Selamat Tinggal Jalil Elias?

Selamat tinggal Jalil Elias merupakan laungan yang menjadi tanda tanya peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini. Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim 2024/25 daripada kelab Argentina, San Lorenzo. Beliau bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama JDT dan hanya turun membuat satu penampilan sahaja musim ini. Ketua […]
Pemain Perancis, Enzo Lombardo Sertai JDT

Pemain kelahiran Perancis, Enzo Lombardo secara rasminya menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Tonggak berusia 27 tahun itu diumumkan sebaga pemain baharu dalam satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers. Beliau merupakan pemain berpengalaman di Sepanyol apabila beraksi bersama beberapa kelab terkemuka di sana. Kelab terakhir beliau ialah SD Huesca di La Liga 2 selain pernah membarisi […]
Giancarlo Gallifuoco Rekod 100 Aksi Di KL City, Mahu Kekal Hingga Bersara

Pertahanan kental KL City, Giancarlo Gallifuoco telah merekodkan pencapaian ke-100 bersama kelab dan berhasrat kekal sehingga bersara. Pemain kelahiran Australia itu menjadi tunjagmng penting bersama The City Boys memasuki musim ke-4 nya bersama pasukan. Beliau memberikan segalanya di atas padang untuk memastikan KL City menjadi pencabar hebat dalam mana-mana kejuaraan setiap musim. Aksi menentang Sri […]
Park Jun-heong: Terima Kasih Tunku Ismail, Impian Saya Jadi Kenyataan

Pertahanan baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Park Jun-heong berterima kasih kepada Tunku Ismail kerana merealisasikan impiannya. Pemain berusia 31 tahun menyertai skuad Harimau Selatan sebagai pertahanan baru pasukan bagi musim 2024/25. Beliau secara jelas mengungkapkan rasa teruja dan berbesar hati apabila dapat menyertai salah satu pasukan terbaik di Asia. Park turut merakamkan penghargaan kepada […]
JDT Ubah Tugas Shahrul Saad

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengubah tugas pertahanan kental, Shahrul Saad. Pemain berusia 31 tahun itu terus mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan. Peranan yang dimainkan oleh bekas pemain Perak FC ini bagaimanapun kelihatan sedikit berubah berbanding tugas yang digalas sebelum ini. Beliau dikesan lebih kerap beraksi pada posisi […]
Liga Super: Rekod Kehadiran JDT Terus Unggul, 3 Venue Catat Penurunan

Rekod kehadiran Liga Super mencatatkan perbezaan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul manakala 3 venue mencatatkan penurunan. Skuad kendalian Hector Bidoglio terus merekodkan sokongan hebat daripada peminat setia Harimau Selatan apabila merekodkan kehadiran tertinggi iaitu 21,365 orang. Sokongan padu ini diserikan dengan kemenangan 4-0 JDT ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim untuk melebarkan […]
Nidzam Jamil: Kita Nak Ada Di Tempat JDT & Terengganu

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil bercita-cita untuk membawa anak-anak buahnya ke satu tahap seperti JDT dan Terengganu setelah menewaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu, Gergasi Merah bangkit dari dua kekalahan lalu di tangan KL City dan Terengganu untuk menumbangkan Penang 4-1 di laman sendiri. Empat gol […]
Liga Super: Dua Penalti Hangatkan Kemenangan Selangor Ke Atas Penang

Selangor kembali mencatatkan kemenangan setelah menumpaskan Penang dalam aksi Liga Super pada Sabtu. Setelah mencatatkan 2 kekalahan berturut-turut di tangan KL City dan Terengganu minggu lalu, Selangor kembali ke Stadium MBPJ dengan misi untuk bangkit meraih tiga mata dalam saingan liga. Penang pula yang berehat seminggu bagi memberi laluan kepada kempen Piala FA berhasrat bagi […]
JDT Umum Ketibaan Park Jun-heong

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain Korea Selatan, Park Jun-heong. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi rekrut terbaru skuad Harimau Selatan. Bekas tonggak kelab Thai League barsama Ratchaburi FC itu secara rasminya memperkuat JDT bagi pertengahan saingan musim 2024/25. Beliau memiliki pengalaman […]
Arif Aiman Dalam Radar Kelab Iran?

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilaporkan berada dalam radar kelab Iran. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama buat Harimau Selatan dan juga skuad kebangsaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau bagaimanapun mula dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara apabila tersebar khabar angin terbaru mengenai masa depannya. Salah sebuah […]
Yusri Che Lah: Cakap Lebih Kena Gantung

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah tidak mahu bercakap lebih kerana berisiko digantung. Jurulatih muda itu memastikan The Bos Gaurus mencatatkan kemenangan ke atas Kelantan DN dengan keputusan 3-1. Kejayaan itu bagaimanapun diburukkan apabila kapten Perak FC, Luciano Guaycochea dilayangkan kad merah pada masa kecederaan babak kedua. Beliau dikesan cuba melewatkan permainan apabila tidak meneruskan […]
“Siapa Pencabar Sebenar JDT? Tak Ada”

Tiada mana-mana pasukan yang dilihat mampu mencabar keupayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini. Perkara ini disuarakan oleh bekas penjaga gol negara, Syed Adney Syed Hussein ketika mengulas mengenai perlawanan antara JDT dan Terengganu di Sukan RTM. Katanya, sungguhpun ramai mengatakan bahawa pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner merupakan pencabar terbaik namun beliau tidak dapat melihatkan pada […]
Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 6 melibatkan pertembungan antara Selangor dan juga Penang FC. Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan persembahan terbaik namun menghadapi siri kekalahan dalam beberapa aksi terakhir. Penang pula kebal apabila hanya merekodkan satu kekalahan daripada 5 perlawanan liga yang telah diharungi dengan Ketua Jurulatih, Akmal Rizal optimis peranan berbeza ditampilkan di MBPJ. “Kita […]
Liga Super: Penalti Saat Akhir Kuching City Ranap Impian Kedah

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencipta kemenangan di laman sendiri tidak menjadi kenyataan apabila diikat Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Kedah meletakkan duo penyerang iaitu Milos Gordic dan Ebenezer Assifuah manakala Jordan Mintah menjadi harapan Kuching City di bahagian […]
Liga Super: JDT Benam Terengganu 4-0

Aksi minggu 6 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan kekalahan pertama Terengganu dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan kencang Heberty Fernandes seawal minit ke-6. Terengganu bergelut tanpa kelibat Akhyar dan Safawi Rasid pada bahagian serangan dengan Ismaheel Akinade kurang mendapat sokongan. Kesilapan daripada pertahanan […]
Zainal Abidin Kesan Perbezaan Safawi Rasid Di JDT & Terengganu

Lagenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mengesan perbezaan Safawi Rasid ketika berada di JDT dan juga Terengganu. Pemain berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke kelab negeri kelahirannya pada musim ini setelah berdepan saingan sengit untuk mendapatkan tempat di JDT. “Kita tahu siapa Safawi Rasid. Kita nampak beliau bermain di JDT dikelilingi oleh pemain-pemain […]