Bintang Kemboja Akui Tertarik Dengan Format Baru Liga Malaysia

Penstrukturan semula Liga Malaysia bermula musim depan nampaknya turut menarik perhatian pemain skuad kebangsaan Kemboja Thierry Chantha Bin. Pemain yang pernah beraksi di Liga Malaysia bersama Terengganu dan Perak itu memuji Malaysian Football League (MFL) kerana berani membawa pembaharuan yang cukup positif dan disifatkannya dapat menambahkan lagi kualiti saingan. Dia yang kini bermain dengan Visakha […]

Safuwan Baharudin Bakal Sertai Kelab Gergasi Pantai Timur?

Pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharudin dikhabarkan bakal sertai kelab dari Pantai Timur, Terengganu bagi musim baharu nanti.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan the Star, T. Avineshwaran di laman twitter miliknya yang menyatakan bahawa pemain tengah Selangor itu akan berpindah ke kelab gergasi Pantai Timur.  Pemain berusia 31 tahun ini merupakan salah seorang watak penting dibahagian […]

Pemain Kacukan Jepun-Brazil Kembali Ke Liga Malaysia

Pemain kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki sah akan kembali ke Liga Malaysia pada musim hadapan. Penyerang berusia 32 tahun ini membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya menyatakan bahawa beliau telah meninggalkan kelabnya, Bangkok FC. Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan kelab apa yang bakal disertainya untuk menghormati kontrak. “Saya tinggalkan Bangkok FC kerana menerima beberapa […]

Sony Norde Pilih Terengganu Selepas Berbincang Dengan 7 Kelab

Bintang import baru Terengganu, Sony Norde mendedahkan bahawa dia menyertai Terengganu bagi musim baru Liga Malaysia setelah menolak tawaran sekurang-kurangnya daripada enam kelab lain. Pemain berasal dari Haiti itu telah bersama dengan Melaka United selama tiga musim bermula 2020, tetapi 2022 menjadi musim paling suram dan mencabar bersama pasukan itu susulan tidak dibayar gaji selama […]

Nelson San Martin Tak Sabar Berbakti Kepada Bolasepak Malaysia

Bekas tonggak import Kedah, Nelson San Martin mengakui dirinya tidak sabar untuk kembali menabur bakti dalam kancah bolasepak Malaysia. Dia yang berasal dari Chile mengharapkan peluang itu akan hadir sambil mengakui cukup merindui semua kenangan masa lalu sepanjang berada di sini. “Beberapa hari lalu, saya telah dijemput ke kediaman Kedutaan Malaysia di Chile, Encik Abu […]

“Saya Takkan Beli Kelab Lain di Malaysia” – Zamsaham

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham melontarkan persoalan mengapa tiada pihak yang berminat untuk melabur di dalam dunia bolasepak di Malaysia. Menurutnya kelab-kelab seperti Melaka United dan Sarawak United mempunyai kumpulan penyokong yang ramai namun hairan tiada yang berminat membeli atau mengambil alih kelab tersebut. “Kenapa tiada orang beli pasukan Melaka […]

Shamie Iszuan Sahkan Bakal Perkuat Sri Pahang

Setelah mengharungi cabaran 2022 yang agak suram, Sri Pahang FC nampaknya sudah mengatur langkah untuk membina skuad lebih mantap bagi mengharungi Liga Malaysia 2023. Skuad kendalian Dollah Salleh itu menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh dan tersingkir awal masing-masing dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Mereka sedang rancak memburu pemain-pemain baru untuk memperkuatkan […]

Ketegasan MFL Dapat Pujian, Bukti Tiada Kabel ‘Orang Dalam’

Ketegasan yang ditunjukkan Malaysian Football League (MFL) yang tidak meluluskan permohonan pasukan bermasalah bagi mendapatkan Lesen Kebangsaan mendapat pujian. Ramai yang menjangkakan bahawa pasukan Melaka United dan Sarawak United yang mempunyai ‘kabel’ kuat akan tetap diberi lesen walaupun berdepan masalah kewangan, tetapi sebaliknya terjadi apabila badan bebas, First Instance Body (FIB) menolak permohonan mereka. Dua […]

