EPL: Manchester United Menang Bergaya Ke Atas Leicester City

Manchester United mempamerkan aksi hebat di bawah kendalian pengurus interim Ruud Van Nistelrooy apabila menewaskan Leicester City dengan jaringan 3-0. Amad Diallo bersama-sama Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan juga Rasmus Hojlund diberikan kepercayaan untuk membarisi jentera serangan pasukan. Leicester City pula mempertaruhkan nama-nama seperti Harry Winks, Wilfred Ndidi dan juga Boubakary Soumare untuk mengawal bahagian […]

Piala EFL: Man Utd Raih Kemenangan Pertama Hasil Ruud Van Nistelrooy

Aksi saingan Piala EFL pagi ini menyaksikan Man United raih kemenangan pertama dibawah kendalian Ruud Van Nistelrooy selepas menewaskan Leicester City dengan keputusan 5-2. Kedua-dua buah pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik bagi saingan EFL pusingan keempat. Empat gol berjaya dihasilkan oleg Manchester United menerusi Casameiro (1′, 39′), Alejandro Garnacho (28′) Dan Bruno Fernandes (36′). […]

EPL: Arsenal Beri Harapan Palsu Buat Leicester City

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu menyaksikan Arsenal cemas seketika sebelum berjaya menafikan usaha Leicester City untuk membawa pulang mata di Emirates. Setelah dikecewakan Man City minggu lalu, Arsenal turun di laman sendiri untuk terus memberi tekanan di kedudukan teratas liga dengan berdepan pendatang baharu, Leicester City. Kesebelasan utama Arsenal ditunjangi gandingan Bukayo Saka-Kai […]

Pemain Warisan Malaysia Sertai Chelsea

Pemain warisan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall dilaporkan menyertai Chelsea bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris 2024/2025.  Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang menyatakan bahawa pemain warisan Malaysia ini bakal beraksi semula dibawah kendalian Enzo Maresca.  Pemain berusia 25 tahun itu akan melengkapkan ujian kesihatan sekaligus akan menandatangani kontrak sehingga bulan Jun 2026. […]

Ipswich Town & Elkan Baggott Naik Pangkat Ke EPL

Kelab Elkan Baggott, Ipswich Town mengesahkan kenaikan pangkat ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan. Ini selepas pasukan yang diberi jolokan The Tractor Boys itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town dalam aksi terakhir Liga Kejohanan hari ini. Wes Burns dan Omari Hutchinson masing-masing menyumbat satu gol untuk membantu pasukan itu mengutip 95 mata, […]

Malaysia Bakal Miliki Pemain Pertama Beraksi Di EPL?

Malaysia berpotensi untuk memiliki pemain pertama yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai seorang lagi bakat yang dikesan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Pemain yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah Leicester City, Kiernan Dewsbury-Hall iaitu seorang bakat muda yang pernah menjadi tumpuan di EPL. Pemain kelahiran Sepshed, Leicestershire […]

Leicester City Kembali Ke EPL

Leicester City ceria apabila pasukan yang berpangkalan di East Midlands itu kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan. Kejayaan itu diraih apabila pesaing terdekat mereka dalam Liga Kejohanan, Leeds United dibelasah Queens Park Rangers (QPR) 4-0 di Loftus Road awal pagi ini. Tuan rumah yang mahu mengelak diheret ke zon penyingkiran Liga Kejohanan […]

FA Cup: Gol Lucu, Sepakan ‘Kelaut’ Hiasi Kemaraan Chelsea Atasi Leicester City

Perlawanan suku akhir saingan Piala FA malam ini menyaksikan pertembungan antara Chelsea menentang Leicester City yang berakhir dengan keputusan 4-2. Chelsea membuka jaringan seawal minit ke-13 permainan menerusi Marc Cucurella yang mudah menyepak masuk selepas menerima hantaran bijak dari Nicolas Jackson. Ayam tambatan The Blues, Cole Palmer mencatat jaringan yang kedua buat pasukan pada minit […]

