Josh Brownhill Pacu Burnley Ke Puncak Liga

Josh Brownhill membantu pasukannya, Burnley muncul pendahulu Liga Kejohanan dengan menewaskan Sheffield Wednesday 2-0. The Clarets yang dibimbing Scott Parker memburu kemenangan untuk membantu mereka merampas takhta liga daripada pencabar terdekat, Sunderland. Beraksi di tempat lawan, Burnley menerima tekanan hebat daripada Wednesday yang mahu menjarakkan diri daripada kelompok tercorot liga. Tatkala tuan rumah berusaha mencari […]
Josh Brownhill Jaringkan Gol Penting, Perkukuh Kedudukan Liga Burnley

Pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill memastikan Burnley terus menghuni kedudukan dua teratas Liga Kejohanan musim 2024/25. Ini selepas sepakan penaltinya pada minit ke-26 cukup untuk membantu The Clarets menewaskan Plymouth dalam aksi terbaru liga pada 1 Oktober lalu. Kemenangan kelima Burnley dalam Liga Kejohanan merapatkan jurang pasukan itu dengan pendahulu liga, Sunderland kepada satu mata. […]
Joshua Brownhill Wira Burnley, Hampiri Tangga Teratas Liga

Pemain tengah warisan Malaysia, Joshua Brownhill muncul wira Burnley dengan meledakkan gol kemenangan ketika menentang Portsmouth. The Clarets memburu satu lagi kemenangan untuk merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas Liga Kejohanan, West Brom dan Sunderland. Manakala Pompey pula memburu kemenangan pertama dalam liga. Separuh masa pertama menyaksikan Portsmouth berusaha memburu gol awal. Usaha mereka turut […]
Cardiff City Baru Mula Bina Pusat Latihan Sendiri

Kelab Liga Kejohanan, Cardiff City mula melaksanakan pembinaan pusat latihan pasukan itu. Sebelum ini, bukan sekali kelab yang diberi jolokan The Bluebirds itu berikrar memiliki pusat latihan sendiri tetapi usaha tersebut tidak berhasil. Cardiff ketika ini berkongsi penggunaan pusat latihan di Hensol dengan Persatuan Bola Sepak Wales (FAW). Pada masa sama, pasukan itu tetap menyimpan […]
Wayne Rooney Dipecat Kelab Divisyen Dua England

Legenda England, Wayne Rooney terpaksa menelan kepahitan apabila dipecat kelab Liga Kejohanan (divisyen dua England), Birmingham City. Keputusan ini diumumkan pengurusan The Blues susulan prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Kejohanan. Ketika ini, Birmingham City berada pada kedudukan ke-20 dengan 28 mata, tiga mata dipisahkan dengan Sheffield Wednesday yang menduduki kedudukan ke-18. Keputusan ini dibuat […]