Liga Malaysia : 5 Pasukan Yang ‘Bungkus’ Kerana Masalah Kewangan

Perkara pertama yang menjengah pemikiran apabila melihat isu tunggakan gaji yang berlaku dalam Liga Malaysia, adalah sejauh mana kesediaan setiap pasukan terutamanya dari segi kewangan untuk bersaing di musim baru nanti. Kesedaran kebanyakan pasukan mengenai perkara ini nampak seperti masih terlalu rendah walaupun saban tahun kita dimomokkan dengan pelbagai isu yang berkaitan kewangan. Ditambah pula […]

Dakwaan PJ City Mahu Dijual dan Tarik Diri Dari Liga Malaysia Tak Berasas

Sedang tular ketika ini di media sosial dakwaan mengatakan pasukan berpangkalan di Lembah Klang, PJ City akan menarik diri daripada saingan Liga Super 2023. Tidak tahu dari mana punca spekulasi ini, namun pihak yang menyebarkannya begitu yakin bahawa tiada lagi PJ City, satu-satunya pasukan Liga Super yang mempertaruhkan sepenuhnya kudrat pemain tempatan dalam kancah Liga […]

Hector Bidoglio: JDT Mahu Rangkul Semua Trofi Di Liga Malaysia

Menjuarai Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC tempoh hari bukanlah penamat kepada keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam mengejar kejuaraan musim ini. Sehingga kini, JDT sudah menjulang dua trofi yang ditawarkan iaitu trofi Piala Sumbangsih dan juga yang terbaru, Piala FA. Ini bermakna berbaki dua lagi trofi yang tinggal untuk direbut semua pasukan iaitu kejuaraan […]

Penuntut UiTM Perlu Diberi Keutamaan

Pasukan UiTM FC sebelum ini dikhabarkan akan menarik diri dalam saingan Liga Malaysia musim 2022 ini. Hal ini kerana terdapat pemotongan dana sehingga 50 peratus yang menyebabkan barisan pemain serta kejurulatihan ‘angkat kaki’. Menurut satu kenyataan daripada pemerhati bola sepak Malaysia, Dr Pekan Ibrahim berpendapat agar kembali ke matlamat asal dengan menggunakan khidmat penuntut di […]

Kuota Pemain Import Terus Dikekalkan

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpendapat bahawa sudah terlambat untuk melakukan pengubahsuaian berikutan jumlah kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Sungguhpun begitu, setiausaha agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar menyatakan bahawa perkara ini akan di semak semula serta diperhalusi lebih mendalam bersama Jawatankuasa Teknikal, Datuk S.Sivasundram sama ada perlu dikekalkan atau diteruskan […]

Gaji Pemain & Jurulatih Liga-M Dijangka Turun 25%

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (JPBM), B.Sathianathan menjangkakan bahawa pengurangan gaji jurulatih akan berlaku kerana disebabkan banyak pasukan Liga-M yang akan mengurangkan perbelanjaan pasukan. Tambah Sathianathan, semua barisan jurulatih tempatan sudah jangka dan faham mengenai perkara ini dan apa yang perlu dilakukan adalah membantu antara satu sama lain. Mengulas lanjut, pengarah teknikal Sarawak ini […]

Ramadhan Saifullah Mampu Isi Kekosongan Safawi di JDT

Ramadhan Saifullah mendapat perhatian ramai peminat liga tempatan tahun ini selepas aksi yang mengagumkan bersama JDT. Baru menginjak usia 20 tahun, pemain tersebut dilihat sebagai prospek jangka masa panjang JDT. Ramadhan Saifullah merupakan pemain akademi JDT. Bermula bersama JDT II di Liga Perdana tahun lalu, beliau kemudian diserap masuk ke skuad utama JDT tahun ini. […]