mendapatkan khidmat Reziq Bani Hani. Penyerang kebangsaan Jordan itu sah menjadi milik The Red Giants pada saat akhir jendela perpindahan Liga Malaysia dibuka. Pemain berusia 22 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan kelab negaranya, Al-Faisaly untuk ke Liga Malaysia buat kali pertama. Menerusi […]
Giliran Akhyar Rashid Resahkan Kim Pan-gon

Giliran pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid memberi keresahan kepada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Terdapat dua insiden serangan yang menggemparkan Malaysia selepas Akhyar Rashid dan Faisal Halim diserang oleh pihak yang dikenali. Keadaan bertambah buruk apabila pemain sayap Selangor itu disimbah asid ketika berada di sebuah pusat membeli-belah Damansara sementara Akhyar diserang dengan […]
Tunku Ismail Bertemu Timbalan Ketua Polis Negara, Bincang Isu Keselamatan

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YDH DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara. Perkara ini dinyatakan oleh laman The Royal Johor mengenai pertemuan yang telah pun berlangsung pada hari ini, 5 Mei 2024. “Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima […]
Keadaan Terkini Faisal Halim Amat Menyedihkan

Keadaan sayap Selangor FC, Faisal Halim amat menyedihkan dan terpaksa melupakan bola sepak buat beberapa bulan mendatang. Pemain berusia 26 tahun itu menggemparkan negara apabila diserang individu yang tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara. Beliau diserang oleh individu yang menyimbah asid kepadanya selain difahamkan bahawa suspek telah menggunakan motosikal yang telah dicuri. […]
Identiti Penyerang Faisal Halim Dirakam CCTV, Guna Motosikal Curi

Identiti penyerang Faisal Halim berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam sebuah kejadian simbah asid yang berlaku di Lembah Klang hari ini. Kejadian yang berlaku di sekitar pusat membeli-belah di Damansara, Selangor itu menyaksikan sebuah insiden mengejutkan melanda pemain The Red Giants itu ketika keluar bersama keluarga. Beliau yang baru sahaja menamatkan sesi latihan bersama […]
Hannah Yeoh Buka Mulut Tentang Insiden Simbah Asid Faisal Halim

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan mengenai kes simbah asid yang membabitkan pemain negara, Faisal Halim. Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan serangan yang menimpa pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid yang diserang oleh individu yang tidak dikenali di Terengganu. Beliau mengalami kecederaan pada bahagian kepala susulan dihentak menggunakan cota serta kehilangan […]
Faisal Halim Disimbah Asid Di Pusat Beli-Belah Terkemuka

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menjadi mangsa seterusnya apabila disimbah asid hari ini. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mengenai perkhabar mengejutkan ini. Baru-baru ini, tular berita mengenai pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid dikatakan telah disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota. “Menurut laporan, Akhyar disamun di Tanjung […]