Dua Penjaga Gol Malaysia Dijangka Bawa Diri Ke Kelab Baharu

Dua penjaga gol Malaysia dijangka membawa haluan ke kelab baharu. Baru-baru ini, tular penjaga gol Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz telah meninggalkan pasukan atas bersetujuan bersama. Tonggak utama Sang Kenari itu menjadi watak penting di bawah kendalian Nafuzi Zain namun membuat keputusan untuk membawa haluan baharu. Beliau dijangka bakal membawa diri ke Lembah Klang untuk […]

Import Jordan Dalam Perjalanan Ke Selangor, Pengganti Segera Reziq?

Seorang import Jordan difahamkan dalam perjalanan ke Selangor dan berpotensi menjadi pengganti segera Reziq Bani Hani. Pemain berusia 22 tahun itu meninggalkan Gergasi Merah secara mengejut untuk pulang beraksi di Jordan bersama Al-Hussein SC. Tonggak lincah itu bersaing hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan hanya membuat 7 penampilan dalam saingan Liga Super […]

Fokus Besar Iker Undabarrena Di JDT

Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Iker Undabarrena membawa fokus besarnya bersama pasukan. Tonggak berusia 29 tahun itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan dari kelab LaLiga, CD Leganea bagi jendela perpindahan kedua. Pemain kelahiran Sepanyol ini melakukan debutnya ketika menentang Penang FC yang berkesudahan dengan kemenangan 5-0 memihak tuan rumah. Beliau memainkan peranan […]

“Ini Pengalaman Berguna Buat Pemain Kedah” – Nafuzi Zain

Pengendali Kedah, Nafuzi Zain melihat kekalahan di tangan KL City dalam aksi Liga Super sebagai satu pengalaman berguna buat anak-anak buahnya. Pada aksi tersebut, Kedah yang menampilkan barisan pemain muda terpaksa akur tumpas dengan keputusan 5-0 hasil gol Paulo Josue, Zhafri Yahya, Jovan Motika dan jaringan sendiri. Menurut Nafuzi, beliau secara peribadi tidak meletakkan sebarang […]

Liga Super: KL City Selesa Tundukkan ‘Ubi Muda’ Kedah

Pertembungan menarik melibatkan KL City dan pasukan utara tanah air, Kedah dalam saingan Liga Super pada Sabtu menyaksikan kemenangan diraih skuad Warga Kota. KL City yang menewaskan Kaya FC dalam kempen Shopee Cup sebelum rehat antarabangsa akan berdepan ujian dari Kedah yang ketika ini dipalit beberapa isu luar padang. Penyerang berpengalaman, Paulo Josue kekal mengetuai […]

Adib Ra’op Pilihan Utama Safee Sali, Atasi Tonggak JDT & Selangor

Lagenda bola sepak Malaysia, Safee Sali memilih pemain Penang, Adib Ra’op berbanding tonggak JDT dan Selangor. Beliau dalam satu konten bersama Astro telah menyusun 10 pertahanan terbaik menurutnya dalam kancah Liga Super Malaysia. Beberapa keputusan oleh lagenda JDT ini mencuri perhatian ramai terutamanya memilih Adib sebagai pemain paling berpotensi pada masa hadapan. Safee menganggap bahawa […]

Persiapan Sabah Diuji Hebat

Pasukan Liga Super, Sabah FC menerima tamparan hebat apabila kehilangan tonggak penting menjelang aksi berdepan Terengganu. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam misi untuk kembali mendapatkan momentum terbaik selepaa tewas beberapa perlawanan. The Rhinos tewas tiga perlawanan daripada 5 aksi terakhir dan mahu bangkit untuk mengutip mata berdepan pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner. Sabah bagaimanapun […]

KL City Bertemu Kedah Tanpa Dua Tonggak Utama?

