BATC: Malaysia Unggul Atasi Kazakhstan

Malaysia meneruskan rentak cemerlang setelah mencatatkan kemenangan kedua apabila menumpaskan Kazakhstan dalam aksi kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Di atas kertas, skuad badminton lelaki negara memiliki kelebihan untuk muncul pemenang aksi ini dengan barisan pemain yang lebih berkualiti meski tanpa kelibat Ng Tze Yong yang masih menjalani pemulihan. Lee Zii Jia yang […]
Lee Zii Jia Lakukan Pengorbanan Besar Demi Karier

Pengorbanan yang dilakukan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia diharap dapat mengembalikan prestasi peribadi ke tahap yang terbaik. Menerusi satu hantaran di instagram rasmi Team Lee ZIi Jia (Team LZJ), menyaksikan beliau mengambil inisiatif berbeza dengan ‘terbang’ ke Korea Selatan minggu lalu bagi menjalani latihan di sana. Di dalam video berkenaan, Zii Jia dilihat […]
Punca Lee Zii Jia Tarik Diri Akhirnya Diketahui

Malang menimpa jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila beliau terpaksa menarik diri daripada saingan suku akhir Indonesia Masters. Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa menarik diri ketika sedang rancak beraksi menentang Brian Yang dari Kanada di peringkat suku akhir pada Jumaat. Beliau ketika itu tewas di set pertama 14-21 dan apabila mahu memulakan […]
Indonesia Masters: Lee Zii Jia Beri Kemenangan Kepada Brian Yang

Lee Zii Jia menarik diri selepas aksi di set pertama ketika menentang Brian Yang dari Kanada di peringkat suku akhir Indonesia Masters Lee Zii Jia yang memiliki rekod baik berdepan Brian dikejutkan dengan aksi lincah pemain muda tersebut sehingga ketinggalan 8-11. Tidak mudah mengalah, pemain negara itu cuba bangkit namun pergerakan beliau seakan sedikit janggal […]
Indonesia Masters: Lee Zii Jia Mara ke Suku Akhir Penuh Bergaya

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia tampil cemerlang menewaskan Angus Ng Ka Long untuk layak ke suku akhir Indonesia Masters. Di set pertama, Ng Ka Long yang dibimbing bekas jurulatih negara, Wong Choong Hann memulakan permainan dengan corak agresif bagi memerangkap Zii Jia. Zii Jia kekal tenang mengutip mata dan berjaya mengikat kedudukan 18-18 seterusnya […]
Indonesia Masters: Lee Zii Jia Leburkan Tentangan Jaguh Perseorangan Lelaki India

Pemain ke-10 dunia, Lee Zii Jia terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila layak ke pusingan kedua Indonesia Masters 2024. Zii Jia, 25, mara selepas bekerja keras mengatasi cabaran bekas jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia dari India, Srikanth Kidambi di pusingan pertama. Dari segi ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) dan rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada anak […]
“Prestasi Lee Zii Jia Masih Sama” – Roslin Hashim
Bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim percaya prestasi pemain nombor 10 dunia, Lee Zii Jia masih lagi berada pada takuk sama. Zii Jia memulakan kempen tahun 2024 dengan tersingkir dari pusingan pertama Malaysia Open 2024. Beliau kemudiannya bangkit dengan mara ke suku akhir India Open 2024. Meskipun menunjukkan prestasi memberangsangkan, Roslin melihat corak permainan Zii […]
India Open: Lee Zii Jia Tumbang Kepada Pemain Pilihan Kedua Kejohanan

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia pamer kesungguhan sebelum dikecewakan Kodai Naraoka dalam aksi suku akhir India Open. Zii Jia yang menumbangkan Jonatan Christie sebelum ini dilihat mendominasi set pertama dengan jauh meninggalkan lawannya dari Jepun itu 17-7. Ketenangan Zii Jia mematikan pukulan Naraoka berjaya memastikan set pertama menjadi milik pemain kelahiran Kedah itu […]
India Open: Lee Zii Jia Singkirkan Jonatan Christie

