Lim Teong Kim: Datang Tempat Kami, Saya Bagi Mereka Main

Ketua jurulatih baharu Perak FC, Lim Teong Kim memberi bayangan untuk memantapkan pasukan dengan kudrat pemainn tempatan pada musim hadapan. Beliau yang memiliki pengalaman luas bersama pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich di Jerman akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Pihak pengurusan baharu Perak dilihat berjaya membuka pintu hati Teong Kim untuk membimbing pasukan […]

Liga Premier: Kelantan Tewas Mengejut Kepada Selangor Di Laman Sendiri

Perlawanan ke-17 Liga Premier menyaksikan Kelantan tumbang di laman sendiri apabila mereka dikejutkan oleh Selangor II dengan keputusan 0-2. Kedua-dua pasukan bermula baik apabila serangan awal dimulakan oleh barisan serangan tuan rumah untuk mencari gol awal. Namun begitu, anak didik Rezal Zambery Yahya tersentak ketika satu serangan hasil pengeluaran bola daripada zon bahaya Selangor singgah […]

Kelantan Sekat Rokok Ke Dalam Stadium

Kelantan FC kini telah mengumumkan bahawa larangan merokok dalam kawasan stadium telah pun mula dikuatkuasakan. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi pasukan, inisiatif ini diambil bagi memastikan keselesaan dalam perkarangan stadium dapat diwujudkan terutamanya kepada golongan ibu dan juga kanak-kanak. Malah, hal ini turut disahkan oleh pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham […]

“Siapa Kata Nafuzi Tiada Dalam Perancangan?” – CEO Terengganu

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Ab Rasid Jusoh tampil menafikan dakwaan yang berlegar mengenai status yang melibatkan ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain. Beliau juga maklum tentang pelbagai berita yang timbul sejak kebelakangan ini dan merasakan ia hanyalah spekulasi dalam kancah bola sepak tempatan. Menerusi satu kenyataan olehnya, beliau mahu pasukan Terengganu kini memberi […]

Zamsaham Hantar Surat Amaran Kepada Pemain Import Kelantan

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra dikenali sebagai Zamsaham memaklumkan bahawa beliau sudah pun menghantar surat amaran kepada pemain import Kelantan. Ketika ini, tatkala prestasi pasukan sedang berada di puncak, persembahan yang ditampilkan oleh para pemain import pasukan jelas tidak memuaskan. Malah, para penyokong juga sering menyuarakan hasrat agar Zamsaham menilai semula […]

Tonton: Kebangkitan 30 Saat Luar Biasa Nurshamil Abd Ghani Ledak Gol Kelantan

Detik luar biasa sekitar 30 saat sempat dirakam tatkala kebangkitan penyerang sensasi pasukan Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani mendapat perhatian. Kelibat pemain kelahiran Melaka itu mula diikuti selepas beliau kelihatan terbaring seawal minit ke-4 permainan. Nurshamil yang ketika ini sedang menjadi penjaring terbanyak pasukan tidak berputus asa dan terus semangat untuk membantu Kelantan apabila bangkit […]

Liga Premier: Terengganu II Bangkit Ikat Kelantan

Pertembungan penting antara pendahulu Liga Premier, Kelantan menentang Terengganu II berlangsung dengan cukup menarik selepas aksi mantap kedua-dua pasukan menghangatkan pertembungan di Kota Bharu. Kelantan turun dalam misi penting untuk memungut mata jelas bermula dengan cukup baik apabila memperoleh jaringan awal. Pasukan kendalian Rezal Zambery Yahya terus mengasak gawang pasukan lawan dan hasilnya, gol pembukaan […]

Zamsaham Pastikan Pemain Kelantan Tak Pura-Pura Cedera

Pemilik kelab pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman telah melakukan soal siasat khas berkenaan dengan keadaan pemain Kelantan yang terbaring semasa perlawanan tempoh hari. Seperti yang sedia maklum, The Red Warriors mempamerkan kebangkitan yang cukup luar biasa apabila berjaya membenam cabaran PDRM dengan keputusan 2-1. Walau bagaimanapun, individu yang mesra dikenali sebagai Zamsaham ini mendedahkan perbualan […]

