AFL Perkenal Logo & Nama Baharu Bagi Tiga Liga Musim 2024/25

Musim 2024/25 menyaksikan Liga Bolasepak Amatur (AFL) memperkenalkan logo dan nama baru untuk tiga liga yang dikelolakannya. Musim ini menyaksikan Liga M3 dikenali sebagai Liga A1 Semi Pro, Liga M4 (Liga A2) dan Liga M5 (Liga A3 Komuniti). Perubahan nama dan logo baru ketiga-tiga liga ini diumumkan AFL dalam satu majlis yang diadakan di Hotel […]
3 Pasukan Tarik Diri Sebelum Saingan Musim 2024/25 Bermula

Liga A1 Semi Pro atau nama rasminya, Liga MBSB Bank Championship musim 2024/25 menyaksikan tiga pasukan tidak lagi bersaing dalam liga tersebut. Tiga pasukan itu ialah SAINS FC, Perlis United FC dan Sarawak United FC. Perkara ini disahkan Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL […]
Liga M3 Kini Dikenali Sebagai Liga A1 Semi Pro

Menjelang musim 2024/25, Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengumumkan Liga M3 dijenamakan semula sebagai Liga A1 Semi Pro. Keputusan penjenamaan semula liga ini dibuat dalam Mesyuarat Kali Kedua Tahun 2024 Ahli Lembaga Pengarah AFL yang dipengerusikan oleh Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi secara dalam talian hari ini. Selain Liga M3, AFL turut mengumumkan Liga […]
FIFA Beri Hukuman Berat Kepada Kelantan

Kelantan FC menjadi salah satu pasukan yang dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini. Ini berdasarkan kemas kini yang dibuat ASEAN Football berdasarkan data terkini daripada pangkalan data FIFA. Semakan mendapati enam pasukan Liga Malaysia (Liga M) dikenakan sekatan perpindahan FIFA untuk musim 2024/25. Enam pasukan tersebut ialah Kelantan FC, Perlis […]
Khidmat Mahali Jasuli Jadi Buruan Tiga Pasukan

Khidmat bekas pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli terus menjadi buruan pasukan-pasukan menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025. Terbaru, bek kanan berusia 35 tahun itu mendedahkan khidmatnya diintai oleh tiga pasukan Liga M3 yang berpangkalan di Lembah Klang. Buat masa ini, Mahali masih belum membuat keputusan tentang pasukan baru pilihannya selepas meninggalkan Negeri Sembilan […]
AFL Lulus Kuota Import Liga M3 Dengan Tiga Syarat Ketat

Kelab-kelab yang bertanding di Amateur Football League (AFL) iaitu Liga M3 kini dibenarkan mengambil pemain import bagi saingan musim baharu. Saingan MBSB Bank Championship 2024/25 dilihat semakin menarik dan kompetitif apabila pemain import dibenarkan untuk memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan liga yang dijadualkan awal Mei nanti. Menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Amateur Football League (AFL), […]
Cubaan Kelantan Ke Liga Super Terbantut

Cubaan pasukan dari Pantai Timur, Kelantan FC untuk kembali ke Liga Super tertutup sepenuhnya. Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan nama empat pasukan Liga M3 mengintai slot ke-14 Liga Super musim 2024-2025. Empat pasukan tersebut ialah Perlis United FC, juara liga musim lepas, Imigresen FC, naib juara Liga M3, KL Rovers FC dan […]
K. Devan Kini Ketua Jurulatih Melaka FC

Jurulatih berpengalaman, K. Devan kini sah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka FC bagi saingan bola sepak musim 2024/25. K. Devan bakal membimbing pasukan Melaka dalam saingan Liga M3 bersama-sama penolong jurulatih Sapian Wahid, S.Subramaniam dan Mussafar Shah. Perkara tersebut diumumkan secara rasmi dalam laman media sosial Facebook Melaka FC dan juga sewaktu Majlis Menandatangani […]
KL Rovers Bakal Dijual

Status pasukan Liga M3, KL Rovers telah mendapat jawapan daripada pihat atasan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perkara ini dijawab oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad ketika sesi sidang media di Stadium KLFA pada Jumaat. Beliau berkata, KL Rovers yang berada di naungan KLFA bakal dilepaskan memandangkan mereka berkemungkinan […]
Kelantan Sedia Meriahkan Liga M3

Dengan Kelantan FC sah tidak lagi beraksi dalam Liga Super, kini fokus pasukan itu ialah membuat persiapan untuk Liga M3. Wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan pasukan dari Pantai Timur itu telah menghantar surat permohonan kepada Amateur Football League (AFL) untuk menyertai liga tersebut untuk musim 2024-2025 pada 7 Januari lalu. Perkara ini turut disahkan […]
Peluang Kelab M3 Kembali Ke Liga Super Musim 2024/25 Kembali Terbuka

Peluang kelab-kelab Liga M3 layak ke Liga Super pada musim hadapan kembali terbuka. Ini susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) (AB) untuk menolak rayuan Kelantan FC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan musim 2024-2025. Keputusan ini menyaksikan ada 13 pasukan dalam Liga Super ketika ini. Bagi memastikan […]
KL Rovers Bakal Ke Liga Super?

Liga Super musim depan berpotensi mengalu-alukan kehadiran naib juara Liga M3 musim 2023, KL Rovers FC. Sebelum ini, KL Rovers menjadi sebahagian daripada tujuh pasukan Liga M3 yang gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim 2024-2025 daripada First Instance Body (FIB). Selain KL Rovers, juara Liga M3, Imigresen FC, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis […]
Ong Kim Swee: Perbuatan Tak Boleh Diterima & Melanggar Etika Jurulatih

Masalah yang pernah melanda Liga Malaysia mengenai penggunaan ‘jurulatih boneka’ kembali menjadi bualan dan kerisauan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Dato’ Ong Kim Swee. Perkara yang pernah dibangkitkan oleh bekas Presiden PJBM, mendiang Dato ‘ B. Sathianathan ini kembali menjadi kerisauan tatkala tampuk pimpinan baharu mula mengambil alih. “Kami menerima laporan untuk musim […]
Kelantan Bakal Beraksi Di Liga M3?

Kelantan FC merupakan satu-satunya kelab Liga Super yang ditangguhkan pemberian Lesen Kebangsaan mereka selepas didapati masih ada tunggakan gaji setakat 31 Ogos 2023. Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) kali ke-6 walau bagaimanapun memberikan peluang terakhir kepada Kelantan sehingga 30 November untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama […]
7 Kelab Liga M3 Tidak Layak Beraksi Di Liga Super 24/25

Juara Liga M3, Imigresen FC sah tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Super pada musim depan. Ini selepas First Instance Body (FIB) mengumumkan tujuh pasukan Liga M3 tidak layak untuk mendapatkan lesen untuk saingan liga musim hadapan. Sebelum ini, Imigresen bergelar juara liga di mana pemenang boleh layak secara automatik ke Liga Super musim hadapan […]
12 Pemain Liga M3 Terpilih Jalani Latihan Di Kelab EPL

12 pemain Liga M3 yang bertuah telah dipilih untuk menjalani latihan bersama kelab EPL yang berpangkalan di Midlands, Wolverhampaton Wanderers. Ini selepas 12 orang pemain ini berjaya melepasi ujian pemilihan program “Dare to Dream” yang diadakan pada minggu lepas. Antara ujian yang perlu dilepasi mereka ialah kepantasan, ketangkasan, kemahiran teknik dan simulasi perlawanan sebenar. Proses […]