Lee Zii Jia meneruskan prestasi cemerlangnya ketika menundukkan wakil Indonesia, Jonatan Christie dalam pusingan kedua India Open 2024. Di set pertama, Lee Zii Jia mempamerkan penguasaan gelanggang dengan tidak memberikan peluang buat jaguh Indonesia itu. Aksi mantap itu berjaya diterjemahkan dengan kemenangan di set pertama 21-15 buat wakil negara itu. Set kedua juga menyaksikan Jonatan […]
Ranking BWF: Lee Zii Jia Kini Dalam Kelompok 10 Pemain Terhandal Dunia

Meskipun kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, Lee Zii Jia telah kembali menghuni kedudukan 10 pemain terbaik Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). Ini berdasarkan kedudukan terkini ranking pemain yang dikeluarkan BWF semalam. Zii Jia kembali di tangga ke-10 dunia selepas mengumpul 68,226 mata secara keseluruhan. Kesemua mata ini diambil daripada 10 kejohanan terbaik yang […]
India Open: Lee Zii Jia Mudah Lepasi Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua India Open 2024. Selepas kecewa tersingkir di pusingan pertama Malaysia Open 2024, anak jati Alor Setar, Kedah itu bangkit dengan menewaskan Brian Yang dalam pusingan pertama India Open. Di atas kertas, kelebihan tampak memihak kepada Zii Jia. Ini kerana pemain […]
“Saya Harap Suatu Hari Dapat Cakap Macam Ini Di Sini” – Lee Zii Jia

Perseorangan utama negara, Lee Zii Jia mengakui berharap dapat berdiri di hadapan media kerana bangga bergelar juara Malaysia Open. Nasib tidak menyebelahi pemain nombor 11 dunia itu apabila tersingkir dari pusingan pertama Malaysia Open 2024 hari ini. Zii Jia disingkirkan oleh pemain nombor 19 dunia dari China, Lu Guangzu dengan keputusan 16-21, 21-19, 21-15. Anak […]
Malaysia Open: Lee Zii Jia Tersungkur Di Pusingan Ke-32

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa menelan hakikat setelah kecundang kepada Lu Guangzu di pusingan pertama Petronas Malaysia Open 2024. Di set pertama, Zii Jia tampil garang dengan berjaya mengawal penguasaan gelanggang dengan baik untuk mendahului 7-1 di awal permainan. Selepas itu, Guang Zu terus merencana strategi untuk melakukan serangan dengan beberapa pukulan […]
Info Siaran Langsung Malaysia Open Badminton 2024 (Live Streaming)
Aksi Petronas Malaysia Open 2024 bakal membuka tirainya pada tahun ini dengan penuh bergaya tatkala para pemain bakal memulakan langkah. Malaysia bakal mempertaruhkan barisan terhebat dengan pengarah jurulatih, Rexy meletakkan sandaran kepada perseorangan lelaki, Ng Tze Yong, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Aksi beregu wanita pula bakal menampilkan sentuhan Pearly Tan-M Thinaah dan beregu […]
Jawapan Lee Zii Jia Tentang Masa Depannya Tahun 2024

Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis bakal menjadi fokus utama perseorangan lelaki utama Malaysia, Lee Zii Jia. Keputusan tersebut diambil memandangkan pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 untuk acara badminton semakin menghampiri penghujungnya. Tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 untuk acara badminton bermula dari 1 Mei 2023 hingga 28 April 2024. Dengan kejohanan terakhir menawarkan […]
Lee Zii Jia Buat Peminat Malaysia Tersenyum Semula

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali meraih perhatian ramai menjelang saingan Petronas Terbuka Malaysia minggu hadapan. Menurut video yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, kelihatan kelibat pemain berusia 26 tahun itu sedang menguji gelanggang bersama pemain-pemain lain. “Kelihatan Lee Zii Jia kembali berada pada sesi latihan menjelang saingan Terbuka Malaysia Selasa […]