Jurulatih Bali United Mula Berbicara Tentang Terengganu

Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra mula berbicara tentang lawannya di Piala AFC, Terengganu FC. Pengendali berpengalaman itu kini dalam momentum terbaik selepas berjaya membenam cabaran Persikabo 1973 dengan keputusan 2-0. Beliau menyatakan keterujaan untuk melihat motivasi anak buahnya pada tahap yang terbaik sebelum melangkah ke kejohanan berprestij tersebut. Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Brazil itu […]

Warga Denmark Teruja Lihat Kemajuan Mendadak Bola Sepak Asia Tenggara

Sebilangan warga Denmark menyatakan keterujaan apabila menyaksikan kehangatan bola sepak Asia Tenggara di depan mata. Kunjungan MakanBola ke Indonesia membuka kesempatan baharu untuk bertemu dengan beberapa warga Eropah yang teruja untuk menyaksikan bola sepak di Asia Tenggara. Mereka melihat sisi berbeza yang diterapkan oleh bola sepak di Asia Tenggara berbanding di Eropah khususnya Denmark. Katanya, […]

PSM Makassar Tewas Tipis Kepada Borneo FC

Juara Liga 1 Indonesia musim lepas, PSM Makassar mengalami kekalahan kelima musim ini apabila tewas kepada Borneo FC dalam aksi terbaru liga di Stadium Segiri hari ini. Selepas tunduk 3-0 kepada kelab Vietnam, Hai Phong dalam saingan Piala AFC minggu lepas, Juku Eja berharap dapat bangkit dalam saingan liga. Begitupun, dengan Pesut Etam menduduki tangga […]

Persib Atasi Tentangan Bhayangkara

Persib Bandung berjaya meraih kemenangan kelima musim ini apabila mengatasi cabaran Bhayangkara 2-1 dalam aksi Liga 1 Indonesia hari ini. Persib dilihat mempunyai kelebihan atas kertas kerana kedudukan mereka di tangga kelapan liga berbanding Bhayangkara (tangga ke-18). Kelebihan itu dimanfaatkan Pangeran Biru menerusi gol bekas penyerang Terengganu FC, David da Silva pada minit ke-27. Penyerang […]

Kapten Turkmenistan Terpesona Dengan Kualiti Liga Indonesia

Kapten pasukan kebangsaan Turkmenistan, Ahmet Atayev memberi bayangan akan menyertai Liga 1 Indonesia dan kagum dengan perkembangannya. Pemain berusia 32 tahun itu masuk selaku pemain gantian ketika pasukannya tewas 0-2 berdepan Indonesia tempoh hari. Beliau yang juga merupakan pemain berpengalaman dalam pasukan merupakan pemain yang tidak asing dalam kancah bola sepak Indonesia. Atayev pernah bersama […]

PSM Makassar Minta Ubah Aksi Liga Gara-Gara Piala AFC

Kelab Liga 1 Indonesia, PSM Makassar memohon jasa baik liga untuk meminda tiga tarikh perlawanan kerana bertembung dengan Piala AFC. Tiga perlawanan yang diharap mendapat kelulusan pengendali liga, PT Liga Indonesia Baru (LIB) ialah Borneo FC (24 September), PSIS Semarang (29 September) dan Dewa United (12 November). Tiga perlawanan ini didapati terlalu hampir dengan tiga […]

Christian Rontini Peluk Islam

Pertahanan kental Liga 1 Indonesia, Christian Rontini secara rasminya telah memeluk agama Islam. Pemain berusia 24 tahun itu berkenala di Indonesia bersama Persita Tangerang selepas beberapa musim di Malaysia. Bintang Filipina itu bagaimanapun membuat keputusan yang cukup mengejutkan apabila memuat naik satu hantaran yang menunjukkan beliau sudah memeluk Islam. Hantaran di laman Instagram itu dilihat […]

Pertembungan KL City vs Persija Jakarta Bakal Jadi Realiti?

