Kontrak Arif Aiman Bersama JDT Hingga Mei 2025?

Sebuah laman terkemuka bola sepak telah mendedahkan tempoh kontrak pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu muncul Peman Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ke-3 berturut-turut. Beliau menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan apabila menjulang 4 trofi pada musim lalu. Khidmat Arif Aiman ditagih untuk kekal […]

Dua Penyerang Berbeza Profil Dalam Radar Penang

Berikutan isu ketandusan jaringan, Penang FC mengambil langkah drastik dan difahamkan sedang menilai beberapa nama penyerang bagi memperkuat jentera serangan kelab utara tanah air itu. Masalah di bahagian serangan Penang telah bermula sejak awal musim lagi apabila hanya sekadar mencetak satu gol daripada 4 aksi Liga Super dan di saingan Piala Fa yang menyaksikan kelab […]

Tenunan Helang Inspirasi Jersi Ketiga Selangor

Naib juara Liga Super 2023, Selangor memperkenal jersi ketiga pasukan dengan beberapa corak dan motif yang mempunyai maksud tersendiri. The Red Giant sebelum ini sudah memiliki dua jersi untuk digunakan di laman sendiri yang berwarna merah sebagai warna dominan beserta belang kuning sementara jersi di tempat lawan pula menggabung warna kuning dan putih. Kini, bersempena […]

JDT Dapatkan 3 Pemain KL City Dengan Status Berbeza

3 tonggak finalis Piala FA 2023, KL City FC telah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status berbeza pada jendela perpindahan pertama. The City Boys kehilangan beberapa tonggak penting yang membawa haluan baru selepas musim 2024/25. Pencapaian membanggakan sejak tiga tahun kebelakangan ini membuka mata banyak kelab di Liga Super untuk mendapatkan khidmat tunjang utama […]

Stuart Ramalingam Jawab Status Masa Depannya Bersama MFL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Datuk Stuart Ramalingam menjawab mengenai masa depannya bersama badan pengelola liga tersebut. Umum mengetahui bahawa berita mengenai pengunduran diri beliau mula tular dalam kalangan peminat di laman sosial sejak kebelakangan ini. Beliau dalam satu kenyataan kepada MFL sendiri memaklumkan mengenai kedudukannya selaku CEO MFL ketika ini. “Ramai […]

“Kami Datang, Lihat & Takluk. Terima Kasih SSA” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam. Perkara itu dikongsikan oleh baginda menerusi satu hantaran di laman sosial hari ini. Umum mengetahui bahawa Stadium Shah Alam kini dalam proses perobohan selepas hampir beberapa tahun tidak digunakan. Langkah ini sebagai […]

Sebuah Syarikat Korporat Bantu Hidupkan Ekonomi Kedah

Khabar gembira buat pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) apabila sebuah syarikat korporat menghulurkan bantuan bagi menangani krisis kewangan kelab. Perkara ini dimaklumkan oleh Pemiliki Majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Daud Bakar ketika sesi sidang media berkenaan pelancaran jersi dan status perekonomian pasukan pada petang Khamis. Menurut beliau, musim […]

Penaja Utama ‘RM10 Juta’ Kedah Bakal Terjawab

Penaja utama pasukan Kedah Darul Aman FC yang bakal memberikan nilai tambah sekitar RM10 Juta bakal terjawab. Perkara ini disahkan oleh Pemilik Saham Majoriti KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar dalam satu kenyataan mengenai makluman Pelancaran Jersi dan Status Perekonomian KDA FC. Katanya, Sang Kenari Giat menjalankan pencarian untuk mendapatkan penaja utama […]

3 Tonggak JDT Beraksi Dua Pertandingan Dalam Tempoh Singkat

3 tonggak penting pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) beraksi dalam dua pertandingan dalam tempoh singkat. Skuad Harimau Selatan turun dengan misi besar apabila berjaya menundukkan Malaysian University dengan keputusan 5-0. Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio menurunkan kesebelasan berbeza menentang wakil Liga A1 tersebur dengan 11 pemain tempatan di atas padang. Pengendali kelahiran Argentina itu memberi ruang […]

Terengganu Nafi Berita Tomislav Steinbruckner Meninggal Dunia

Kelab Liga Super, Terengganu FC menafikan sekeras-kerasnya berita mengenai pemergian Ketua Jurulatih, Tomislav Steinbruckner. Baru-baru ini, satu berita telah tersebar mengenai khabar angin mengenai pengendali kelahiran Croatia itu yang dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan. Terdapat gambar dan hantaran yang dimuat naik di laman sosial ini sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Menerusi satu kenyataan oleh Pengarah Sukan […]

Berbincang Dengan FAM? Ini Respon Kobe Chong

Pemain warisan Malaysia, Kobe Chong telah berkongsi responnya mengenai desas-desus perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia. Beliau ketika ditemui oleh Keesh Sundaresan di Stadium Astro memberitahu bahawa beliau cukup teruja berada di Malaysia. Pemain berusia 22 tahun itu difahamkan pulang untuk melengkapkan dokumentasinya selain melihat peluang untuk beraksi bersama kelab di Liga Super Malaysia. Kobe […]

Seorang Lagi Bintang Timnas Indonesia Hampiri Liga Super Malaysia?

Seorang lagi bintang Timnas Indonesia dijangka bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia musim 2024/25. Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa watak Indonesia sudah pun menghangatkan saingan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara pemain yang mengukuhkan reputasi di Liga Super ialah kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga pemain sayap lincah Sabah, […]

Penyokong Selangor Terima Khabar Gembira Berdepan JDT

Penyokong Selangor menerima khabar gembira daripada Malaysian Football League (MFL) bagi aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Umum mengetahui bahawa MFL telah mengenakan 4 hukuman kepada Gergasi Merah susulan penarikan diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih tempoh hari. Perkara itu bagaimanapun telah dipertimbangkan semula dengan beberapa hukuman telah pun dibatalkan oleh MFL. Ahli Lembaga Pengarah Malaysian […]

Respon Positif Tunku Ismail Lihat Kemajuan Ranking JDT Di Asia

Respon positif telah ditunjukkan oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terhadap kemajuan ranking JDT di Asia. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini memgekalkan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan dalam semua kejohanan yang diharungi. Hal ini termasuklah ketika berjaya menundukkan kelab Liga A1, Malaysian University pada aksi […]

“Aksi Ada Siaran Langsung, Semua Orang Nampak Apa Dia Buat” – Razman Roslan

Bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan mengkritik tindakan pemain yang mula berkelakuan kurang sopan di atas padang. Baru-baru ini, terdapat beberapa insiden yang melibatkan pemain di Liga Super Malaysia yang gagal mengawal diri dan juga emosi mereka. Hal ini menyebabkan tindakan tersebut mendapat perhatian daripada peminat bola sepak tanah air yang gusar dengan tingkah laku pemain […]

JDT Tinggal Jauh Kawasaki Frontale & Al-Ittihad

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan pencapaian membanggakan apabila meninggalkan jauh dua seteru Asia iaitu Kawasaki Frontale dan juga Al-Ittihad. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam momentum terbaik apabila menundukkan pasukan Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0. Hal ini memastikan pasukan Harimau Selatan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan dalam semua pertandingan […]