Kelantan Bawa Masuk Bekas Pemain Leicester City

Kelantan FC akhirnya mengumumkan pemain import baharu mereka setelah sekatan perpindahan ke atas kelab tersebut ditarik balik. The Red Warriors telah membawa masuk pemain pertahanan tengah bernama Alie Sesay. Pemain berusia 28 tahun tersebut bakal memperkuatkan jentera pertahanan Kelantan yang semakin meruncing. Ketika ini, Kelantan adalah pasukan paling banyak dibolosi dalam saingan Liga Super sebanyak […]

Riyad Mahrez Sertai Barisan Bintang Eropah Di Arab Saudi

Bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez menjadi bintang Eropah terbaru beraksi di Arab Saudi selepas sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ahli. Perpindahan ini disahkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano hari ini. Mahrez menyertai Al-Malaki dengan yuran perpindahan £30 juta (RM175 juta). Perpindahan ini menjadikan Al-Ahli sebagai kelab bukan Eropah pertama yang disertai pemain sayap […]

Kelab Thailand Nyaris Malukan Leicester City

Bekas juara EPL, Leicester City nyaris dimalukan kelab Thai League 1, Port sebelum menewaskan pasukan itu 1-0 dalam aksi pra-musim tertutup di Kem Latihan Bola Sepak Alpine semalam. Aksi persahabatan pra-musim ini diatur selepas perlawanan pra-musim sebelumnya membabitkan The Foxes dan Tottenham Hotspur pada 23 Julai lalu dibatalkan. Pembatalan perlawanan terpaksa dilakukan kerana keadaan padang […]

Kelab Cristiano Ronaldo Dikenakan Sekatan FIFA

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr dikenakan sekatan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini. Akhbar Marca mendedahkan sekatan tersebut ada kaitan dengan perpindahan penyerang Leicester City, Ahmed Musa ke Al-Alami dengan yuran perpindahan €15 juta (RM77 juta) pada 2018. FIFA menyatakan Al-Nassr gagal membayar klausa tambahan pemain Nigeria itu termasuk faedah berjumlah €460,000 (RM2.3 […]

Port Hantar Dua Pemain Muda Berlatih Dengan Leicester City

Seperti pasukan-pasukan Thai League 1 yang lain, Port amat mementingkan pembangunan pemain muda Thailand. Atas sebab itulah, mereka mengikut jejak langkah Buriram United dengan menghantar dua pemain muda berlatih bersama kelab Liga Kejohanan, Leicester City. Dua pemain yang terpilih untuk program ini ialah Teerasak Poeiphimai dan Sittha Boonlha. Kedua-duanya dijangka akan menjalani latihan bersama skuad […]

Leicester City & Leeds United Tersingkir Dari EPL

Dengan Manchester City sah bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL), ramai ingin tahu siapa pula yang bakal tersingkir dari EPL musim ini. Hari ini, persoalan itu terjawab dengan Leicester City dan Leeds United menyertai Southampton ke Liga Kejohanan musim hadapan. Southampton sudah tersingkir lebih awal selepas tewas kepada Fulham pada 14 Mei lepas. Dengan dua […]

Pasukan Thailand Dijadualkan Lawan Leicester City

Dengan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal berakhir tidak lama lagi, pasukan-pasukan mula menyusun jadual pra-musim mereka. Dan Leicester City dikhabarkan bakal bersemuka dengan sebuah pasukan dari Thailand semasa kempen pra-musim 2023-2024. Walaupun status EPL Foxes masih belum ditentukan dengan kelab berada dalam zon penyingkiran ketika ini, pemilik pasukan Aiyawatt Srivaddhanaprabha atau Top melihat pra-musim […]

EPL: Manchester City Menang Selesa Ke Atas Leicester City

Manchester City terus merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kepada tiga mata selepas mengalahkan Leicester City 3-1. Perlawanan ini turut menyaksikan penyerang Norway, Erling Haaland menyumbat gol ke-32 dalam liga musim ini. Sebaik sepak mula, Citizens mula mengasak lawan mereka yang kini berada di zon penyingkiran EPL. Dan penyokong di Stadium Etihad […]