Khabar bertiup kencang mengenai jalinan kerjasama yang bakal dijalankan antara kelab Liga Super, KL City FC dengan salah sebuah kelab gergasi Indonesia. Perkembangan terbaru ini dikongsikan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman telah memberi bayangan bahawa akan ada kerjasama antara KL City dengan salah sebuah kelab besar di Jakarta. Sungguhpun tidak menyatakan nama secara kelab khusus, […]

AFC Cup Play-Off: Wakil Indonesia, PSM Makassar Belasah Yangon United

Perlawanan pusingan kelayakan (play-off) antara juara Liga 1 Indonesia 2022, PSM Makassar menentang Yangon United berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada gergasi Indonesia. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik dalam aksi kali ini dengan PSM menurunkan barisan bintang seperti Yuran Fernandes, Yance Sayuri, Yakob Sayuri, dan Everton. Perlawanan berlangsung baik dengan pasukan bimbingan Bernardo Tavares mendahului pada […]

Bojan Hodak Tewas Kali Pertama Di Indonesia

Pasukan bimbingan Bojan Hodak, Persib Bandung mengalami kekalahan pertama sejak beliau mengendalikan pasukan. Jurulatih kelahiran Croatia itu telah mengemudi pasukannya untuk kembali ke rentak asal selain mencatat kemenangan 2-1 ke atas Persik dan seri berdepan Bali United. Ujian terkini bagi Persib adalah berdepan dengan salah satu pasukan terbaik di Indonesia iaitu Persis Solo. Kedua-dua pasukan […]

Junior Eldstal: Liga Indonesia Kini Yang Terbaik

Pertahanan tengah Dewa United FC, Junior Eldstal melabel Liga 1 Indonesia sebagai liga yang terbaik ketika ini. Pemain berusia 32 tahun itu membuat keputusan untuk meninggalkan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah menghadapi saingan sengit dengan pemain import pasukan. Beliau sebelum ini juga telah dipinjamkan ke kelab Liga 1 Thailand, Chonburi FC dan […]

Bojan Hodak Sekat Pendahulu Liga Indonesia

Pengendali baharu Persib Bandung, Bojan Hodak mula dengan langkah yang positif apabila berjaya menyekat kemaraan pendahulu Liga 1 Indonesia, Bali United.  Dalam perlawanan semalam, Persib Bandung dan Bali United terikat tanpa jaringan.  Bali United turun dengan rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut sementara Persib Bandung baru sahaja memperoleh kemenangan pertama dalam perlawanan sebelum ini.  Menurut […]

Gabungan ‘DNA Taktikal’ Bojan Hodak & David Da Silva Menjadi Di Indonesia

Penghijrahan bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak ke kelab Indonesia, Persib Bandung memberi impak yang cukup besar terutamanya dibantu oleh impak peledak berbisa pasukan, David Da Silva. Jurulatih kelahiran Croatia itu membuat keputusan untuk berhijrah selepas tiga tahun menabur bakti di Malaysia. Percaturan awal bekas pengendali PSM Makassar ini berjaya diserap dengan begitu cepat […]

Dua Pemain Liga Indonesia Digantung

Perkembangan Liga 1 Indonesia menyaksikan dua orang pemain menerima hukuman berat daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI). Aksi liga yang memasuki perlawanan kelima musim ini menyaksikan terdapat beberapa kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini segera mendapat perhatian PSSI dan jawatankuasanya yang memutuskan untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada pemain yang melakukan kesalahan. Menerusi satu […]

Warga Indonesia Gerun Tengok Bojan Hodak

Kehadiran bekas pengendali KL City FC, Bojan Hodak mendapat liputan meluas di Indonesia yang gerun dengan reputasi dan gayanya mengendalikan pasukan. Jurulatih berusia 52 tahun itu bersama The City Boys sejak tahun 2021 dan mengecapi kejayaan yang cukup memberangsangkan terutamanya apabila membawa pasukan ke pentas akhir Piala AFC. Bekas jurulatih JDT ini bagaimanapun membuat keputusan […]

Christian Rontini Dedah Perbezaan Ketara Liga Malaysia & Indonesia

Bekas pertahanan pasukan Kelantan FC, Christian Rontini berkongsikan pandangan beliau berkenaan perbezaan Liga Malaysia dan Indonesia. Pemain kelahiran Filipina itu berkelana selama dua musim di Malaysia bersama Penang dan Kelantan sebelum membawa haluan ke kelab baharu. Bercakap kepada MakanBola Indonesia, pertahanan berusia 23 tahun itu melihat ada perbezaan yang ditampilkan antara pasukan di Malaysia dan […]