Tonton: Gol Roket Ikhwan Yazek Buat Penjaga Gol PDRM ‘Lemas’

Pemain sayap pasukan Kelantan FC, Ikhwan Yazek meraih tumpuan apabila menjadi wira untuk membantu pasukan mencatat kemenangan ke atas PDRM dengan keputusan 2-1. Ikhwan masuk sebagai pemain gantian buat   Kelantan nyata memberi suntikan tambahan buat jentera serangan pasukan. Selepas gol penyamaan menerusi sepakan penalti Shamil Abd Ghani, para pemain The Red Warriors jelas terus bersemangat untuk […]

Liga Premier: Kelantan Pamer Kebangkitan Luar Biasa Tumbangkan PDRM

Pertembungan saingan Liga Premier yang melibatkan pasukan Kelantan dan juga PDRM berlangsung sengit dalam usaha meraih mata penting di Liga Premier. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 5 petang ini berkesudahan dengan kekecewaan buat PDRM apabila kehilangan 3 mata berharga. Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal minit pertama permainan apabila PDRM lebih […]

Penyokong Perak Dikumpulkan Atas Faktor Keselamatan

Perlawanan antara pasukan Kelantan dan juga Perak petang tadi tidak terlepas dengan pelbagai insiden yang melibat penyokong kedua-dua pasukan. Drama dan juga pelbagai situasi panas telah terjadi sepanjang 90 minit permainan yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat. Walau bagaimanapun, sejurus selepas tamat perlawanan, para penyokong setia The Bos Gaurus dilaporkan terpaksa dikumpulkan atas faktor […]

Tonton: Kejadian Aneh Macam Helikopter Tarik Perhatian Netizen

Pertembungan yang melibatkan pasukan Kelantan FC menentang Perak FC dihiasi dengan insiden aneh dan panas yang melibatkan pemain kedua-dua pasukan. Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan lawan ini sedikit tegang apabila ada cubaan daripada pemain Perak untuk melakukan provokasi. Selepas anak didik Yusri Che Lah selesa mendahului sehingga minit ke-85, terdapat cubaan oleh […]

Zamsaham Tawar Harga Tiket Serendah RM 5 Buat Penyokong

Usaha pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham dalam usaha untuk menarik para penyokong untuk hadir ke stadium adalah dengan menawarkan harga tiket yang tidak masuk akal. Terbaru, beliau telah pun mengumumkan bahawa para penyokong boleh mendapatkan tiket dengan harga serendah RM 5 sahaja. Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, Zamsaham mengumumkan bahawa tiket […]

Import JDT Terajui Gelaran Penjaring Terbanyak Liga Malaysia

Dua penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dan Fernando Rodriguez kini mengungguli carta penjaring Liga Super & Liga Premier. Bergson yang dianggap mesin gol JDT muncul antara penyerang antarabangsa yang terpantas menjaringkan lebih 50 gol buat Harimau Selatan. Beliau juga merupakan pendahulu penjaring terbanyak Liga Super dengan 16 gol. Selain itu, ada […]

Air Tangan Rezal Zambery Menjadi, Kelantan Kini Kembali Digeruni

Impak yang dibawa oleh ketua jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya pada musim ini cukup penting apabila gah memacu pasukan untuk memimpin Liga Premier ketika ini. Pengendali kelahiran Johor ini sudah memasuki musim keduanya bersama The Red Warriors sungguhpun sebelum ini hanya berperanan sebagai pembantu jurulatih. Beliau jelas tidak mensia-siakan peluang yang diberikan untuk menjadi […]

Pengadil Nyaris Kena ‘Bedal’, Tindakan Abu Kamara Cetus Suasana Tegang

Penyerang import pasukan Kuching City FC, Abu Kamara mencetuskan kontroversi ketika pasukannya turun menentang Kelantan FC di Stadium Sultan Muhamad IV. Pemain berusia 25 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan jelas kelihatan bergelut untuk memperoleh rentak terbaik bagi menjaringkan gol. Hal ini ditambah lagi apabila beliau telah pun dilayangkan kad kuning apabila telah mengasari […]