Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Terengganu (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 8 melibatkan pertembungan antara KL City dan Terengganu FC. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner sudah melakukan rancangan untuk kembali bangkit susulan tersingkir pada peringkat separuh akhir Piala FA. KL City pula dalam momentum cemerlang selepas membenam cabaran Sabah FC dengan keputusan 3-0 di laman sendiri. Kelebihan beraksi di Stadium Cheras sudah pasti […]

Kalamullah Terduduk, Warganet Beri Kata Semangat

Penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz dilihat terduduk selepas pasukannya tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di antara kedua-dua pasukan pada Jumaat. Ternyata bukanlah satu tugas yang mudah buat Kalamullah untuk menahan setiap serangan daripada barisan pemain bintang JDT dan ianya terbukti apabila enam jaringan membolosi […]

Siaran Langsung Selangor vs Kelantan Darul Naim (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 8 bakal melibatkan pertemuan antara Selangor dan Kelantan Darul Naim. Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mahu anak buahnya untuk mengekalkan momentuk cemerlang selepas menundukkan Terengganu pada aksi separuh akhir Piala FA 2024. “Kita akan meneruskan momentum kemenangan ketika berdepan Kelantan kerana kita mahu kukuhkan kedudukan dalam Liga Super dan terus […]

Liga Super: JDT Pesta Gol Benam Kedah Darul Aman

Aksi Liga Super antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kedah Darul Aman memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 6-0. Perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi rembatan kencang Bergson Da Silva seawal minit ke-7. Usaha itu diteruskan oleh JDT apabila penyerang Brazil itu sekali lagi membolosi […]

Nilai Pasaran Arif Aiman & Akhyar Rashid Catat Jurang Besar

Nilai pasaran yang direkodkan oleh dua pemain sayao Malaysia, Arif Aiman dan Akhyar Rashid mencatatkan jurang ketara. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama di bawah kendalian Hector Bidoglio. Akhyar yang kini dipinjamkan ke Terengganu FC bersama Safawi Rasid mula mencatatkan pencapaian membanggakan. Arif telah merekodkan satu gol dan 4 bantuan gol setelah pulih […]

Siaran Langsung Liga Super: JDT vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 8 melibatkan pertembungan antara JDT dan juga Kedah Darul Aman FC. Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain sebelum ini tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sungguhpun tewas kepada skuad Harimau Selatan. “Saya lihat untuk dua aksi separuh akhir Piala FA ini kami bermain dengan baik & memberi saingan yang agak […]

5 Fakta Menarik Tentang Aksi JDT vs Kedah Darul Aman Malam Ini

5 fakta menarik tentang pertemuan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Kedah Darul Aman malam ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan momentum cemerlang pada musim ini apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan pada musim ini. JDT juga telah merekodkan dua kemenangan dalam aksi sebelumnya iaitu pada aksi separuh akhir Piala FA 2024 dengan keputusan 2-1 […]

Ranking Terengganu Di Asia Melonjak Tinggi

Ranking finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC melonjak tinggi di Asia. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala FA 2024 namun terpaksa akur kepada Selangor FC. Kemajuan skuad Peteh di Asia terus terserlah apabila terus mencatatkan perkembangan positif berdasarkan. kemas kini ranking di Asia. Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan […]

Jordi Amat Resahkan Kem JDT

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat memberi keresahan kepada kem JDT menjelang pertemuan dengan Kedah Darul Aman. Pemain berusia 32 tahun itu berada dalam kesebelasan utama Harimau Selatan ketika bertemu Sang Kenari namun terpaksa dikeluarkan pada babak kedua. Beliau terus menjadi pilihan utama oleh Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio yang meletakkan sebagai pertahanan tengah […]

Punca Ketiadaan 4 Tonggak Sabah Terjawab

Punca ketiadaan 4 tonggak Sabah akhirnya terjawab. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan ketiadaan beberapa tonggak utama menjejaskan persembahan anak buahnya. Beliau menjelaskan kekalahan 3-0 di tangan KL City itu sukar dibendung setelah pasukannya beraksi babak kedua dengan 10 pemain. Keadaan bertambah buruk apabila pemain utama cedera sekaligus memberikan kekalahan kedua kepada Sabah […]

Kuching City Bawa Rekod Hebat Bertemu Penang

Kuching City membawa rekod hebat apabila bakal melayan kunjungan Penang FC. Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak berada pada momentum luar biasa apabila merekodkan dua kemenangan, 4 keputusan seri dan satu kekalahan. Kuching City kini menghuni tangga ke-5 Liga Super dan menjadi antara 4 pasukan dengan kekalahan paling rendah bersama JDT (0 kelalahan) dan dua pasukan […]

Seorang Lagi Penjaga Gol Dikaitkan Ke JDT

Seorang lagi penjaga gol dikaitkan untuk menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dinyatakan oleh wartawan terkemuka, T. Avineshwaran berkenaan khabar angin perpindahan jendela kedua. Sebelum ini, skuad Harimau Selatan telah mengumumkan ketibaan penjaga gol kacukan Malaysia-Sepanyol, Christian Abad Amat. Laporan terbaru menyaksikan JDT dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol KL City, Azri […]

8 Kelab Liga Super Lengkap Laporan FFP FIB

8 kelab Liga Super berjaya melangkapkan laporan FFP FIB Fasa Pertama Musim 2024/25. Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB) telah melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan yang diserahkan oleh semua kelab Liga Super sebelum tarikh akhir 16 Julai 2024. Pemeriksaan serahan laporan kewangan kelab Liga Super adalah proses fasa pertama dalam pengenalan peraturan FFP […]

Haqimi Azim Dikaitkan Ke Selangor

Penyerang muda Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim dikaitkan menarik minat kelab Liga Super, Selangor FC. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak penting The City Boys musim ini selepas beberapa pemain meninggalkan pasukan. Menerusi satu laporan oleh wartawan terkemuka, T. Avineshwaran, beliau memaklumkan bahawa Selangor tertarik untuk mendapatkan khidmat penyerang muda negara ini. “Selangor […]

3 Pemain Kebangsaan Jordan Jadi Taruhan Selangor

Tiga pemain berstatus bintang kebangsaan Jordan bakal menjadi taruhan Selangor untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Selangor sebelum ini memiliki jeneral tengah kebangsaan Jordan, Noor Al Rawabdeh yang berjaya membantu The Red Giants meraih gelaran naib juara musim lalu. Noor mencatatkan 28 penampilan dan berjaya mencetak lima gol selain melakukan tiga bantuan jaringan sepanjang musim […]

KL City Didenda RM50,000, Lesen AFC Dibatalkan

Finalis Piala AFC 2022, KL City FC menerima tamparan hebat apabila didenda RM50,000 dan lesen AFC dibatalkan. Perkara ini diumumkan oleh First Instance Body (FIB) berkenaan hukuman yang telah dijatuhkan ke atas kelab Ibu Kota tersebut. “Selepas selesai siasatan terhadap Kuala Lumpur City FC (KL City FC) seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa‬ First‬ Instance‬ Body‬ […]