KL City berisiko kehilangan dua tonggak utama menjelang aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman di Stadium Cheras pada Sabtu. Menurut pengendali KL City, Miroslav Kuljanac, skuadnya kini mengalami isu kecederaan melibatkan beberapa pemain yang menggusarkan beliau untuk melakukan persiapan. ”Kami mengalami beberapa kecederaan dan saya berharap pada Sabtu semuanya berada dalam keadaan baik, mereka […]

Siaran Langsung Liga Super: KL City vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-10 menyaksikan pertembungan antara pasukan KL City menentang Kedah Darul Aman. Skuad kendalian Miroslav Kuljanac optimis memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan penyerang muda, Haqimi Azim menyatakan kesediaan penuh berdepan Sang Kenari. “Syukur Alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan […]

Nidzam Jamil: Selangor Tampil Berbeza Atasi Kuching City

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil meluahkan kelegaan setelah melihat anak-anak buahnya tampil penuh kelainan ketika menundukkan Kuching City dalam aksi Liga Super pada Jumaat. Pada aksi tersebut, empat jaringan masing-masing daripada Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Umar Eshmurodov dan Alvin Fortes memastikan tiga mata milik Gergasi Merah di laman sendiri. Menurut Nidzam, kemenangan yang diraih di Kelana […]

Kenyataan Rasmi Selangor FC

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC telah membuat kenyataan berhubung dengan pertukaran jadual menentang Terengganu. Baru-baru ini, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung perubahan jadual aksi yang telah ditunda. Ia melibatkan juga pertembungan antara dua gergasi Liga Super, Selangor dan juga Terengganu yang dianjak aksinya lebih lewat. “Perlawanan LS11 Terengganu FC […]

“Bagi Dia Ruang Dalam Kotak Penalti, Habis”

Bekas jurulatih berpengalaman negara, Irfan Bakti memuji kualiti penyerang baharu JDT, Jorge Obregon. Tonggak kelahiran Colombia itu baru sahaja menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua daripada kelab Croatia, HNK Rijeka. Pemain berusia 27 tahun itu tampil cemerlang untuk memastikan kemenangan besar 5-0 ke atas Penang dan menyumbang dua jaringan. Menurut pemerhatian Irfan Bakti, […]

Thierry Henry Puji Gol Cantik Jordan Mintah

Lagenda Arsenal, Thierry Henry memuji jaringan canrik yang dihasilkan oleh bekas penyerang Terengganu, Jordan Mintah. Pemain itu kini beraksi bersama Kuching City itu pernah mencipta fenomena apabila jaringannya bertemu Kelantan FC telah membuka mata dunia. Menerusi satu video reaksi oleh Stadium Astro, jaringan tonggak berusia 28 tahun itu menerima pujian bekas jurulatih Perancis B-23 itu. […]

Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Kuching City (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-10 menyaksikan pertembungan antara Selangor dan Kuching City. Perancang tengah Selangor FC, Orozco menyifatkan The Cats bukan saja tersusun dari segi corak pertahanan namun pasukan itu juga mempamerkan semangat juang tinggi dalam setiap aksi yang disertai mereka. Beliau juga mahu mahu rakan sepasukannya berjuang habis-habisan bagi memastikan tiga mata menjadi milik Merah Kuning. “Kita […]

“Struktur JDT Jadi Panduan Terbaik Di Liga Malaysia” – CEO MFL

Pengurusan cemerlang yang dimiliki oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima pujian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL. Perkara ini dinyatakan oleh CEO badan induk tersebut iaitu Giorgio Pompili Rossi ketika satu sesi ramah mesra hari ini. Beliau mengakui teruja untuk mengemudi MFL dan mahu menganalisis secara terperinci permasalahan utama liga sebelum melakukan […]

4 Pemain Tumpuan Aksi Selangor vs Kuching City

Bekas pertahanan Selangor, Razman Roslan menilai empat pemain Kuching City yang perlu diberi perhatian menjelang aksi Liga Super pada Jumaat. Selangor dan Kuching City bakal berentap dalam aksi Liga Super minggu ke-10 di Kelana Jaya setelah tamat tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan masing-masing. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah dalam saingan suku akhir Piala FA […]