Liga A1: Bukit Tambun Pamer Bisa Tundukkan Machan

Bukit Tambun berjaya meraih tiga mata berharga setelah menundukkan cabaran Machan di Stadium Negeri Pulau Pinang. Bukit Tambun turun dengan misi untuk bangkit dalam aksi ini setelah tewas kepada Malaysian University dengan jaringan 2-0 sebelum ini. Machan pula mahu mengekalkan momentum kemenangan yang diperoleh setelah menewaskan PIB Shah Alam dalam aksi minggu lalu. Bukit Tambun […]

Bajet Bukit Tambun RM3.5 Juta Musim 2024/25

Bukit Tambun FC menerima suntikan kewangan yang lumayan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25. Kelab yang berpangkalan di Pulau Pinang itu kini dimiliki oleh ahli perniagaan, Datuk Razalif Mohamad Zain. Razalif turut mempunyai rancangan untuk menukar nama Bukit Tambun kepada Brotherkita FC. Atas sebab itu, beliau sentiasa berhubung dengan pengelola liga, Liga Bola […]

Liga A1: 5 Gol Manjung City Pastikan Harini FT Pulang Hampa

Manjung City mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan Harini FT dengan jaringan besar 5-2 untuk meraih tiga mata penting liga. Manjung City turun dengan formasi 4-4-2 yang dipimpin oleh Faizzwan Dorahim selaku kapten pasukan bagi aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Praviin pula mengetuai pasukan Harini FT yang masih mencari kemenangan pertama dalam […]

Liga A1: Siaran Perlawanan Minggu 9, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Kemeriahan Liga A1 Semi Pro kini memasuki minggu ke-9 yang menyaksikan semua pasukan cuba meraih mata semaksimum mungkin bagi terus bersaing dalam kancah liga. Juara bertahan, Imigresen FC masih kekal di tangga pertama liga dengan mengumpul 20 mata hasil 8 perlawanan manakala Melaka FC mengekori rapat di tangga kedua dengan 16 mata hasil 7 perlawanan. […]

Liga A1: Imigresen Masih Kebal Tak Terlawan

Juara Liga A1 Semi-Pro musim 2023, Imigresen FC terus membuktikan mengapa mereka pasukan pilihan untuk musim 2024/25. Selepas lapan perlawanan, Imigresen menjadi antara dua pasukan yang masih belum tewas dalam liga. Satu lagi pasukan yang masih kebal ialah Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara). Selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga, Imigresen juga berjaya merekodkan […]

Bukit Tambun Intai Penyerang Import

Pengendali Bukit Tambun FC, Jacob Joseph mengakui pasukan itu bakal membawa masuk dua penyerang import baharu untuk saingan Liga A1 Semi-Pro. Saingan liga menyaksikan Bukit Tambun bergelut mendapatkan gol tanpa kelibat penyerang tulen mengetuai jentera serangan. Malah, Aizat Safuan Razali yang diberi tugas mengetuai bahagian serangan bukanlah penyerang tulen kerana beliau merupakan pemain di bahagian […]

Presiden Machan Elak Silap Langkah, Belanja Ikut Kemampuan Pasukan

Presiden Machan FC, Azizi Fauzi mengambil pendekatan berbelanja secara berhemah demi kebaikan jangka panjang pasukan itu. Permulaan musim 2024/25 Liga A1 Semi-Pro menyaksikan kelab itu merekodkan empat kekalahan berturut-turut dalam liga. Ini menyebabkan Machan kemudiannya merehatkan jurulatih, S. Balachandran. Sesetengah penyokong meminta Machan agar melakukan perubahan drastik untuk mengembalikan kecemerlangan pasukan itu. Meskipun memahami kehendak […]

Liga A1: Malaysian University Garang Tewaskan Bukit Tambun

Malaysian University FT (MUFT) terus merapatkan jurang dengan kelompok enam pasukan teratas liga apabila menewaskan Bukit Tambun FC dalam aksi terbaru Liga A1 Semi-Pro. Bukit Tambun mengharapkan aura perubahan membabitkan pasukan itu menjadi pendorong untuk mengatasi Malaysian University. Manakala anak buah Ridzuan Abu Shah mahu kembali mengecapi kemenangan selepas diikat 2-2 oleh KL Rovers FC. […]

Melaka Sasar Kejar Tangga Teratas Liga A1

Kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC masih yakin dapat mengejar kedudukan pendahulu liga yang dihuni Imigresen FC ketika ini. Keyakinan ini dilaungkan pengendali pasukan itu, K. Devan selepas perlawanan terbaru liga dengan PT Athletic FC pada 2 Ogos lalu. Melaka berharap dapat menghambat Imigresen dengan meraih satu lagi kemenangan ke atas anak buah Nazrulerwan Makmor. […]

Liga A1: KL Rovers ‘Rantai’ Imigresen

Impian juara Liga A1 Semi Pro musim 2023, Imigresen FC untuk melebarkan kemenangan terbantut apabila sekadar seri dengan wakil Lembah Klang, KL Rovers FC dalam aksi terbaru liga. Imigresen mahu melebarkan rekod kemenangan selepas menewaskan Bukit Tambun FC 2-1. Sementara KL Rovers pula mahu kembali meraih kemenangan selepas diikat 2-2 oleh Malaysian University FT (MUFT). […]

Gol Lipat Isa Raman Bantu Gombak, Gegar Liga A1

Nama penyerang Gombak FC, Isa Raman menjadi sebutan dalam aksi Liga A1 Semi Pro minggu ketujuh baru-baru ini. Selepas meninggalkan Terengganu FC II, khidmat penyerang berusia 23 tahun itu dirisik beberapa kelab Liga Super. Namun begitu, Isa memilih Gombak untuk meneruskan karier permainannya. Meskipun kerap diturunkan sebagai pemain gantian, beliau sentiasa memberikan yang terbaik buat […]

Nazrulerwan Makmor: Nurshamil Guna Peluang Depan Mata

Pengendali PT Athletic FC, Nazrulerwan Makmor melihat kebijaksanaan bahagian serangan membolehkan pasukan itu meraih tiga mata penuh. Aksi terbaru Liga A1 Semi Pro menemukan PT Athletic dengan pasukan yang menduduki tangga kedua liga, Melaka FC. Meskipun beraksi sebagai tuan rumah, Melaka disifatkan pasukan pilihan bukan saja kerana masih belum kalah dalam liga. Malah, pasukan itu […]

Liga A1: YPM Bangkit Ikat Gombak

Perlawanan saingan Liga A1 Semi Pro petang ini menyaksikan pertembungan diantara Gombak FC menentang YPM FC yang berakhir dengan keputusan seri. Aksi harini ini berlangsung di Stadium Mini SSMP, Pahang dilihat kelebihan buat YPM FC sebagai tuan rumah. Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan. Pasukan pelawat, dilihat lebih menguasai permainan dengan 58 peratus serta […]

Liga A1: Senarai Perlawanan Minggu 8, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Saingan Liga A1 Semi Pro semakin rancak dengan liga kelolaan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) itu kini memasuki hari perlawanan minggu kelapan. Hari perlawanan minggu ketujuh menyaksikan YPM FC, PIB Shah Alam FC dan Imigresen FC merekodkan kemenangan dalam liga. Sementara PT Athletic FC, Bunga Raya Damansara FC (BR Damansara), KL Rovers FC, Malaysian Universiti […]

Liga A1: Gol Lewat Pacu KL Rovers Ikat Malaysian University

Hajat KL Rovers FC menduduki tangga kedua Liga A1 Semi Pro tidak kesampaian apabila diikat 2-2 Malaysian University FT (MUFT) di Stadium UKM, Bangi. KL Rovers memburu satu lagi kemenangan untuk menghambat dua pasukan teratas liga, Imigresen FC dan Melaka FC. Sementara Malaysian University pula mahu memintas Bunga Raya Damansara (BR Damansara) sekiranya berjaya menewaskan […]

Liga A1: Aksi ‘Kungfu’ Pemain PT Athletic Berakhir Derita

Tindakan penjaga gol PT Athletic FC, Syakir Danial Ma’amal Hajri menerjah keras pemain Bunga Raya Damansara (BR Damansara) pada 27 Julai lalu membawa padah. Aksi hari perlawanan ketujuh Liga A1 Semi Pro menyaksikan PT Athletic berentap dengan BR Damansara di Stadium Mini Persada PLUS. Pemenang perlawanan berpeluang menghambat kelompok teratas liga termasuk juara liga musim […]